Tuesday, April 23, 2013

BLUEBERRY CHEESE TART

  
 
Assalamualaikum..tu diaaaa..sudah mari cistatku yg dh berkurun  tak ku buat..rasanya kali terakhir operasi cistat adalah 2 tahun lepas kat sini..hehe!! sebelum tu gak wat guna resipi yg berbeza di sini..wah  lama betui kan..tulaa masalahnye nk tunggu kerajinan menguli doh pastri tu laa yg paling malass sekali kan..tetiba arini rajin lak ek..huhuu! tapikan sekali dapat merasa yg homemade punya mmg takleh stop kan mengunyah cistat nih..mmg perghhh!! terbaekk wa cakap lu woo..huhu!! masih setia ngan resipi oleh azita zain..mmg puashati! okayla kita terus layan resipinya ye...

RESIPI BLUEBERRY CHEESE TART
resipi asal - azita zain
sumber - inahar's cooking time

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin/butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
***utk filling ni kita guna resipi yg berbeza sikit spt dibawah ini:
125 gm cream cheese 
30 gm gula kastor 
1/2 biji telur
 
1/2 biji lemon-ambil parutan kulitnya
 
20 ml whipped cream

bluberi filling/jem

Cara-caranya:

Krimkan cheese sampai licin dan gebu,masukkan gula dan butter ,pukul sampai sebati.Kemudian masukkan telur & whip cream,pukul lagi hingga kembang .

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar di dapur azita ye) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman azita...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Wednesday, April 17, 2013

The Cream & Fudge Factory Wangsa Maju

Assalamualaikum..jom layan aiskrim kt The Cream & Fudge Factory outlet Wangsa Maju di Wangsa Walk (sederet ngan tutti frutti tu)..mmg best!!! berpinar biji mata nk wat pilihan..hehe! malas nk citer banyak..jom layan foto2 kt bawah ni haa....
 STRAWBERRY COOKIE CHEESECAKE ICECREAM

 OREO PEANUT BUTTER ICECREAM

 NUTTY CAREMEL ICECREAM



 
Korang leh layan Facebook diorang kt sini-The Cream & Fudge Factory juga websitenya di sini. Okayy...daaaa!!!

Friday, April 12, 2013

AWARD DARI NASYA

Thanks Moni, Candy :)
Assalamualaikum..arini takder menu masak2 ek sebab kebizian nk gi ke Sek Bina Insan di Bangi sat agi utk mengambil Sri di asrama kerana utk menghadiri majlis anugerah cemerlang di Hotel Crystal Plaza pada esok hari..okaylaa sebenarnya dh berkurun lama Pn doc tak menerima atau berbagi2 award nih..banding masa memula berblog dulu kemain hampir tiap minggu ada jek award yg diberi kengkawan tp arini kita sgt berbesar hati menerima award yg cun lg sexy dari dapur Nasya yg telah sudi memberi award ni kt akak..suker banget sbb dh lama tak merasa pegang2 award bagai nih kan..hehe!  jutaan terimakasih akak ucapkan wat nasya ye..moga perhubungan silaturrahim kita di alam maya ni akan kekal selama2nya..amin! muaaahhss!!

Wednesday, April 10, 2013

MACARONI GORENG

 Assalamualaikum..macaroni goreng wat dinner semalam..maleh nk citer pepanjang..jom kita semak resipi yg sedap nih..kt sini pun ada!

RESIPI MACARONI GORENG
sumber: inahar's cooking time

Bahan2nye:

500 g macaroni 
300 g daging kisar-guna ayam jer

sotong secukupnye )
udang sederhana besar) x letak sbb no stock
1-2 biji bawang besar, potong dadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji tomato, dadu kecil
mixed vege secukupnye
3-4 camca besar cili kisar (ikut kepedasan yg disukai)
1/3 botol besar tomato sos kimball

2 camca besar sos tiram
1 kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :

  1. Rebus macaroni hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam. Udang & sotong yg telah disiang di cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali (guna minyak masak biasa pun ok). Tumis bawang besar dan putih hingga perang, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah tomato dadu dan masak hingga layu.masukkan daging kisar dan goreng lagi.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kiub ayam (hancurkan), kacau rata dan masukkan sotong dan udang. boleh tambah air sedikit jika pekat sangat. Masukkn gula & garam secukupnye.
  4. Masukkan macaroni , gaul rata dan masukkan mixed vege. Gaul rata2. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Siap utk dihidangkan!


Monday, April 8, 2013

TUNA CHEESE PRATHA ROLL


Assalamualaikum semua..arini kita masak sempoi jek wat lunch iaitu tuna cheese pratha roll..senang juga mengenyangkan..anak2 pun suker!!  jom layan resipi..

Resipi Tuna cheese pratha roll

Bahan:
4 keping pratha jenama kawan
inti tuna-resipi dibawah
cheese slice secukupnya
1 biji telur-utk sapuan atas pratha roll
1 camca besar mentega, dicairkan

resipi inti tuna :
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam kisar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan untuk inti tuna dan kacau rata dan ketepikan
  2. Keluarkan pratha dari freezer. ambil sekeping letak diatas pinggan. kemudian letakkan sekeping slice cheese diatas roti pratha tadi diikuti dengan inti tuna ditasnya.
  3. Gulung roti pratha tadi dengan kemas serta kemaskan juga kedua2 hujungnya. Ulang proses ini hingga siap kesemua keping roti pratha tadi. Susunkan di atas dulang pembakar yg telah disapu mentega. Buat garisan tidak putus diatas roll kemudian sapukan telur keatasnya.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Sedap dimakan semasa panas utk merasai lelehan cheesenya!!