Monday, August 25, 2014

MEEHUN SUP AYAM ISTIMEWA

Assalamualaikum..dah lama tak makan mihun sup homemade. Jadi Pn Doc pun merajinkan diri buat mihun sup ayam ni last weekend..selalu buat yg main campak2 jek kali ni kita menerai resipi istimewa dari blog kak Azie. Penyediaan kuah sup ni agak istimewa dgn adanya tambahan air asam jawa dan belacan bakar yang merupakan bahan yg sgt jarang kita tambah dlm penyediaan sup biasa. So..korang kena try resipi nih..nampak sempoi lagi sedaapp! Terimakaseh buat kak azie yang sudi berkongsi resipi yg istimewa ini. Jom kita zaass resipi..layaaann!

Mee Sup Istimewa (guna meehoon)
sumber 1: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk ketumbar (kita tambah)
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar. 
2 kiub stok daging
Air secukupnya
rempah 3 sekawan sbg bahan tumis (kita tambah-1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang,3 biji buah pelaga)
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur (guna meehoon)
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara;
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar juga rempah tiga sekawan. Tumis sehingga wangi. 
Masukkan serbuk jintan manis, ketumbar dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis. 
Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.
Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.

Cili Kicap 

Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi - perah airnya
Sedikit cuka
Kicap manis
Garam
Gula

Cara cara:
Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula. 

Nota;
Cara bakar belacan. Susun belacan yang dipotong dalam dulang dan bakar dalam oven. Angkat dan boleh simpan dalam bekas sebelum disimpan dalam peti ais. 




18 comments:

zach flazz said...

ohhh My God, sedap nian tampaknya.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Pn Doc.. suami sy penggemar mee sup... kalu doc kata sedap maknanya wajib sy cuba ni... thanx doc!!

Marsita yahya said...

ada buat bulan posa hari tu, mmg sedap

asyifa mustaffa said...

Ya la..lain dri yg lain ni...nmpk sedap tu...:)

Sweetie said...

Mengiurkan! memang agak pelik la kan... kuah sup ditambah dengan belacan... tak pernah tahu ni..

inahar ali said...

zach..mmg sedap..nnti boleh cuba resipinye ya!

inahar ali said...

SKTJ..try jangan tak try ek..hehe!

inahar ali said...

marsita..mmg sedapkan..pasti a keeper recipe!

inahar ali said...

asyifa..nnti cubala resipi ni..yg pasti sodap..hehe!

inahar ali said...

kaksweetie..resipi ni mmg agak pelik tp yg pasti sedap kak!

Acik Erna said...

assalam pn.doc..terliur la pulak acik tengok gambar ni

inahar ali said...

acikerna..wasalam kak..klu terliur kena la wat sendiri ek..hehe!

mai has said...

thank u for the recipe kak.saya mmg mencari resepi bihun sup yg supnya cerah mcm ni... :-)

inahar ali said...

mai has..klu nk lg cerah supnya ikut resipi asal xyah letak serbuk ketumbar...pun sedap juga! tryla nanti ye!

Norlys Ahmad said...

Assalamualaikum Dr..
terima kasih di atas perkongsian resepi di atas. Alhamdulillah, anak2 & ahli keluarga lain juga memuji keenakkannya.. Pesanan ank perempuan saya, "ibu, memang terbaik!" hehe

Norlys Ahmad said...

Assalamualaikum Dr..
terima kasih di atas perkongsian resepi di atas. Alhamdulillah, anak2 & ahli keluarga lain juga memuji keenakkannya.. Pesanan ank perempuan saya, "ibu, memang terbaik!" hehe

inahar ali said...

Norlys..alhamdulillah..mekaseh kerana mencuba resipi di blog sy ye! Seronok sgt klu anak2 dan suami memuji masakan kita kan..hihi!

Unknown said...

Bole ke klu xbubuh belacan..husben xbole mkn belacan...hrap bantu..tq