Assalamualaikum..arini saya kongsikan resipi kurma ayam yg enak boleh di makan bersama nasi putih atau nasi minyak, beriyani dan sebagainya sebagai lauk berbuka nanti. Resepi dari blog amie ni mmg sedap dan agak mudah juga penyediaannye. Kita cnp resepi dari blog amie ye..macehh amie for the recipe. Jom kita zaass resepinye yok!
Resepi Kurma Ayam
resipi asal - Che Jah
sumber 1 - Amie's little kitchen
sumber 2 - inahar's cooking time
Bahan-bahan:
800 gram daging ayam - potong 8
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
segenggam daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan minyak sapi / mentega / marjerin
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
sejemput jintan manis - 1/2 sudu makan
sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan
sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
bunga cengkih - 3-4 biji
2 kuntum bunga lawang
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.
4. Masukkan daging ayam bersama kentang. masak hingga empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.
Assalamualaikum..Bubur terigo aka biji gandum ni adalah salah satu manisan yang sedap sebagai manisan berbuka puasa. Dah lama tak buatnya..jadi teringin pulak..hihii! Fave bonda masak utk anak2 sejak kami kecil lagi. Jom kita zaas resepinye yok!
Resepi bubur terigo
Sumber - inahar's cooking time
200gm biji terigu @ gandum..dicuci dan rebus hingga kembang
2 cawan santan
1 cawan brown sugar (gula melaka tiada stok)
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Rebus biji gandum hingga kembang..bila dah kembang masukkan santan, gula perang, garam dan daun pandan. Masak hingga mendidih dan kuah agak pekat. Siap utk dihidangkan.
Assalamualaikum..weekend baru ni kita try buat roti sardin viral ni..memang sodap! Jom zaas resepi sempoi dan mudah ni..
Roti Sardin Viral
Sumber - inahar's cooking time
Bahan bahan :
1 tin kecil sardin (cap ayam)
½ biji bwg besar*
1 biji lada merah/hijau*
Sedikit daun sup & daun bawang* (kita tak letak)
Garam
Sedikit serbuk lada hitam/ajishio
1 biji perahan limau kasturi
4-5 biji telur
Roti keping secukupnya- potong tigasegi
Cara cara :
Lenyek ikan sardin (amik sosnye sikit)
Cincang bahan yang bertanda*
Gaulkan dgn ikan sardin tadi dengan telur, garam, lada hitam, perahan limau kasturi, bawang, daun bawang & daun sup sampai sebati.
Celup roti dalam bancuhan telur sardin tadi.
Kemudian goreng mcm roti telur biasa tu guna sedikit minyak@marjerin/butter
Siap!
Assalamualaikum..arini kita nak kongsi menu ayam masak kicap berempah yg mudah jer utk berbuka..
Jom kita semak resepinye yok..
RESIPI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
sumber - inahar's cooking time
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng hingga masak
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji lada hidup merah - potong serong
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar atau boleh juga guna serbuk
1/3 cawan kicap lemak manis (cap kipas udang)
1 sudubesar sos tiram
sedikit air asam jawa (boleh ganti dgn cuka)
rempah penumis tiga sekawan- kayu manis, bunga lawang, pelaga
air secukupnya
Bahan kisar
1/2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak. Masukkan rempah kari dan tumis lagi. Kemudian masukkan kicap dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air asamjawa juga air secukupnya.Setelah mendidih, tambah serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng. Gaul seketika sebelum ditutup api.
Assalamualaikum..lagi satu menu digemari seisi keluarga iaitu ikan siakap goreng tiga rasa. Mudah dan sedap..Alhamdulillah
RESIPI IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA
sumber - inahar's cooking time
Bahan:-
1 ekor ikan siakap - ni kita goreng dgn tepung berempah segera jer
Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga warna keemasan. Angkat , letak ke atas pinggan dan ketepikan.
Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, sedikit air, garam serta gula.
Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan lauk pauk yg lain.
Salam ramadhan buat semua pengunjung dapur mayaku ini. Alhamdulillah..begini lah kejadian kuih serimuka yang dibuat pada minggu lepas sbagai manisan berbuka. Aritu nampak Datin Elani @telani_hsn post di instagram beliau..perghh terus tergoda cepat2 save resepi. Resepi asal oleh Sifu Mariana zainal. Mekaseh ye Ana dan kaknie berkongsi resepi "Serimuka less tepung" yg marbeles nih. Jom kita zass resepi yok..
SERIMUKA PANDAN LESS TEPUNG
Resepi asal - Mariana Zainal
Sumber - inahar's cooking time
BAHAGIAN BAWAH
2 CAWAN PULUT (BASUH..TOSKAN)
2 1/2 CAWAN SANTAN(KISAR 1/2 BIJI KELAPA PARUT TAPIS DAN SUKAT)
1 SUDU TEH GARAM
1 HELAI DAUN PANDAN (DI SIMPUL)
BAHAGIAN ATAS
2 CAWAN SANTAN (1/2 BIJI KELAPA PARUT DI KISAR DENGAN 6-7 HELAI DAUN PANDAN DAN 1 SUDU TEH JINTAN MANIS. TAPISKAN DAN SUKAT)
3/4 CAWAN GULA
5 BIJI TELUR GRED A @ B
3 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH GARAM
SEDIKIT PEWARNA HIJAU EPAL (sy tak letak)
Cara :
(guna loyang 9*inci)
PANASKAN AIR KUKUSAN HINGGA MENDIDIH GUNA API BESAR.. OLESKAN SEDIKIT MINYAK DALAM LOYANG DAN LAPIK PLASTIK
MASUKKAN PULUT, SANTAN, GARAM DAN DAUN PANDAN
KUKUS SELAMA 25 MINIT..APABILA DAH MASAK BUANGKAN DAUN PANDAN DAN TEKAN2KAN BAGI PADAT GUNA SENDUK.. SAMBIL2 TU SEDIAKAN BAHAN LAIN
SATUKAN BAHAN BAHAGIAN ATAS KE DALAM BEKAS..
KACAU GUNA WHISK HINGGA GULA LARUT DAN TAPISKAN KE DALAM PERIUK..
MASAK SEKEJAP GUNA API PERLAHAN(SENTIASA MENGACAU YER GUNA WHISK)HINGGA NAIK WAP
APABILA BAHAGIAN PULUT DAH SIAP DIPADATKAN TUANGKAN BAHAN ATAS/HIJAU..
KUKUS SEMULA SELAMA 30 MINIT GUNA API SEDERHANA PERLAHAN..
APABILA DAH MASAK BIARKAN SEJUK BARU POTONG GUNA PISAU PLASTIK
TIPS UNTUK DAPATKAN PERMUKAAN SERIMUKA YANG CANTIK
- SEMASA MENGUKUS BAHAGIAN ATAS/HIJAU..BUKA TUDUNG KUKUSAN SETIAP 7 MINIT DAN LAP BAWAH TUDUNG KUKUSAN..PASTU TUTUP DAN KUKUS LAGI.. ULANG HINGGA SIAP
- APABILA DAH SIAP.. BUKA TUDUNG KUKUSAN DAN KUKUS TANPA TUDUNG KUKUSAN SELAMA 5 MINIT HINGGA AIR DIPERMUKAAN SERIMUKA TU KERING..