Saturday, September 26, 2015

I AM 48 TODAY


48th birthday gift, birthday mug, for him, for her, 1967, coffee mug, present, party, tea cup, for mom, dad, teacher, sister, brother, men


Assalamualaikum..Salam Aidiladha buat semua!  Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Alhamdullillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi dikurniakan nyawa serta diberi peluang untuk menikmati kehidupan. Bertambah usia bermakna ku harus terus gigih berusaha menjadikan diri sebaik-baik manusia, yang berguna untuk manusia lain dan supaya sentiasa mendapat perhatian juga rahmat Allah swt.. Semoga Allah panjangkan umurku, beri kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang berkat juga sentiasa diselubungi bahagia dunia & akhirat. Amiinn!
Terima kasih untuk semua ucapan juga doa yang baik-baik dari ahli keluarga tercinta, rakan2 baik di dunia realiti juga di alam maya ini. Semoga dikabulkan Yang Maha Esa..insyaallah! Amiiinn!
Once again..selamat hari lahir untuk diri sendiri dan semua yang lahir dalam bulan September. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah. Aminn. Love uollsss!
 

Friday, September 11, 2015

NASI MENTEGA KISMIS.


Assalamualaikum..arini baru nak updet resipi nasi mentega kismis yang dimasak aritu bersama lauk beriyani kambing seperti di entry sebelum ini. Resipi ini pernah dikongsi lama dulu di sini. Jadi jom laa kita zaass resipinye..

RESIPI NASI MENTEGA KISMIS
resipi asal - CMG
sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. 
5 cawan air
 
1 cawan susu sejat
 "IDEAL" 
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
 
2 camca besar mentega
 
Garam secukup rasa
 
1/3 cawan kismis


BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu 
2 ulas bawang putih, hiris
 
1 batang serai, dititik
 
1 helai daun pandan, disimpul
 
1 inci halia, hiris nipis
 
1 kulit kayu manis
 
1 kuntum bunga lawang
 
5 kuntum bunga cengkih
 
2 biji buah pelaga


BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..

Wednesday, September 9, 2015

KAMBING MASAK BERIYANI


Assalamualaikum..taraaa! Hari ini kita nak kongsi sekali lagi kambing masak beriyani yg sedap nih. Ni memang entry tertunggak lagi yang dimasak 2 minggu yg lalu..huhuu! Menu spesel ni kita masak utk pasangan pengantin baru iaitu adinda saya bersama suaminye yang bertandang ke rumah kami tak lama selepas majlis perkahwinan mereka. Kambing beriyani ni dimakan bersama nasi mentega kismis, ayam masak merah, sambal telur juga acar timun nenas. Kalau korang nak cuba resipinye jom kita zaassss..

RESIPI KAMBING MASAK BERIYANI

Bahan-bahan:


500 gm daging kambing (potong dadu 2")-diperap tepung & limau nipis selama 20 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
1 biji tomato - dicincang/racik
3 biji kentang- potong 4
2 batang lada hijau/merah- belah 2
3 sudu besar rempah beriani 
1/2 cawan susu cair (boleh juga guna yogurt)
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sudu besar sos tomato @ puri
air secukupnya 
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis:
1 labu bawang besar } dihiris
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis-jika suka

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan rempah beriani. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Rebus hingga kambing agak empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, sos tomato, tomato cincang dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih

4. Kemudian masukkan susu cair , garam & gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap boleh dihidangkan bersama nasi panas @ dimasak kembali semasa penyediaan nasi beriyani.




Friday, September 4, 2015

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

Assalamualaikum..bersiaran kembali kita ye! Selepas melalui minggu2 yg memenatkan past 2 weeks..arini baru kita dapat updet menu ayam masak kicap berempah yg dimasak beberapa minggu yg lalu..huhuu! Lepas penat kenduri perkahwinan adindaku Fithriana  8/8/15 yang lalu..kemudian kami sekeluarga beramai2 pula makan angin ke Bandung mengikut pasangan pengantin berbulan madu..uisshh menyibukkan kitorang kacau daun pengantin..hihiii! Pepun kami sangat gembira kerana majlis perkahwinan juga segala urusan kami berjalan dgn lancar. Syukur Alhamdulillah! Ok kembali kepada resipi ye..jom kita zaas..!!
RESIPI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng hingga masak
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji lada hidup merah - potong serong
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar atau boleh juga guna serbuk
1/3 cawan kicap lemak manis (cap kipas udang)
1 sudubesar sos tiram
sedikit air asam jawa (boleh ganti dgn cuka)
rempah penumis tiga sekawan- kayu manis, bunga lawang, pelaga
air secukupnya

Bahan kisar
1/2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai


Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air asamjawa juga air secukupnya.Setelah mendidih, tambah serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng. Gaul seketika sebelum ditutup api. Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun bawang@daun sup.
Cara-cara : Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air asamjawa juga air secukupnya.Setelah mendidih, tambah serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng. Gaul seketika sebelum ditutup api. Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun bawang@daun sup. Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web