Friday, August 29, 2014

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

  
Assalamualaikum..hollaa..semalam wat bubur kacang durian memandangkan tengah rancak musim durian sekarang ni kan..nyumm..nyumm!! jom layan resipi yang mudah banget..zaass!

RESIPI BUBUR KACANG DURIAN
sumber- inahar's cooking time

bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang hijau (direbus empuk dulu)
  • beberapa ulas durian(kali ini taruh isi durian sahaja)
  • 3 cawan santan pekat
  • seketul gula melaka
  • beberapa sudu besar gula pasir (ikut kemanisan disukai)
  • air secukupnya
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan2 kecuali durian. Kacau di atas api yg perlahan sehingga hampir mendidih.
  2. Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih .(boleh dimasukkan isi durian sahaja ataupun ulas durian beserta bijinya pun boleh.) Siap untuk di hidang.

Monday, August 25, 2014

MEEHUN SUP AYAM ISTIMEWA

Assalamualaikum..dah lama tak makan mihun sup homemade. Jadi Pn Doc pun merajinkan diri buat mihun sup ayam ni last weekend..selalu buat yg main campak2 jek kali ni kita menerai resipi istimewa dari blog kak Azie. Penyediaan kuah sup ni agak istimewa dgn adanya tambahan air asam jawa dan belacan bakar yang merupakan bahan yg sgt jarang kita tambah dlm penyediaan sup biasa. So..korang kena try resipi nih..nampak sempoi lagi sedaapp! Terimakaseh buat kak azie yang sudi berkongsi resipi yg istimewa ini. Jom kita zaass resipi..layaaann!

Mee Sup Istimewa (guna meehoon)
sumber 1: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk ketumbar (kita tambah)
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar. 
2 kiub stok daging
Air secukupnya
rempah 3 sekawan sbg bahan tumis (kita tambah-1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang,3 biji buah pelaga)
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur (guna meehoon)
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara;
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar juga rempah tiga sekawan. Tumis sehingga wangi. 
Masukkan serbuk jintan manis, ketumbar dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis. 
Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.
Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.

Cili Kicap 

Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi - perah airnya
Sedikit cuka
Kicap manis
Garam
Gula

Cara cara:
Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula. 

Nota;
Cara bakar belacan. Susun belacan yang dipotong dalam dulang dan bakar dalam oven. Angkat dan boleh simpan dalam bekas sebelum disimpan dalam peti ais. 




Thursday, August 21, 2014

CARROT WALNUT CAKE WITH CHEESECREAM

Assalamualaikum..ni entry tertunggak juga..baru perasan lum hupdet kek karrot walnut nih..buat masa raya minggu pertama dulu. So jangan ditanya kemana perginye ek..hehe! sebenarnye kek karot ni pun Pn Doc buat guna tepung premix jenama sama mcm wat kek red velvet sebelum nih di sini. Terima kasih sekali lagi buat My Mom & Daughter's Bakery ye..rasanye mmg just nice! Digandingkan pulak dgn cheesecream..mmg wallaa! Jadi korang layan jerla foto2 kek ni ye..resipi xyah la sbb guna tepung premixkan..tinggal tambah telur, minyak, lobak merah parut juga kismis & walnut. Kalau nak tengok resipi kek karot sebelum ni boleh dilihat di sini & sini. Cheesecream topping pulak kita guna resipi di bawah..

Resipi cheesecream topping
  • 250ml fresh/whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
cara-cara
pukul cheesecream bersama gula hingga gebu kemudian campurkan dgn fresh cream yg telah dipukul kental sebelumnya. kacau rata hingga sebati. Boleh terus diguna utk hias kek.



Friday, August 15, 2014

CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum..ni diaaa kukis paling mudah nak buat dalam dunia nih..amboi statement berani mati ko! hahaha..tapi mmg betul kan cornflakes madu ni memang confem salah satu kukis paling senang dan paling diminati ramai kan..so gini la kejadiannye the only cookies yang Pn Doc sempat buat weekend baru nih..huhuu! tapi tak sampai 2 hari dah licin 2 balang besor youu! alahaii..hehe! okayler meh kita zaas resipi sempoi nih..

RESIPI HONEY CORNFLAKES
resipi asal - ayu singapore
sumber - inahar's cooking time

Ingredients:-
(A) 
100 gm cornflakes (kita guna 300 gm cornflakes tanpa bahan lain)
100g crispy bubble rice(optional) 
100g chopped almond/nuts (roasted) 

(B) 
110g butter 
90g fine sugar 
5-6 tbsp honey 

Method:-
Mix all ingredients B and put to a slow heat for a few minutes. Stir well. When all the ingredients has dissolved, add in A and stir till Incorporated. Lay small paper cups in a small muffin tray and scoop 1 tsp of mixture. Pre heat oven and bake at 175C for 7 minutes. Let it cool on wire rack the store them in an air
 
 

Wednesday, August 13, 2014

SPAGHETI BOLOGNESE

Assalamualaikum..dah boring dgn segala masakan ketupat rendang kuah kacang nasi minyak bagai musim raya ni kan..so jommla kita berwestern lak kan..hehe! spagheti bolognese yg mmg menjadi pujaan hati anak2 ku buat 2 hari lepas..menu yang sgt mudah lagi sedap!! 

RESIPI SPAGHETI BOLOGNESE
resipi - inahar's cooking time

Bahan-bahan

1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball-tambah jika suka (tak tambah sbb takda stok)
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2-3 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa 
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!

Cara-cara
Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional)serta lada hitam.
Tambah garam, gula secukupnya.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.


Tuesday, August 12, 2014

KEK MINYAK




Assalamualaikum..ni lah dia the only cake yg Pn Doc sempat buat masa raya lastweek..itupun dah raya ke 4 baru berkesempatan nak membaking..hehe! Kek minyak ni rasanya memang dah ramai geng blogger yang menerainye..tapi itula kita ni kan sokmo ketinggalan ketapi jap..huhu! but I can tell you..mmg sedap sangat kek nih..soft & gebu giteww! tak muak makan langsung sebab agak ringan cam kek span tau..memang tak rugi mencubanye..so uolls yang blum try tu..cepatla operasi kek ni..mmg sedap walaupun tanpa mentega! jom kita semak resipi yg kita cnp dari dapur geng blogger marsita yahya my mintroom..mekaceh ye ita! pasni mmg akan buat lagi & lagi..leh try mcm2 perisa lain..hehe!

Kek Minyak
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg, mymintroom

Bahan: (8x8inci / 9in)

5 biji telur gred A 
1/2 cawan gula halus / gula kastor 
2 cawan tepung gandum* 
1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama) 
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak
perasa dan pewarna kegemaran(kita letak perisa rose & pandan) 
1 sudu teh esen vanila

Cara:

Panaskan oven suhu 170'C 
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan 
Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper. 
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang. 
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. 
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 
Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna. 
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 45min api atas dan bawah) 
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.



Wednesday, August 6, 2014

SALAM AIDILFITRI 2014


Assalamualaikum..terlebih dahulu kita ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semua kengkawan juga para pengunjung tersayang blog inahar ini. Kita juga ingin memohon ampun dan maaf jika selama berblog ni ada tersilap kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan kalian. Semoga di hari mulia ini kita semua dapat bergembira dan ceria disamping keluarga masing-masing ye! Tak sempat nak bercerita panjang..jomla kita layan jer foto2 raya kat bawah ni ye...layaannss!!

Tiga hero kesayanganku..

anakanda2 kesayangan..

Ni lak foto2 di rumah bonda..
ayahanda & bonda tercinta


Suasana ziarah di rumah saudara-mara..