Thursday, May 12, 2016

SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS



SPAGHETI GORENG TUNA PEDAS sumber - inahar's cooking time Bahan2: 500mg spagheti- direbus 2 tin tuna (perisa pedas cap ayam) cendawan butang segar secukupnya (boleh guna cendawan dlm tin juga)- potong nipis 2 biji bawang besar- potong dadu 5 biji bawang putih - cincang halus 2 biji tomato- cincang kasar 1/2 suduteh herba itali (mixed herbs) 5-10 biji cili padi (ikut suka) - cincang halus 1 sudubesar serbuk ladahitam daun ketumbar secukupnya minyak/butter utk menumis sedikit parutan keju parmesan garam & perisa secukupnya Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. Masuk bawang putih, tumis hinga keperangan. Masukkan cendawan bersama cili padi dan tumis lagi sebentar. Tambah tuna beserta tomato cincang dan masak seketika. Masukkan garam, perisa, serbuk ladahitam juga herba itali dan gaul rata. Setelah itu masukkan pasta, daun ketumbar dan gaul rata. Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak secukupnya. Tabur keju parmesan di atasnya dan hidangkan. Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Assalamualaikum semua! Jom kita berpasta pulak..kali ni Pn Doc goreng spagheti bersama ikan sardin tin cap ayam tu. Menu yang sangat ringkas tapi amat sedap dan digemari semua ahli keluarga. Cer try..cer try ye uollss! Memang tidak menghampakan dan berbaloi-baloi kesedapannye..hehe! Jom zaas resipi yokk!

RESIPI SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
500 gm pasta - direbus
1 tin sardin cap ayam size sederhana (isi ikan di cincang)
1 tin cendawan butang- di potong nipis (boleh juga guna cendawan segar)
2 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih - cincang halus
2 biji tomata segar - cincang (boleh juga guna tomato ceri)
1/2 suduteh herba itali (mixed herbs)
1 helai daun bay kering
5-10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai) - cincang/tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
daun ketumbar
minyak/minyak zaitun atau mentega utk menumis
garam/perisa secukupnya
sedikit parutan keju parmesan utk ditabur masa menghidang

Cara
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bawang putih goreng lagi hingga keperangan.
Masukkan cendawan dan cili padi dan tumis lagi.
Tambah ikan sardin serta tomato cincang dan masak seketika.
Masukkan garam, perisa, serbuk lada hitam, juga herba itali dan gaul rata.
Setelah itu masukkan pasta dan daun ketumbar, dan gaul rata.
Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak sepenuhnya.
Taburkan parutan keju parmesan di atas pasta semasa menghidang. Siap!


Monday, May 9, 2016

KEK LOBAK MERAH WALNUT



Assalamualaikum semua..arini nak updet lagi satu entry tertunggak ye! Kek lobak merah berwalnut..mmg wallaaa!! Carrotcake is one of my favourite cake..mmg tak boleh tahan kalu nampak kek lobak nih! Drooling dah ni beb..hehe! Resipi carrotcake dah macam2 try kt dapur Pn Doc ni..boleh klik sini , sini dan sini. Okay jom kita zaas resipi ye!

RESIPI KEK LOBAK MERAH
sumber- inahar's cooking time

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum (allpurpose)
4 biji telur
1/1/4 cawan minyak jagung
11/2 cawan gula perang
21/2 cawan lobak parut
1/2 cawan nenas cincang halus (drained)
100 gm walnut cincang toasted 5 minit
kismis ikut suka
1 suduteh esen vanilla
2 suduteh baking powder
11/4 suduteh soda bicarbonate
1/2 suduteh garam

Cara
Pukul telur dan gula hingga hancur.
Tambah minyak, pukul lagi.
Kemudianmasukkan bahan2 yg di ayak tadi. Gaul bagi rata. Akhirnya masukkan bahan2 lain dan gaul ngan spatula sebentar sahaja utk bagi rata dan mesra. Tuang adunan dalam loyang yg telah dilengserkan.
Bakar dlm oven yg telah dipanaskan @180c selama 50-55 minit ikut oven memasing ye.
Sejukkan kek dan hias dengan cheesecream icing.

RESIPI CHEESECREAM TOPPING
250ml fresh/whipping cream
200gm creamcheese (guna jenama philadelphia)
1/2 cawan gula halus

Pukul freshcream hingga kental dan ketepikan.
Pukul pula creamcheese dan gula hingga gebu.
Kemudian campurkan cheesecream bersama fresh cream yg telah dipukul kental tadi. Kacau sebati dan boleh terus digunakan utk menghias kek.

Saturday, May 7, 2016

KEK BAHULU GEBUS GEBAS!



Assalamualaikum...Hollaaaaaaa! Waduh rindu banget sama uollss! Dah berhabuk dapur maya Pn Doc ni kena tinggal hampir 4 bulan jugak..huhuu! Arini baru sempat nk menjenguk ke blog ni. Alahai sunyi sepi ye dah lama tak berhupdet resipi..hihii! As usual kita sgt sibuk last few months bercampur ngan mood malehh yg mencengkam-cengkam ni haaa..hehe!! Okay ler entry arini adalah entry tertunggak hok lama dulu tersimpan elok kt dlm komputer ni haa. So jangan tanya ye..kek bahulu ni dah lama jd baja..hihi! Resipi from my good fren Dr Siti Farida..memang sgt gebus gebas & soft banget! Dulu pernah buat bahulu gulung guna resipi yang lain..boleh klik sini ye! Cer korang try nanti ye! Memang marvelous i tell uu! Jom zaass resipi yok!

RESIPI KEK BAHULU
resipi asal - Siti Farida
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
3 biji telur gred b
1 cawan tepung gandum (or superfine flour)
1/2 cawan gula castor
3/4 suduteh baking powder
1 suduteh esen vanilla

Cara
Ayak tepung dan baking powder.
Pukul telur + gula higga kembang pd high speed (10 minit @ naik 3x ganda)
Masukkan esen vanilla, pukul lagi sebati.
Masukkan tepung yg telah diayak, kacau sebati guna spatula sahaja
Panaskan dlm oven acuan yg telah dilengser dgn minyak selama 10 minit.
Keluarkan dari oven dan terus masukkan adunan.
Bakar pd 200c selama 20-25 minit. Jika guna acuan bahulu bunga kecil bakar hanya 10-15 minit sahaja.