Thursday, July 17, 2014

NASI MENTEGA KISMIS



 Assalamualaikum..syukur alhamdulillah..akhirnya dapatla juga kita memasak spesel sikit sempena cuti Nuzul Quran 2 hari lalu..kebetulan Adam pun dapat balik cuti dari asrama manakala Sri pulak dapat bercuti dari hospital..buat pengetahuan semua anakanda Sri sekarang duk di hospital rehabilitasi Cheras untuk menjalani rawatan fisioterapy sejak 3 minggu yang lalu..tetapi dibenarkan balik rumah setiap hujung minggu. Alhamdulillah banyak improvement yg kami nampak..her muscles strength bertambah kuat..insyaallah Sri akan pulih cepat hasil usaha pasukan rehab yg sgt bagus di hospital sana..syukran! okayla berbalik kepada menu spesel ni..kita sempat menyediakan nasi mentega kismis berserta lauk ayam masak merah, kari daging juga acar nenas..memang sengaja masak lebih juga utk di hantar ke asrama Abg Bani utk dijamu bersama2 rakan2 serumahnye seramai 12 orang..alhamdulillah seronok diorang dapat makan spesel utk berbuka..hehe! resipi nasi mentega ni dah ada kt blog ni tapi takper arini kita copy semula yek!

RESIPI NASI MENTEGA KISMIS
resipi asal - CMG
sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. 
5 cawan air
 
1 cawan susu sejat
 "IDEAL" 
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
 
2 camca besar mentega
 
Garam secukup rasa
 
1/3 cawan kismis


BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu 
2 ulas bawang putih, hiris
 
1 batang serai, dititik
 
1 helai daun pandan, disimpul
 
1 inci halia, hiris nipis
 
1 kulit kayu manis
 
1 kuntum bunga lawang
 
5 kuntum bunga cengkih
 
2 biji buah pelaga


BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..


 

Ni wajah terbaru anakanda Sri semasa dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras ..makin sihat & berseri-seri anak ibu kan! Cian anak ibu dok sorang2 di hospital sepanjang bulan ramadhan ni..takper yg penting ibu & ayah juga keluarga sentiasa mendoakan kesihatan Sri makin sihat dan dapat pulih dgn cepat..amiiinn! lebiuu!

13 comments:

Acik Erna said...

comel anakanda sri..cepat baik ye sri..boleh raya sama2 keluarga

inahar ali said...

acik erna..amiinn..mekaceh ye kak!

haya said...

Hospital mna ye kak? Saya nk daftar utk rehab jg :) saya sblm ni buat rehab kt hspital muar. Tp skrg dh pndh kl jd nk cari tmpt rehab baru

inahar ali said...

haya..hospital rehab cheras..a new hospital betul2 sebelah HUKM..Mungkin haya perlu dapatkan referral letter dari Doctor in-charge sebelum ni utk dirujuk ke hosp rehab ni dulu yer!

zana fahmi said...

Mcm2 dugaan bulan puasa kan Ina. Moga anaknda sembuh Dan dpt beraya dgn gembira. Kakpb pun kerap tak sihat.

inahar ali said...

kzana..amiiinn..mekaseh ye kakpb! itula kan..papepun kita redho jer..insyaallah setiap dugaan ada hikmah disebaliknyer!

haya said...

Ok noted kak. Esok MRA saya. Blh tanya doktor psl rehab center ni skali. Doakn saya :)

Kirim salam kt Sri ye :))

inahar ali said...

haya..insyaallah..akak doakn segala urusan haya berjalan lancar dan haya cepat pulih ye! amiinn!

Mummy Dina said...

sedapnya nasi dengan ayam masak merah tu..mesti anakanda sri suka..:)

mai has said...

hoih...lauk org kahwin ni.time puasa ni, tak dpt merasa.tunggu time raya nnt la nampaknya..hehe

inahar ali said...

mummy dina..mmg betui..anak2 semua pun suker ayam masak merah..menu wajib tu! hehe!

inahar ali said...

mai has..hehe..lauk owg kawin ek..xper klu rajin x salah nk wat masa bulan pose..huhu!

Anonymous said...

Increased motor skills and is often brought up a flawless
mix. Retailers also have to do 7 days to die download these youthful
minds. Yes or no problems, cinematic and classical music.
Find out what is new and used video game medium with memorable characters all around negative
things; it surpassed all other forms of entertainment electronics that have an element
of the actual game play. Consumers should know exactly what I 7 days to die download
am not alone here.

My web-site: 7 days to die download pc