Wednesday, February 27, 2013

GULAI AYAM JUS TOMATO


Assalamuaalaikum..baru nk tayang menu semalam..hehe! gulai ayam jus tomato ni hasil skodeng resipi kak hanieliza..alhamdulillah mmg sedap! mekaceh kak liza..izinkan saya kongsikan resipi ni kt sini ye..muaahh!

RESIPI GULAI AYAM JUS TOMATO

resepi asal - chef hanieliza
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
500 ayam 
2 s/b rempah kari ayam [bancuh dgn sikit air]
 
3 biji buah tomato ]
 
1 cawan air ] mesinkan
 
2 biji kentang [potong kecil]
 
sedikit carrot [ potong kecil]
 
3 s/b minyak

garam
gula

Bahan Hiris
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
 
2 cm halia


Bahan Tumis
1 pelepah daun kari 
2 cm kulit kayu manis
 
2 kuntum buah pelaga
 
1 kuntum bunga lawang
 
3 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan bahan hiris sehingga wangi dan garing.
3, Masukkan rempah kari dan kacau rata.
4. Bila sudah naik minyak amsukkan tomato yg dimesinkan. Kacau rata dan biarkan mendideh dan pekat.
5. Masukkan garam dan gula sikit. Perlahankan api dan bairkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Monday, February 25, 2013

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

 

Assalamualaikum..pekabo semua?? moga korang sentiasa sihat ceria hendaknya ye..ni Pn doc baru nak updet entry tertunggak..buat brownies ni minggu lepas..so jangan minta la ye..hehe! as usual kita masih menggunakan resipi feveret chewy gooey yummy brownies oleh wani..malas dh nk try resipi lain sbb mmg dh puashati ngan resipi ni selain dari rich oreo brownies..mmg mantop bagai namanya..korang wajib try..sebelum ni leh tgk entry kt sini dan sini.. jom layan resipi!!

RESIPI CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES 
resipi : wani
sumber 1: alongroz 
sumber 2: inahar's cooking time 
(ni resipi utk setengah adunan)

(Makes 8" square)
INGREDIENTS:
125g Butter*
200g Chocolate* (* melted & mix together)
3 Eggs
145g Brown Sugar
1 tsp VE
45g Flour**
50g Coco Powder** (** sifted together)- i used only 25gm
50g chopped Nuts 

METHOD:
1. Beat eggs, sugar VE until sugar is dissolved.
Add in melted chocolate & butter. 
Add in flour & cocoa mixture.

Add in nuts.

2. Line tin with non-stick baking paper extended over the 2 sides.
Bake at 160C for 45 min.(ni resipi separuh adunan jd hanya 25-30 minit je)




Monday, February 11, 2013

GERMAN DELI IMBISS @ PETRONAS AMPANG JAYA


Assalamualaikum..acara JJCM di restoran German Deli Imbiss yg terletak di belakang Petronas Ampang Jaya..restoran yg menyediakan menu istimewa ie burger & sosej yg hampir kesemuanya bersaiz XL juga menu2 western yg lain..mmg sgt menarik. Mula tahu mengenai tempat ni lepas terbaca review mengenainya di blog Qaseh Honey..terus tak sabar nk berkunjung..mmg benar bagai dikata setiap hidangannye sgtla besar dan boleh dikongsi 2-3 orang..kalu uolss nk pergi make sure kosongkan pewut betul2 baru boleh habiskan makanan yg dioder..huhu! harganya sgt berpatutan & berbaloi2..oh ya..korang jangan risau ..tempat ni HALAL ye! jom kita layan foto2 kt bawah ni..

 


boleh lihat harga menu di bawah ni..mmg banyak pilihankan!




 air gelas besar utk dikongsi 4 orang..tu pun tak habis..hanya rm5.50..jimat you!

  set imbiss roaster rosemary..sgt besar potongan ayamnya..best..isi ayam pun juicy & terasa herbnya..

 spagheti bolognese yg sgt mengenyangkan..mmg marveles dgn ketulan daging yg besar2..terasa bila digigit

XL mushroom wiggy..daging burger bakar yg sgt juicy & tender ..perghhh!

insyaallah..akan datang berkunjung lagi ke sini utk cuba menu yg lain pulak..lagi dan lagi..hehe! boleh layari laman web mereka di sini juga FB..Selamat bercuti CNY..daaaaa!

Friday, February 8, 2013

PUDING TRIFLE ISTIMEWA..LAGI..DAN LAGI!!


Assalamualaikum..ni lagi satu entry tertunggak..buat 2 minggu lepas masa menyambut besday anak sedaraku fatehah..puding trifle istimewa resipi dari jejaka fofular nun di sedenak sana..Che Mat Gebu yg la nih semakin hangat sejak wajahnye tepampang dlm majalah rasa edisi mac terbaru..mmg mantopp!!  sejak mencuba resipi trifle mat ni..kiranya dh berkali-kali la dok ulang buat sbb mmg sedaap banget rasanya..mmg asik mengulang ke peties jek kejenye..hehe! mmg terbaekk! (psst..akak br jek beli majalah rasa tadi sbb semata2 teringin nk tgk wajah gebus mulus Mat tu..hehe!)
jom kita zaas resipi..dulu dah ada kt sini ye!

PUDING TRIFLE ISTIMEWA
resipi asal-CMG

BAHAN KEK SPONGE :-) (Pn doc tak buat sbb guna swiss roll readymade jek)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

Foto2 sebahagian dari step by stepnya..







Tuesday, February 5, 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE


Assalamualaikum..tak jemu2 ngan kek cekelat..last week punyer kek ni..dah abiss pun..hehe! baru berkesempatan nak tayang arini..kali ni guna resipi feveret yg selalu kubuat iaitu resipi dr dapur alongroz..mmg terbaekk!! sgt moist,rich, creamy & very chocolatey..perghhh!! jom zaas resipi..dah ada dulu kt sini..

RESIPI KEK COKELAT MOIST KUKUS
resipi: AlongRoz MYresepi
sumber 1: cikgu dzana
sumber 2: inahar's cooking time


Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko* 
1 tin Susu Isian Cair*
 
200g Minyak Masak Sayuran*
 
250g Susu Pekat*
 
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih..
 
250g gula kastor*
 
150g Tepung Gandum
 
1 st Bic Soda
 
1st Baking Powder


Cara-cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. **(kita bakar secara waterbath @ 180c selama 50-60 minit)**
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ganache.

Resipi chocolate ganache
1/2 tin susu pekat manis
1/2 caw serbuk koko
sedikit butter
sedikit susu segar/cair secukupnya

kacau semua bahan secara double boil @ atas api kecil hingga pekat berkilat. 

Sunday, February 3, 2013

SUP AYAM SEMPOI


Assalamualaikum..ni dia menu hari ahad yang sempoi..huhuu!! Senang dimasak sedap dimakan..kalu tak mau makan ngan nasi pun takper..kita layan ngan roti wat cicah..mmg sodap!

RESIPI SUP AYAM SEMPOI

Bahan2:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan di bersihkan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 6
sepotong halia - hiris/ketuk
1 biji kentang - potong kiub(sederhana besar)
daun sup - utk hiasan
sedikit bawang goreng -utk hiasan
1 kiub perisa ayam
1 sudu besar serbuk lada hitam
3-5 biji cili padi-jika suka
1 btg kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih
sedIkit garam
minyak menumis

Cara2:


Panaskan sedikit minyak. tumis 4 sekawan hingga wangi.
masukkan bawang, bawang putih dan halia tumis hingga naik bau. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ayam, kentang, kiub ayam, cili padi dan lada hitam. Akhir sekali masukkan garam.. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Siap.Taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, mee/mihun ataupun roti.