Friday, August 27, 2021

Spicy Korean Fried Chicken

 

Assalamualaikum..kembali bersiaran Pn Doc setelah lama menyepi..Alhamdulillah. Bukan apa musim pandemic ni kita pun terlibat sama dalam proses pemberian vaksin di klinik kami sebagai PPVGP. Alhamdulillah penduduk lembah kelang sudah lebih 90% menerima kedua2 dos vaksin covid19 jadi sekarang ni baru dapat tarik nafas lega sikit utk kita updet blog kita ye..hihi! Oklah ni entry lama yg tertunggak ye iaitu Ayam goreng pedas ala korea. Kali ni kita guna resepi @qaseyhoney mmg terbaek! Macehh QH Kak Ina cnp resepi dari blog QH ye. Jom kita zaas resepinye yok!


SPICY KOREAN FRIED CHICKEN 
Resepi asal - Qasey Honey
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN2 
20 ketul ayam bahagian kepak 
1 cawan tepung gandum 
1 cawan tepung jagung 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih (cincang) 
1 inci halia (cincang) 
Garam secukupnya 
air secukupnya 
Minyak masak


CARANYA

Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30min).
Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. Renjis2kan dengan air. Gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung.
Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.
Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.

BAHAN SOS
4 ulas bawang putih (cincang) 
3 sudu besar cili kisar 
1 sudu kecil serbuk cili (ganti 7-8 biji cili api tumbuk halus)
4 sudu besar sos cili 
4 sudu besar sos tomato 
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula pasir 
1/2 biji perahan jus lemon
Garam secukup rasa 
Bijan secukupnya - disangai (ganti kacang gajus tumbuk kasar)
minyak masak secukupnya

CARANYA

Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau
dan sedikit garing.
Kemudian masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.
Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul hingga semua bersalut rata.
Angkat dan hidangkan. Taburkan bijan yang telah disanggai (kita ganti kacang gajus). Siap!