Assalamualaikum..ketemu kembali kita pas hampir 2 minggu tak bersiaran..hehe! okayla sebenarnye muffin cempedak ni wat minggu lepas tp br arini dpt menghupdet blog..adoyaai! jadi harap takder yg kempunan bila tgk kejadian muffin ni ek..sgt moist & gebuss..ni kes nk perabih cempedak puree kt lam freezer tu laa..kalu takder cempedak korang leh ganti ngan durian ke, nangka ke..yg penting..maintain sodaap!! jom kita zaas resipi...(hasil gabungan resipi2 muffin sebelum nih..hehe)
RESIPI MUFFIN CEMPEDAK
sumber: inahar's cooking time
Bahan-bahannya:
1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan gula
1 suduteh baking powder
1 suduteh baking soda
1/2 suduteh garam
1 biji telur A
1/2 cawan minyak @butter cair
1 cup yogurt(1 bekas yogurt 140ml) tu bersamaan 1/2 cawan
1 suduteh vanilla extract
1 cawan puri cempedak- (kita letak lbhkurang 350 gm puri)
almond nibs (hiasan)
1 suduteh baking soda
1/2 suduteh garam
1 biji telur A
1/2 cawan minyak @butter cair
1 cup yogurt(1 bekas yogurt 140ml) tu bersamaan 1/2 cawan
1 suduteh vanilla extract
1 cawan puri cempedak- (kita letak lbhkurang 350 gm puri)
almond nibs (hiasan)
**resipi puree cempedak leh tgk kt sini
1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam. Kemudian masukkan gula. Gaul rata
2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt,puri cempedak dan esen vanilla. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan adunan cempedak ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.(adunan muffin yg terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras serta tak gebu)
4. Sendukkan ke dalam cup muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.