Friday, September 26, 2014

I AM 47 TODAY!


Assalamualaikum..syukur alhamdulillah..hari ini umurku genap 47 tahun! Terimakasih Ya Allah kerana membenarkanku bernafas sehari lagi, memberikan kesihatan dan umur yang panjang buatku. Terimakasih Ya Allah kerana masih membenarkan ku menghirup lagi udara pada usiaku 47 tahun ini. Terimakasih atas kebahagiaan yang telah Kau berikan kepadaku dengan menganugerahkan ku sebuah keluarga yang bahagia. Segala pujian hanya padaMu, Pencipta segala alam. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu. Ya Allah semakin jauh langkahku meniti hari, kupohon hidayahMu, moga dihari lahirku ini Kau berkatilah umurku dan izinkan ku semakin dekat dengan redhoMu..Amin Ya Rabbal Alamin..
Jutaan terimakasih juga buat semua ahli keluarga juga teman-teman tersayang yang telah mengirimkan ucapan juga doa sempena harijadiku. Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya..Amiin Ya Rabbal Alamin..



Wednesday, September 24, 2014

BERIYANI KAMBING

     
 
Assalamualaikum..taraaa..jangan tak percaya setelah sekian lama kurang berani nak masak kambing akhirnya berjaya juga Pn.doc mengoperasi daging kambing masak beriyani malam tadi ye. Beberapa tahun dahulu pernah sekali masak kambing kuzi..boleh tgk entry di sini. Ini kira kali kedua la kita masak kambing pas dipujuk oleh mrhubby yg memang peminat tegar kambing (selalunye makan masakan kambing di kedai jek..hehe). Resipi kita ikut sama seperti masak beriyani ayam/daging biasa tu. Jom zaass resipi ek...

RESIPI KAMBING MASAK BERIYANI

Bahan-bahan:

500 gm daging kambing (potong dadu 2")-diperap tepung & limau nipis selama 20 minit kemudian cuci bersih dan toskan.

1 biji tomato } dicincang/racik
3 biji kentang-potong 4
2 batang lada hijau/merah-belah 2
3 sudu besar rempah beriani 
1/2 cawan susu cair (boleh juga guna yogurt)
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sudu besar sos tomato @ puri
air secukupnya 
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis:
1 labu bawang besar } dihiris
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis-jika suka

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan rempah beriani. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Rebus hingga kambing agak empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, sos tomato, tomato cincang dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih
4. Kemudian masukkan susu cair , garam & gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap boleh dihidangkan bersama nasi panas @ dimasak kembali semasa penyediaan nasi beriyani.


Wednesday, September 17, 2014

PASTA AGLIO OLIO

Assalamualaikum..pasta goreng ni dibuat hari sabtu lalu masa celebrate besday anakanda Sri &  Adam sekali. Besday diorang jatuh pada 12/9 (sri) & 15/9 (adam)..jadi kitorang ceberate sekali jerla. Majlis kecil-kecilan jer. Kek pun ibu tak sempat baking so beli jerla Opera cake kat bakeri. Pasta aglio olio ni memang feveret Sri. Selalu guna spagheti tapi kali ni kita guna angel hair. Mudah dan sedap..sekejap jer nak menyediakannye. Jom zaas resipi.. 

SPAGHETI AGLIO OLIO
sumber - inahar's cooking time

BAHAN2:

500 gm spaghetti yg telah dicelur (kali ni guna angel  hair)
2-3 sudu besar minyak zaitun

1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
10-12 ekor udang sederhana besar 

4 ekor sotong - potong bulat
sepotong isi ayam - hiris kecil
1 sosej (dipotong serong)

1 tin Button mushroom (ikut suka)
beberapa biji tomato ceri
2-3 potong capsicum hijau (potong dadu atau memanjang)-x letak pun sbb xde stok 
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang) 
cili padi -ikut suka

garam secukup rasa
perisa

sedikit parmesan cheese 

Cara :
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk ayam,udang,sotong dan sosej. Setelah udang kemerahan, masukkan pula capsicum dan button mushroom. Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Garam secukup rasa, serbuk lada hitam,cili padi, oregano , tomato ceri, daun parsley dan perisa.Sekiranya spaghetti nampak kering, boleh ditambah sedikit air juga minyak zaitun. 
taburkan sedikit parmesan cheese powder diatas spagheti semasa menghidang! wallaaa!!

Monday, September 15, 2014

ROASTED CHICKEN KABSA RICE

Assalamualaikum..taraaaa..ni la rupa nasi kabsa ayam panggang yg kita buat minggu lepas tp baru nak updet rini..hehe! Jangan minta hokayy..soriii ler kalu Pn Doc wat korang kempunan..hikhiks! Dulu pernah kita wat nasi kabsa menggunakan resipi lydiahoney di sini. Kali ni kita cuba lak try resipi dari dapur Hafidz FCU. kedua resipi lebihkurang sama dan hasilnya pun sangat memuaskan hati..sedaap bangett! So korang apalagi jom laa cuba resipi nasi kabsa ni.. conpemm bertambah2 pinggan nasi tu haa..hehe! meh zaas resipi..mekaceh banyak wat penyumbang resipi ye!

RESIPI ROASTED CHICKENKHABSA RICE
resipi asal - hafidz fcu
BAHAN UNTUK REMPAH KABSA (kita guna rempah kabsa readymade)
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu  besar cengkih
2 sudu  besar buah pelaga
2 sudu  besar lada hitam
2  bi ji buah keras

Kesemua rempah di atas disangai hingga berbau wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit. Cara yang mudah untuk memastikan rempah yang disangai sudah sempurna ialah dengan memicit biji ketumbar. Apabila kita dapat menghancurkan dengan senang, bermakna rempah itu sudah boleh dikisar. Simpan rempah yang telah dikisar halus ke dalam bekas  kedap udara.


BAHAN UNTUK MEMERAP AYAM KABSAH
1 ekor ayam potong 6 atau ikut suka

2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia di mesin
2 sudu besar rempah kabsah
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
3 helai bay leaf 
1 kiub ayam knor
garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT AYAM KABSAH

1. Panaskan Air 1 liter di dalam periuk.
2. Mesin 1 bawang besar, 3 bawang putih dan 1 1/2 inci halia hingga hancur.
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bahan mesin di atas, bay leaf, kiub ayam dan 2 sudu rempah           kabsah.
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.
5. Selepas itu tapiskan stok ayam untuk digunakan memasak nasi Arab. 
6. Lumurkan ayam dengan 2 sudu rempah kabsah, bahan kisaran kedua (1 bawang besar,  3     ulas bawang putih, 11/2 inci halia- bahan kisar ni kita tak letak) ,kunyit, garam, gula dan 2 sudu sos tiram. Perapkan sebentar dan bakar           selama 30 - 40 minit pada suhu 180 C. Lebihan bahan perap boleh di ulang sapu pada             ayam yang tengah dimasak di dalam oven. Pastikan garam dan gula secukup rasa.
Pastikan ayam tidak terlalu masak kerana ayam itu akan keras selepas di masukkan ke dalam oven.

BAHAN UNTUK NASI ARAB
3 cawan beras Basmathi
41/2 cawan air stok ayam (yg direbus tadi)
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun
7 biji buah pelaga, 
5 kuntum cengkih 
3 kuntum bunga lawang
5 biji lada hitam
3 inci kulit kayu manis
1 labu bawang besar- hiris dadu
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
2-3 biji lada hijau/merah- potong separuh
1 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah didadu
segenggam kismis hitam
sedikit saffron(atau pewarna kuning)

1. Beras direndam bersama  garam selama 30 minit kemudian toskan.
2. Tumiskan buah pelaga,kayu manis,bunga lawang, lada hitam dan cengkih.
3. Masukkan bawang, halia, lada  dan tumiskan hingga wangi.
4. 41/2 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti           biasa.
5. Untuk mengkais nasi, gunakan batang chopstick untuk mengelakkan beras patah2.
6. Tutup api apabila nasi  masak.Taburkan safron(kita hnya guna sedikit pewarna kuning) dan kacau hingga warna sekata.  Akhir sekali bolehla dihidang bersama ayam panggang, sos salata hara juga acar timun tomato.

Acar timun tomatotimun - potong dadu nipis
tomato - potong dadu kecil
bawang besar- potong nipis
cili merah/hijau - potong halus
cuka
garam
gulaCampurkan semua bahan di atas hingga sebati dan sejukkan dalam petiais. Keluarkan sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi.
SOS SALATA HARA
sumber- wana 

( resipi asal : Arabic Bites )
3 biji tomato cincang.

1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 -2 biji cili hijau – saya tambah
garam.
sedikit gula


Cara Penyediaan Sos Salata Hara:
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur.
** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa.

Wednesday, September 3, 2014

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Assalamualaikum..dah lama tak makan sambal tempoyak kebetulan adinda Seli ada memberi sebekas tempoyak minggu lepas so apalagi projek menyambal la jadinye. hasilnye bila dimakan bersama nasi pepanas ngan ikan goreng pun dah mmg ummpphh..terbaekk! hehe.. 

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS
sumber : inahar's cooking time

Bahan-bahan :
  • 1 cawan ikan bilis- digoreng garing dahulu
  • 4-6 sudu besar tempoyak
  • 2 ulas bawang merah (di tumbuk kasar )
  • 3 biji cili merah + 10-12 biji cili padi(di tumbuk atau dikisar kasar)
  • sejemput ikan bilis utk di tumbuk/kisar sekali bersama bawang & cili
  • 2 batang serai (dititik)
  • Garam
  • Gula
Cara-cara :
  • Masukkan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk/kisar serta serai.
  • Kemudian masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
  • Hidangkan , dan makan dengan nasi panas-panas.