Thursday, June 28, 2018

KEK LAPIS ASAM MANIS AIDILFITRI

Assalamualaikum..Harap masih belum terlewat untuk Pn Doc mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung dapur inahar ini. Mohon maaf zahir dan batin juga buat semua jika selama berblog dan berkawan di alam maya ini ada tersilap kata yg mengguris hati tanpa disedari. Moga di bulan syawal yang mulia ini, dapatlah kita bermaaf-maafan atas kekhilafan masing2 ye. Salam 0-0 ye..hihii! Jom layan resepi kek lapis asam manis yg terlajak sedap ni yg dibuat oleh kita sempena raya ini..jom zaass resipinye yok!!

RESIPI KEK LAPIS ASAM MANIS (HAW FLAKES)
resipi asal - Bro Rozzan
sumber - inahar's cooking time

Bahan-Bahan

10 biji telur gred A
130 gm gula halus
450 gm mentega 
1 sudu besar ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes 

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping. (Saya guna banyak kurang sebab stok di dapur tak mencukupi..huhu)



SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA..

Wednesday, June 13, 2018

PAPRIK AYAM

Assalamualaikum..Alhamdulillah kita dah menghampiri hari-hari terakhir ramadhan, moga segala amal ibadat kita diterima oleh Allah swt. Aamiinn. Hari ni kita berkongsi lagi satu resipi mudah utk menu iftar iaitu ayam masak paprik ala thai. Mudah, sedap lagi menyelerakan. Jom kita zaass resepinye ye..


RESEPI PAPRIK AYAM
resipi asal - makyong@myresepi

Bahan-bahan diperlukan:

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • sos ikan (sy tambah)
  • bahan2 perasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


Tuesday, June 5, 2018

KARI SARDIN SEMPOI DAN SEDAP..

Assalamualaikum..ni lagu satu menu sempoi utk iftar juga bersahur. Sempoi dan sodap! Resipi pun sangat mudah..nak jugak ke?? hihi. Alahai..ok moh ler kita layan resipi yg sempoi nih ye!

RESEPI KARI SARDIN
sumber - inahar's cooking time

Bahan
1 tin sardin besar (brand Ayam)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 biji bawang besar - hiris bulat
1-2 sudubesar cili giling
3-4 sudu besar serbuk kari ikan
santan
sedikit rempah halba campuran
daun kari
lada merah/hijau
garam dan perisa jika perlu
minyak utk menumis
1 keping asam keping

Cara
Kisar atau tumbuk bwg merah, bawang putih dan halia. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar sekali dengan daun kari dan halba campuran. Bila dah naik bau masukkan cili giling..tumis lagi . Masukkn rempah kari.. Tumis lagi bagi garing sikit rempah tu kemudian masukkn ikan sardin (brand ayam). Tambah santan sikit, garam, asam keping, bawang besar hiris bulat dan cili merah/hijau ptong. Masak hingga didih dan agak pekat. Boleh nk tambah cili api ikut suker. Siap!

Monday, June 4, 2018

IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..menu talapia masak lemak ni adalah menu iftar minggu lepas tapi baru kita nak updet resipinye ni..hihi! Mudah sangat masaknye..main campak2 jer haa! Makan pulak bersama gandingan sambal belacan, telur masin dan nasi pepanas..perghh memang meletop u! So jom kita zaass resipi yang mudah ini..

IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API
sumber- inahar's cooking time

bahan
1 ekor ikan talapia merah- siang dan cuci bersih dengan air asam jawa @ limau nipis. Potong 2 atau 3 bahagian
2 batang serai
1 keping asam gelugur
santan secukupnya (saya guna santan serbuk satu peket dibancuh dgn air)
1 kiub pati ikan bilis (optional)
garam & gula secukupnya
minyak untuk menumis

bahan kisar/tumbuk
4 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit kunyit hidup (guna serbuk kunyit pun boleh)
10-15 biji cili padi ikut kesukaan

Cara
Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan santan dan masak hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan ikan. Bila hampir mendidih masukkan asam keping , kuib pati ikan bilis juga perasakan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi dan rasa jika okay boleh tutup api. Siap!


Friday, June 1, 2018

NASI AYAM MUDAH & SEDAP

Assalamualaikum..dah lama tak mamam nasi ayam homemade. Sekali sekala masak sendiri memang sedap puashati makan anak-beranak! Alhamdulillah.. Jom kita zaass resipinye ye!

Resepi Nasi Ayam

resipi asal : Azie Kitchen
sumber : inahar's cooking time

Bahan bahan:

1 ekor ayam - potong 4
4 tin susu beras basmathi
5 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - ketuk
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit rempah sup - saya tambah
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan - simpul
Garam secukupnya

Sayuran
Daun salad
Timun
Tomato
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
Gula dan garam secukupnya
sos cili botol - saya tambah


Sos Kicap

Kicap
Sos cili
Gula dan garam
sup ayam - saya tambah


Cara cara:

Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga air mendidih. Bila sudah mendidih, angkat dan toskan ayam.

Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak. Kami lumur dengan kicap, sos tiram dan lada sulah. Jika suka, boleh juga kisar bawang merah dan bawang putih.

Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.

Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam dan carrot (saya juga tambah sedikit rempah sup) dan biarkan mendidih. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air.
Sediakan bahan cilli sos dan kisar (saya masak atas api sebentar). Sesuaikan rasa. Sediakan pula, sos kicap (juga saya masak hingga mendidih sebentar). Hiriskan sayuran dan akhir sekali ayam diketuk dan dipotong kecil.

Hidangkan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup dan bawang serta bawang goreng.

Nota:

Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.

Kicap cap gajah, gula, garam, lada sulah dan madu

Sos kicap: kicap cair masak dengan air, lada sulah, garam dan gula.