Thursday, June 29, 2017

SALAM AIDILFITRI 2017

 Assalamualaikum..

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari saya buat semua pengunjung tersayang blog ini. Love uolls!

Saturday, June 10, 2017

AYAM GORENG BEREMPAH SEMPOI

Assalamualaikum.. Menu ayam goreng berempah ni pun entry tertunggak juga sebab tak sempat nak updet resipinye minggu lepas. Salah satu menu kegemaran keluarga. Kalau dah boring tak tau nak masak apa..haaa wat jer ayam goreng berempah cenggini. Conpom laku tau! Simple yet so delicious! Dah beberapa kali resipinye kita kongsi sebelum ini tp mari lah lagi sekali Pn Doc cnp semula kt entry kali ini ye. Jom zaasss!

RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam 

2 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
3 batang serai ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.





Saturday, June 3, 2017

BLUEBERRY YOGURT MUFFIN

 
Assalamualaikum semua! Walaupun sekarang bulan puasa..Pn Doc masih ingin berkongsi resipi blueberry yogurt muffin ni yang dibuat 2 minggu yang lalu..hihi! Muffin ni bolehla dihidangkan utk jamuan musim perayaan nanti kan. Kemanisannye just nice, moist dan gebu! Jom kita zaas resipinye ye!

BLUEBERRY YOGURT MUFFIN
Sumber- inahar's cooking time

Bahan2:


2 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula castor (klu guna brown sugar boleh lbhkan sikit amaunnye)
1 biji telur
1 cawan susu segar (ganti ngan 200ml yogurt perisa berry)
1/3 cawan minyak @ butter dicairkan
150 gm fresh bluberry (bnyk ikut suka sebenarnye)
3 suduteh baking powder
sedikit garam
1 suduteh vanilla esen

cara2:
pukul telur bersama gula sampai sebati then tambah minyak,susu/yogurt, garam dan kacau lagi sampai sebati. then tambah tepung yg telah diayak bersama baking powder (kacau secara kaup balik utk bg rata jer) dan akhir sekali masukkan buah bluberi atau blueberry filling. Masuk dalam muffin cup, tabur badam flakes dan bakar pd preheated oven @ 180c selama 20 minit.


Friday, June 2, 2017

SUP TAUHU TELUR

Assalamualaikum..arini kita nak share resipi yang sgt mudah banget. Bulan2 puasa ni makan sup tauhu telur ni utk berbuka pun dah cukup (nak dietla konon tu..hihi). Resipi main campak2 jer ye! Segala jenis sayur mayur yang ada kat dapur boleh kita guna sebagai bahan tambahan sup tauhu telur ni ye. Jom kita zaass!

RESIPI SUP TAUHU TELUR
sumber- inahar's cooking time

Bahan
2 biji tauhu telur - dipotong bulat nipis dan digoreng
sayur sawi - potong kecil
jagung muda- potong serong
tomato- potong 4
fishball
2 biji telur
sejemput ikan bilis
1 biji bawang besar- potong nipis
3 biji bawang putih- potong nipis
2 biji lada merah/hijau- potong serong
sos tiram
air secukupnya
garam
perisa (optinal)
minyak utk menumis

Cara
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih , cili juga ikan bilis hingga naik bau. Tambah air secukupnye. Masak lagi hingga mendidih dan masukkan telur sebiji- sebiji. Bila telur hampir masak, bolehla di masukkan semua sayur dan fishball. Kemudian tambah sos tiram, garam juga perisa. Masak lagi sebentar.. Siap!

Thursday, June 1, 2017

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua pengunjung dapur inahar ye. Alhamdulillah dah masuk hari ke 6 berpuasa ye. Baru arini Pn Doc dpt updet resipi2 yg tertunggak. Jadi hari ni kita nak berkongsi resipi ayam masak kicap berempah yg sangat marbeles! Resipi asal oleh Tuan Mamak Haji..kita cnp dari Fb Tn Haji. Mekaseh sgt berkongsi resipi yg sgt sedap ni. Memang sesuai sgt menu ni disediakan utk lauk berbuka nanti. So apalagi..jom kita zaass resipi yok!

RESIPI AYAM KICAP BEREMPAH

resipi asal - FB Mamak Haji
sumber - inahar's cooking time

Bahan A (Gaul dan perap 1/2 jam)
1 ekor ayam. Berat sekitar 1.6 - 1.7 kg (dipotong 16)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam


Bahan B
1 batang serai (di ketuk di perdunya)
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga


Bahan C
1 sudu besar Pes Bawang Putih dan Halia

 
Bahan D (dikisar halus)
3 Biji bawang besar (dikisar halus)
Sedikit air (Jangan terlalu cair. Kisaran 1:1 dengan air)
Tujuan bawang merah adalah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah yang lebih anda boleh kurangkan jumlah bawang.


Bahan E
2 sudu besar rempah Kari Daging
1/2 sudu kecil garam masala
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk Jintan manis
1 sudu kecil serbuk Jintan Putih
1/2 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 sudu besar serbuk cili @cili kering kisar.Mengikut kepedasan yang anda inginkan.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat 'Mee Yakin'. Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. * Saya gunakan Kicap Lemak Manis kipas udang.
Garam
Gula secukup rasa. 


Bahan F
1 sudu kecil jus limau nipis

 
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga 75% masak dan angkat.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai yang telah diketuk. Sederhanakan api dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga (bahan B).
3. Apabila naik baunya, masukkan pes bawang putih halia (bahan C) sehingga baunya naik kembali.
4. Segera masukkan kisaran bawang (bahan D) dan tunggu sehingga bawang benar-benar masak hampir kekuningan dan naik bau.
5. Masukan semua bahan-bahan rempah (bahan E) dan biarkan kuahnya didih dan menjadi pekat
6. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 - 15 minit.
7. Rasa masin manisnye. Akhir sekali perahkn jus limau dan kacau rata. Siap!