Monday, February 26, 2018

NASI SERAI

 
Assalamualaikum..ni lagi satu entry tertunggak ye. Nasi serai yang dimasak hari minggu yang lalu..semerbak bau harum serai semasa menanak nasi tu. Perghhh memang lazat yang amat! Sebelum ni dh selalu buat nasi serai ni menggunakan resipi Kak Hanieliza ni..memang terbaek! Kali ni kita mamam nasi serai diganding dgn drummet ayam segera ayamas dan sambal telur..hihi! Mudah jer kan? Jom kita semak resipi yok!
 
Nasi Serai
Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza
- 50 Hidangan Penambat Selera
Sumber 1 : Ummi @ Home Sweet Home 
Sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan A:- 4 cawan beras basmathi
4 cawan air (sy lebihkan jadi 5 cawan)
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan - disimpul
4 batang serai - diketuk3 
sudu makan minyak sapi (kita guna butter)
1 pokok daun sup - dihiris
bawang goreng
Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):- 1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

 
Cara Memasak:- Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.

Thursday, February 22, 2018

AYAM UNGKEP

Ayam Ungkep Sumber : Amie's Little Kitchen Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan: 1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika 2 batang serai - dititik 3 cawan air minyak sedikit asam jawa (pilihan) garam / gula / perasa pilihan Bahan tumbuk / kisar: 5 ulas bawang putih 10 biji bawang merah 2 sudu makan ketumbar biji 1 sudu makan jintan manis 1 sudu teh jintan putih 3 cm kunyit hidup 3cm halia 15 biji cili padi Cara: 1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak. 2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna. 3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. 4. Tutup kuali rapat-rapat. 5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur. 6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api. Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

 Assalamualaikum. Ni adalah entry tertunggak menu minggu lepas masakan wong jowo iaitu Ayam Ungkep. Sedap banget! Dulu pernah buat menggunakan resipi lain di sini tapi kali ni kita ambil resepi dari instagram Surianti Kitchen. Mekaseh Sue berkongsi resepi yang lazat ni. Jom kita zaas resepi yok! 

AYAM UNGKEP

Resepi asal -
@surianti_kitchen
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
1 cawan air
minyak
sedikit asam jawa/asam keping (pilihan)
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.
Ayam Ungkep Sumber : Amie's Little Kitchen Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan: 1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika 2 batang serai - dititik 3 cawan air minyak sedikit asam jawa (pilihan) garam / gula / perasa pilihan Bahan tumbuk / kisar: 5 ulas bawang putih 10 biji bawang merah 2 sudu makan ketumbar biji 1 sudu makan jintan manis 1 sudu teh jintan putih 3 cm kunyit hidup 3cm halia 15 biji cili padi Cara: 1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak. 2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna. 3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. 4. Tutup kuali rapat-rapat. 5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur. 6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api. Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
Ayam Ungkep Sumber : Amie's Little Kitchen Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan: 1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika 2 batang serai - dititik 3 cawan air minyak sedikit asam jawa (pilihan) garam / gula / perasa pilihan Bahan tumbuk / kisar: 5 ulas bawang putih 10 biji bawang merah 2 sudu makan ketumbar biji 1 sudu makan jintan manis 1 sudu teh jintan putih 3 cm kunyit hidup 3cm halia 15 biji cili padi Cara: 1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak. 2. Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna. 3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. 4. Tutup kuali rapat-rapat. 5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur. 6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api. Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Monday, February 19, 2018

AYAM GORENG KUNYIT MUDAH

Assalamualaikum..kembali bersiaran selepas 2 minggu menyepi ye..hihi! Okayla arini kita nak kongsi menu lauk yg sangat simple dimple jer resipinye ie ayam goreng kunyit. Ni lauk kegemaran anakanda Sri..bertambah2 nasi kalu makan pepanas. Jadi mai la kita semak resipinye yok!

RESIPI AYAM GORENG KUNYIT
sumber - inahar's cooking time

Bahan2:
500 gm isi ayam - potong sederhana kecil
2 biji bawang besar- potong bulat
3 biji bawang putih- potong nipis
1/2 inci halia - potong nipis
10 biji cili api - ikut kepedasan disukai
cili merah hidup-potong nipis
sedikit kacang panjang (tak letak sebab tiada stok)
kunyit
garam secukup rasa
perisa-jika suka
sedikit cuka
minyak untuk menumis

Cara-
Isi ayam digaul dgn garam serta kunyit dan perap seketika. Panaskan minyak kemudian goreng ayam dgn api yg besar. Kacau ayam supaya ia masak rata dan tidak hangus. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan cili dan goreng seketika. Akhir sekali tambah sedikit garam (hati2 takut terlebih masin), perisa dan cuka. Kacau sebentar dan tutup api. Boleh diangkat dan hidang. Mudahkan!

Tuesday, February 6, 2018

PULUT KUNING SEMPOI


Assalamualaikum..Arini kita nak kongsi menu hari minggu yg lalu iaitu pulut kuning yang di makan dgn kari ayam campur telur rebus. Permintaan oleh anakanda Adam yang kurang sihat aritu. Pulut ni sebenarnye dikukus secara mudah jer sekali harung dikukus pulut beserta santan tu..takyah nk ulang kukus 2-3x cam biasa tu..Alhamdulillah okay kejadiannye. Jom kita zaas resepi yok!
 
Pulut kuning versi mudah
Sumber -inahar's cooking time

BAHAN - BAHANNYA :-)
3 cawan pulut
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
11/2 cawan santan kelapa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1-2 sudu kecil minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

 

CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci pulut, kemudian masukkan dalam bekas besar. Tuang air hingga pulut terendam. Tambah serbuk kunyit dan kacau hingga rata. Masukkan asam gelugor dan rendam pulut selama 4 - 5 jam, sekali2 anda gaulkan pulut yang berendam tadi, agar warna kuningnya sekata. Panaskan kukus, sediakan loyang sesuai. Toskan pulut. kemudian masukkan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan dan tekan sedikit biar daun pandan tenggelam.Sementara itu, masukkan garam, minyak dan gula ke dalam santan dan kacau rata. Tuang dalam loyang berisi pulut tadi sehingga santan menutupi permukaan pulut. Kukus pulut selama 25 minit dengan api besar.Buka tudung kukus, dengan menggunakan chop stick, balik2kan pulut tadi agar masak sekata. Gaul hingga rata.Sambung mengukus untuk 10 - 12 minit lagi atau hingga pulut kuning masak elok, dan tak keras. Angkat dari kukusan dan boleh hidangkan bersama rendang, sambal tumis, kari atau serunding....Selamat mencuba!! 

 

Thursday, February 1, 2018

RENDANG AYAM SEDAP!

 
Assalamualaikum dan selamat menyambut hari wilayah buat semua pengunjung yang tinggal di Wilayah Persekutuan juga Putrajaya. Hari cuti camnih boleh la main masak2 kann..hihi! Okay sebenarnya rendang ayam ni dimasak semalam untuk dimakan bersama nasi himpit lebihan makan bersama satay sehari sebelum tu. Dah rasa macam nak raya pulak kan? Hihihi.. Okay resepi turun temurun keluarga ni pernah kita post di sini ye. Pepun kita cnp lagi utk entry kali ni..jom zaass resepinye yok!

RESEPI RENDANG AYAM 

sumber - inahar's cooking time

Bahan2:

1 kg ayam dipotong sederhana kecil
2 bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
1/2 inci lengkuas 
3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
10 biji cili padi
8-10 batang serai -kami mmg guna banyak serai lebih sedap rasanya 
1 pkt serbuk santan segera - dibancuh dgn secawan air
2 keping asam keping
3-4 sudu besar kerisik 
2 helai daun kunyit- di hiris halus 
1-2 genggam gula (boleh campur ngan gula melaka)
garam secukupnya 
perisa jika suka 
minyak untuk menumis


cara: 
Bawang,bawang putih,halia,lengkuas,serai dan cili padi semua diblender halus, kemudian tumis sampai naik bau.Tambah cili giling dan tumis lagi bagi garing. Masukkan ayam,santan,asam keping.bila mendidih hampir kering masukkan garam,gula dan kerisik.akhir sekali masukkan daun kunyit yg di racik halus.