Friday, January 22, 2021

MANGO BLUEBERRY CAKE


Assalamualaikum..jom membaking lagi yok! Ni kek mangga blueberi yg dibuat weekend aritu. Alhamdulillah sedap dan cantik kejadiannya. Jom kita zass resepinya.. 


Mango Blueberry Cake
Sumber- inahar's cooking time

Bahan
2 cwn tepung
11/4 suduteh baking powder
4 biji telur gred B
1 sudu kecil ovelet
3/4 cwn minyak jagung/butter dicairkan
1 cwn gula perang
1/2 cwn pati mangga (guna brand sunquick, tesco atau sebagainya)
Secubit garam
Buah blueberi segar secukupnya

Cara2 -
Satukan telur, gula, ovelet, pati mangga, minyak@butter, garam dlm satu bekas dan putar hingga semua sebati dan gebu.
Masukan buah blueberi (pastikan kering sepenuhnya selepas dicuci) ke dalam tepung yg sudah diayak bersama baking powder dan masukkan kedlm bekas adunan bahan basah td. Kacau menggunakan senduk kaup balik sahaja bagi rata.
Acuan di sapu minyak. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan at 180c selama 50- 60 min bergantung dgn oven memasing. Tutupkan bhg atas kek dgn foil aluminium selepas 40min pembakaran jika takut hangit di permukaan kek. Siap..selamat mencuba!

Thursday, January 21, 2021

LAKSA ASAM IKAN SARDIN


 Alhamdulillah akhirnya berjaya juga memasak laksa asam sardin ni..dah berangan lama dah sebenarnya nak masak laksa asam ni. Ni kira pestime buat sendiri sebab selalunya kita hanya masak laksa johor atau laksa klate jer. Memang puashati, anak2 puji sedap..tersenyum lebar ibu mendengarnya. Alhamdulillah syukur ❤🧡. Jom kita zaas resepinya yok!


Laksa Asam Ikan Sardin
Sumber- inahar's cooking time

Bahan-bahan:

1 bungkus laksa kering - rendam dengan air biasa sehingga bertukar warna putih - celur - toskan
2 tin besar ikan sardin - 1 tin blender halus, 1 tin lagi ikan sardin tu dibelah kasar.
2 kuntum bunga kantan - belah 4
6 tangkai batang daun kesum
6 keping asam gelugor
1 batang serai - dititik
air secukupnya
garam & gula secukup rasa
perasa pilihan


Bahan kisar:

2-3 sudubesar cili giling
10 tangkai cili padi
2 labu bawang besar
sedikit belacan - bakar
1 kuntum bunga kantan - hiris kasar
2 keping nanas - guna nenas tin jer
sedikit lengkuas- 3-4 hiris nipis


Bahan pelengkap:

hirisan timun
hirisan bawang besar
hirisan nenas
hirisan salad
5 biji telur rebus - belah 4
limau kasturi / nipis
hirisan cili merah/ cili padi


Cara2
Masukkan bahan yg diblend dlm periuk
Masukkan asam keping, cili giling, serai, bunga kantan dan
ikan sardin yg dah diblender dengan lebihan sos dlm tin sardin tu skali!
Tambah air secukupnya
Masak dan kacau sebati semua bahan
Perasakan dgn garam dan gula juga perasa.
Kacau dan biar sehingga mendidih dan masukan daun kesum dan potongan ikan sardin yg tinggal tadi. Biarkan mendidih sebentar. Dah rasa semua cukup masam manis masin nya then bolehlah tutup api. Siap.dan boleh dihidang bersama laksa juga bahan2 ulaman yg telah disediakan sebelum ini.

Friday, January 1, 2021

SPICY TUNA FRIED SPAGHETTI


Assalamualaikum.. happy new year uolls! Kembali berpasta lagi kita uolls! Spicy tuna fried spaghetti adalah fav seisi keluarga. Dah banyak kali share resepinya kan tapi takperla kita cnp lagi dan lagi ye..hihi! Jom zaass resepinye yok!

RESIPI SPAGHETI GORENG TUNA PEDAS
sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN:

1 peket spagheti direbus
2 tin tuna dalam tin (guna hot spicy tuna cili brand ayam)
1 tin cendawan butang dihiris
1-2 biji bawang besar potong dadu
5 biji bawang putih cincang halus
3-4 biji tomato dicincang
1/2 sudu teh herba Itali (mixed herbs)
5-7 biji cili padi-ikut kesukaan (tak letak sebab dh mmg pedas guna tuna spicy tu)
satu sudu besar lada hitam kisar
daun ketumbar secukupnya
minyak untuk menggoreng
Sedikit parutan keju parmesan
Garam /perisa secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris sehingga naik baunya.
2. Masukkan bawang putih dan goreng hingga keperangan.
3. Kemudian masukkan cendawan bersama cili padi dan biarkan masak seketika.
4. Perasakan dengan garam, perisa dan herba Itali secukupnya kemudian gaulkan rata.
5. Masukkan tuna bersama tomato cincang dan biarkan masak seketika.
6. Setelah itu masukkan pasta, daun ketumbar dan gaulkan rata. Biarkan sehingga sebati dan angkat.
7. Taburkan keju parmesan di atasnya dan hidangkan.