Thursday, September 21, 2017

SOFT MARBLE CAKE

Assalamualaikum..arini kita nak share resipi kek marble lembut yang tengah fofular di kalangan food blogger masa kini! Ada macam2 variasi resipi yang kita boleh cari di google. Dalam bnyak resipi tu..resipi oleh Surianti kitchen yang paling menawan hati sebab nampak mudah jer cara pembuatan juga bahan2 yang digunakan. Resipi kita cnp di blog Syapex. Mekaseh buat Surianti juga Syapex yang telah berkongsi resipi yang sedap ni. Kejadian yang sangat soft dan gebuss! Jom zaass resipi yok..

Kek Marble Lembut ( loyang 8x8 )
Resipi asal : Surianti Kitchen
Sumber 1 - syapex kitchen
Sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan A
150gm butter dicairkan ( timbang dulu baru cairkan )

 
Bahan B
5 biji telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula caster
1 sudu besar ovalet ( sudu metrik )
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila

 
Bahan lain
Pewarna / perisa kesukaan
Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang
Kertas minyak


Cara penyediaan
Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu ( anggaran 7 minit )Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik sehingga sebati.Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang kek hingga selesai. Hentakkan loyang kek sedkit supaya adunan kek sekata dalam loyang.Bakar hingga masak pad suhu 160'C selama 45-50 minit ( bergantung pada suhu oven masing-masing ).Sejukkan diredai.

Tuesday, September 19, 2017

PULUT KUNING SEDAP & MUDAH

Assalamualaikum semua! Diharapkan semua kawan2 berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Walaupun masih bersedih yg amat sangat dgn tragedi kebakaran Maahad Tahfiz Darul Ittifaqiyah pada 14 september yang lalu..but life must go on. Moga semua roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aamiinn YRA! So hari ni Pn Doc nak share menu pulut kuning yang dimasak minggu lepas atas permintaan hero bongsu sempena harijadinye yg ke 16 tahun. Selalunye kita tanak jer pulut sebab malas nak kuarkan pengukus tapi kali ni pestaim kita masak pulut kuning secara mengukus. Alhamdulillah elok kejadiannye. Adam makan bertambah2 pulut kuning tu di gandingkan dengan rendang ayam. Resepi di ambil dari dapur hero kesayangan ramai CMG..sangat mudah caranya sebab pulut tu di kukus sekali harung jer..sonang kojo den! hihi.. Jom zaass resipi yok!
 
Resipi pulut kuning versi mudah
Resepi asal - CMG
Sumber -inahar's cooking time

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 kg pulut (che mat guna pulut susu)
1 1/4 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
900 - 1000 ml santan kelapa (dari sebiji kelapa)
1 camca teh penuh garam
1 camca teh minyak masak (che mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

 
CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci pulut, kemudian masukkan dalam bekas besar. Tuang air hingg pulut terendam. Tambah serbuk kunyit dan kacau hingga rata. Masukkan asam gelugor dan rendam pulut selama 4 - 5 jam, sekali2 anda gaulkan pulut yang berendam tadi, agar warna kuningnya sekata (che mat rendam kurang lebih 4 jam).Panaskan kukus, sediakan loyang sesuai (che mat guna loyang bulat berukuran 11 inci x  2 inci). Toskan pulut. kemudian masukkan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan dan tekan sedikit biar daun pandan tenggelam.Sementara itu, masukkan garam dan minyak ke dalam santan dan kacau rata. Tuang dalam loyang berisi pulut tadi sehingga santan menutupi permukaan pulut (kurang lebih 800 ml). Kukus pulut selama 25 minit dengan api besar.Buka tudung kukus, dengan menggunakan chop stick, balik2kan pulut tadi agar masak sekata. Baki santan tadi, anda sudukan atas pulut (che mat guna kurang lebih 100 ml). Gaul hingga rata.Sambung mengukus untuk 10 - 12 minit lagi atau hingga pulut kuning masak elok, dan tak keras. Rasa dan jika ok anda boleh matikan api. Angat dari kukus dan boleh hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau serunding....Selamat mencuba!!..