Monday, December 27, 2021

AYAM BAKAR BBQ

 

Menu minggu lepas..kita masak ayam bakar bbq pulak. Alhamdulillah hubby dan anak2 kata sedap hingga menjilat jari..hihi! Jom kita zaass resepinya yok!

Resepi Ayam Bakar Bbq
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-Bahan:

1 kg ayam ( ± 12 ketul ayam )
2-3 sudu besar mentega
3-4 sudu besar sos bbq
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang
garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk cili/cili giling
1 sudu besar serbuk lada hitam
3-4 ulas bawang putih - tumbuk
3 cm halia - tumbuk
Sedikit minyak masak

Cara-Cara Untuk Membuat Ayam Bakar :

Panaskan kuali masukkan mentega, sos bbq, sos cili, sos tomato, sos tiram, madu, gula perang, garam, serbuk cili, lada hitam, halia serta bawang putih dan masak semua bahan sekejap.
Campurkan bahan yang di masak tadi ke dalam ayam dan gaul sehingga sebati.
Perap ayam lebih kurang 1 jam atau boleh perap ayam lebih lama untuk lebih sedap.
Susun ayam di dalam bekas atau loyang yang bersesuaian dan tuangkan sedikit minyak masak ke atas ayam.
Bakar ayam pada suhu 180°C selama 45 minit (ikut oven memasing ye)
Semasa membakar ayam boleh tambah lebihan sos perapan ayam supaya lebih sedap.
Sambung semula bakar ayam sehingga masak. Siap!

Friday, December 24, 2021

PULUT KUNING & RENDANG AYAM

Assalamualaikum..Arini kita nak kongsi menu yg kita masak minggu yg lepas iaitu pulut kuning yang di makan dgn rendang ayam. Makanan faveret anakanda Adam yang balik bercuti dari kolej aritu. Pulut ni sebenarnye dikukus secara mudah jer sekali harung dikukus pulut beserta santan tu..takyah nk ulang kukus 2-3x cam biasa tu..Alhamdulillah okay kejadiannye. Jom kita zaas resepi yok! (Resepi rendang ayam boleh lihat di sini ye)
 
Pulut kuning versi mudah
Sumber -inahar's cooking time

BAHAN - BAHANNYA :-)
3 cawan pulut
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
11/2 cawan santan kelapa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1-2 sudu kecil minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

 
CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci pulut, kemudian masukkan dalam bekas besar. Tuang air hingga pulut terendam. Tambah serbuk kunyit dan kacau hingga rata. Masukkan asam gelugor dan rendam pulut selama 4 - 5 jam, sekali2 anda gaulkan pulut yang berendam tadi, agar warna kuningnya sekata. Panaskan kukus, sediakan loyang sesuai. Toskan pulut. kemudian masukkan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan dan tekan sedikit biar daun pandan tenggelam.Sementara itu, masukkan garam, minyak dan gula ke dalam santan dan kacau rata. Tuang dalam loyang berisi pulut tadi sehingga santan menutupi permukaan pulut. Kukus pulut selama 25 minit dengan api besar.Buka tudung kukus, dengan menggunakan chop stick, balik2kan pulut tadi agar masak sekata. Gaul hingga rata.Sambung mengukus untuk 10 - 12 minit lagi atau hingga pulut kuning masak elok, dan tak keras. Angkat dari kukusan dan boleh hidangkan bersama rendang, sambal tumis, kari atau serunding....Selamat mencuba!! 
 

Wednesday, December 22, 2021

BOILED PRUNE CAKE

Assalamualaikum..ketemu kembali kita..hihi! Ok arini nak share jer kek prune yg sgt sedap ni..dulu pernah buat dan kiranya ni kali ke2 kita baked kek prune guna resepi ni..memang terbaek, puashati, moist banget cam kek kukus walaupun ia dibakar. Ni resepi wajib cuba ye uolls! Mudah sgt buatnya pun. Jom kita zaass resepi sgt marbeles ni yok!

Boiled Prune Cake
Resepi asal - Fb Anis anis
Sumber 1 - Shalieya Danish
Sumber 2 - inahar's cooking time
Ig @drinahar

2 cups pitted prune- cincang kasar (sy campur 11/2 cup prune+ 1/2 cup mixfruits sbb stok prune tak mencukupi)
185 gm butter
150 gm castor sugar
1 tsp soda bicarbonate
250 ml air  

(boil semua yang di atas sehingga cair butter dan berbuih .. tutup api dan sejuk kan..) penting! Sejuk dahulu adunan di atas baru masuk kan.. 👇🏻 
3 eggs grade A
150 gm self raising flour
60 gm plan flour (tpg gandum)

kacau rata .. siap untuk di bakar!
Line 7” tin
Bakar slow temp @ 160 deg depends on oven for abt 1hr.. sehingga masak
Let cake rest in pan for 10 min after out from oven..

 

Friday, December 17, 2021

CEMPEDAK BURNT CHEESECAKE


 Assalamualaikum..lagi dgn menu cempedak..hihi! Burnt cheesecake yg di baked few weeks ago..mmg sgt okay kejadiannye, sgt creamy dan begitu terasa kecempedakannye 😅😅. Alhamdulillah..nanti korang try buat ye! Jom kita zaass resepinye yok!


Cempedak Burnt Cheesecake
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
500gm Krim Keju (philadelphia)
3 Biji Telur gred A
100 gm gula kastor
300 gm isi cempedak dikisar halus
200ml Krim Putar Tenusu (Dairy Whipping Cream)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

Pukul krim keju sehingga lembut.
Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan telur satu per satu sambil terus memukul adunan.
Masukkan pula whipping krim. Pukul rata dan kemudian masukkan puri cempedak. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan jus lemon , esen vanila serta tepung dan gaul sehingga rata. Masukkan adunan ke dalam bekas springform yg dialaskan dgn kertas baking paper.
Bakar pada oven yg telah dipanaskan dahulu pada suhu 200°c selama 60 minit atau sehingga bahagian atas kek menjadi gelap (sedikit rentung@hangus) bergantung kepada oven masing-masing. Biarkan kek sejuk dalam ketuhar kemudian masukkan dlm petisejuk selama 5 hingga 6 jam sebelum dihidangkan.

Wednesday, December 15, 2021

CEMPEDAK CHEESECAKE

Assalamualaikum semua..kembali bersiaran kita dgn menu cempedak lagi..hihi! Meh ambil kesempatan musim cempedak ni kan kita pelbagai kan menu dessert kita iye dok! Kali ni kita wat cheesecake pulak setelah lama tidak membuat homemade cheesecake ni. Waduhhh hasilnya memang padu baq hang!! Serious sedap giler, very rich & creamy mmg terbaekk!! Korang wajib try ye! Jom kita zaas resepinye yok..

Resepi Cempedak Cheesecake
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahagian bawah (crust):
80gm Mentega (tanpa garam)
150gm Biskut Oreo - kisar

Bahagian atas (cheese):
500gm Krim Keju (brand philadelphia)
100gm Gula Aising
20gm Tepung Jagung
200ml Krim Putar
3 biji Telur (size A)
300gm Isi Cempedak yg telah dikisar
1 suduteh Esen Vanila
1 sudubesar Jus Lemon

Cara-
Cairkan mentega menggunakan api yang kecil supaya tidak mudah hangit. Ketepikan dahulu.
Sediakan loyang (loose-base pan) yang bersaiz 7 inci dan masukkan biskut oreo dan mentega yang telah dicairkan tadi. Gaul sehingga rata dan padatkan biskut dalam loyang. Ketepikan.
Sementara itu sediakan bahagian atasnya pula. Dalam mangkuk besar, pukul krim keju dan gula icing sehingga nampak gebu dan halus.
Masukkan pula krim putar dan pukul sebentar.
Masukkan telur satu persatu. Pukul bagi sebati
Selepas itu, masukkan isi cempedak (ketepikan sedikit isi utk topping) dan juga esen vanila dan pukul lagi hingga sebati. Tambahkan tepung jagung dan jus lemon. Kacau rata.
Ambil loyang yang berisi biskut oreo tadi, balut loyang dengan 2 lapisan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam loyang semasa membakar kek kerana kek akan di bakar menggunakan teknik waterbath.
Tuang adunan keju tadi ke dalam loyang sehingga habis. Baki isi cempedak td bolehlah di gunakan utk mencorakkan swirl atas adunan cheesecake itu. Bakar pada suhu 160°C selama 60 minit atau sehingga masak menggunakan teknik waterbath. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheesecake yang sedap. Siap untuk dihidangkan.