Thursday, May 7, 2026
Sambal Terung Petai Berlada
Assalamualaikum semua.. Dah lama tak masak sambal terung berlada ni..tapi kali ni kita tambah petai ke dalamnya memang walla! Bertambah2 pinggan bila di ganding kan dgn ikan goreng dan nasi pepanas tu wehh! 😅 Alhamdulillah ❤️. Jom zass resepi yok..
Resepi Sambal Terung Petai Berlada
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar
BAHAN-BAHAN:
2-3 biji terung panjang saiz besar
Isi petai banyak ikut suka
2 mangkuk minyak masak
Bahan-bahan kisar kasar:
8-10 biji cili merah segar
10 biji cili padi
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
CARA-CARA:
Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
Angkat terung dan ketepikan.
Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukupnya serta masukkan petai. Tumis lagi hingga sebati.
Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang.
AYAM MASAK BAWANG
Assalamualaikum semua.. Dah lama kita tak membawangkan jadi jomlah kita bikin ayam masak bawang ..hihi! Resepi yg mudah dan marbeles sangat. Alhamdulillah masak sendiri menu ni conpomlah lebih sedap dari beli kt kedai mamak tu kan.. So jomm kita zaas resepinya yok..
Resepi Ayam Masak Bawang
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar
12 ketul Ayam
4-5 biji bawang besar dihiris
Kunyit
Garam
Rempah 4 sekawan
1-2 helai Daun pandan
2 biji bawang besar dikisar
4 ulas Bawang putih dikisar
1 inci Halia dikisar
2 sudu besar Sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh jintan manis
1.5 sudu besar serbuk cili (saya ganti cili giling)
Sedikit kicap manis
Daun kari
Garam & gula secukupnya
Minyak utk menggoreng
Cara membuatnya;
1. 4-5 biji bawang besar dihiris nipis dan digoreng menjadi bawang goreng (goreng sampai garing warna agak gelap tp jgn sampai hitam hangit pulak ye. Ketepikan.)
2. Ayam digaul garam dan kunyit digoreng dengan minyak gorengan bawang tadi. Ketepikan.
3. Tumis sedikit minyak (gorengan ayam) dengan rempah 4 sekawan bersama daun pandan. Masukkan juga bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar serta daun kari. Goreng sehingga wangi.
4. Masukkan rempah kari, serbuk cili, jintan manis dan goreng lagi. Kemudian tambah sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit kicap. Masak sampai pekat dan pecah minyak.
5. Masukkan sedikit garam dan gula secukupnya serta ayam yang digoreng tadi. Kacau sebati sampai kuah bersalut pada ayam. Perasakan bagi cukup masam, masin dan manis.
6. Masukkan bawang goreng (lagi banyak lagi sedap) dan kacau sebati. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Tuesday, April 7, 2026
NASI AYAM BAKAR & SOS THAI
Assalamualaikum..pertama sekali kita ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Moga semuanya gembira menyambut hari mulia ni di samping keluarga tercinta. Hari ni kita nak kongsi menu Nasi Ayam Bakar bersama Sos Thai yang dimasak hari minggu yang lalu. Resepi yg mudah dan super sedap ni kita olah dari resepi nasi ayam thai dan dimakan bersama ayam bakar. So jom kita zaass resepinye yok!
Nasi Ayam Bakar Sos ThaiSumber - inahar's cooking time
Bahan persediaan ayam
1 ekor ayam- potong ikut suker, cuci bersih, kulit ayam simpan sedikit (ketepikan) - asingkan kepak ayam, leher dan sedikit isi ayam utk rebus manakala selebih bahagian ayam tu kita akan marinade utk dibakar nanti
3 inci halia- cincang halus
4-5 biji bawang putih- cincang halus
2 akar ketumbar- bersihkan
2 kiub ayam
Garam
Cara.
- Rebus bahagian ayam (kepak, leher, sedikit isi ayam) bersama halia, akar ketumbar, bawang putih yang dicincang, garam dan kiub ayam... Ketepikan
Bahan nasi ayam
3 cawan basmathi- rendam 20 minit
kulit ayam+ lemak ayam
sedikit minyak
1 inci halia
2 biji bawang putih
air rebusan ayam secukupnya (saya guna 4.5 cawan)
garam secukupnya
daun ketumbar
bawang goreng utk hiasan
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk.. Masukkan kulit ayam yg sudah dibersihkan....
Masak hingga kulit ayam keluarkan minyak.
- Kemudian masukkan halia yg dihiris2 dan bawang putih yang dicincang... Kacau sebentar, baru masukkan beras yg sudah dicuci bersih dan ditos....
- Kacau beras dlm 5 minit baru masukkan air rebusan ayam tadi, sukatan air bergantung pada beras yerk.... Cuma lebihkan sikit air rebusan tu.
Masukkan garam sedikit jika kurang masin dan daun ketumbar utk hiasan dan mewangikan lagi nasi ayam tu.
- Tutup dan masak sehingga nasi masak elok.
Ayam Bakar
baki ayam yg tidak direbus tadi dilumurkan dengan garam, kunyit, sedikit kicap , sos tiram dan madu (optional). Tambah minyak dan Perapkan selama 1 jam. Bakar dalam airfryer (atau oven) selama 20- 35minit (diterbalikan ayam separuh masa).
Bahan sos cili thai
Cili api- hiris halus
Daun ketumbar- hiris halus
bawang putih- cincang halus
Sos cili thai
Kicap lemak manis
Jus lemon
Sos ikan
Garam gula secukup rasa
Cincang halus ciliapi, bawang putih. Masukkan juga daun ketumbar yg dihiris2...
Masukkan sos cili thai, sedikit kicap manis, sedikit jus lemon, sedikit gula, sos ikan, kacau sebati, masukkan sedikit sup tadi.
Kacau sebati.. Siappppp.
Sup Ayam
baki air rebusan tadi direbus kembali dan tambah sedikit serbuk lada hitam dan garam jika perlu. Rebus hingga mendidih. Selepas masak boleh ditabur bawang goreng ,daun sup dan daun bawang
Sunday, March 29, 2026
Siakap Goreng Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis
Assalamualaikum..arini kita nak share menu berbuka minggu lepas iaitu Ikan Siakap Goreng bersama Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis...perghh sedap gilers lauk ni di makan dgn nasi pepanas mmg terbaekk! Ni menu korang wajib cuba ye resepinya. Jom zass resepinya yok!
SIAKAP GORENG SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS
sumber : inahar's cooking time
Ig @drinahar
Bahan-bahan :
Ikan Siakap - cuci bersih, gaul garam kunyit dan salutkan dgn taburan tepung jagung dan goreng.
1 cawan ikan bilis- digoreng garing dahulu
3-4 sudu besar tempoyak
4 ulas bawang merah (di tumbuk/kisar)
2 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
5 biji cili merah + 10-12 biji cili padi(di tumbuk/kisar)
sejemput ikan bilis utk di tumbuk/kisar sekali bersama bawang & cili
1 batang serai (dititik)
Petai secukupnya - ikut suka banyak mana
Garam
Gula
Cara-cara :
Masukkan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk/kisar serta serai.
Kemudian masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati. Boleh tambah air sedikit jika perlu.
Akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Tuangkan sambal tempoyak yg telah masak ke atas ikan siakap yg siap di goreng tadi. Tabur lagi ikan bilis goreng atasnya. Biar ada rasa crunchy2 masa makan tu.
Hidangkan , dan makan dengan nasi panas-panas. Wallaa..
Saturday, March 28, 2026
KARI IKAN JENAHAK
Assalamualaikum.. Arini kita nak kongsi resepi Kari Ikan Jenahak pulak. Resepi yang mudah dan sungguh enak .
Jom kita zaas resepinya yok..
Sumber - inahar's cooking time
Bahan bahan
1 ekor ikan jenahak - potong, bersih dan toskan.
3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan yg disukai)
5-6 sudu makan serbuk kari ikan (jenama babas)
1 inci halia *
6 ulas bawang putih *
10 ulas bawang merah *
5-8 batang bendir muda
2 biji tomato - belah 3 setiap biji
asam keping @air asam jawa
cili merah & hijau/cili api
1 suduteh rempah halba campuran
daun kari
garam
gula
santan secukupnya (sy guna 2 pek serbuk santan dicampur air)
cara2:
Kisar bahan2 bertanda. Panaskan minyak & tumis bahan2 kisar serta halba campuran juga daun kari hingga naik bau kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga garing then masukkan rempah kari tadi. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ikan. Kemudian masukkan santan, garam, gula, asam keping, cili hidup/cili api dan masak lagi hingga mendidih..biar sebentar hingga mesra kemudian matikan api. Bolehla dihidang...
Friday, March 27, 2026
Udang Masak Lemak Tempoyak Petai
RESEPI UDANG MASAK LEMAK TEMPOYAK PETAI
Sumber - inahar's cooking time
Bahan2:
500 gm udang
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit
10-15 biji cili api (ikut suka banyaknye)
Sejemput ikan bilis
Santan secukupnya (kita guna 2 peket santan segera dan bancuh dgn air secukupnya)
5-6 sudu besar tempoyak
Petai
2 batang serai
Asam keping
Daun kunyit - hiris halus
Garam & gula secukupnya
Perisa (optional)
Cara:
Bawang, cili api, kunyit dan ikan bilis ditumbuk@blender halus. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan ditumbuk tadi beserta serai & santan dan masak hingga menggelegak. Kemudian masukkan tempoyak dan kacau sebati sampai mendidih then masukkan udang, asam keping, garam, gula dan perisa. Akhir sekali masukkan petai dan daun kunyit. Biarkan hingga udang masak. Siap..
Thursday, March 26, 2026
Honey Soy Garlic Chicken
Assalamualaikum..ni kita share lagi satu resipi ayam yg sempoi gak iaitu Honey Soy Garlic Chicken. Mudah sgt resepinya dan enak banget. Korang boleh try resepinya ye. Jom kita zaas resepinya yok..Resepi Honey Soy Garlic Chicken
Resepi - inahar's cooking time
RESIPI HONEY SOY GARLIC CHICKEN
Bahan-bahan ayam goreng:
Ayam (guna bahagian yang anda sukai)
2 cawan tepung jagung
1 sudu kecik baking powder
Serbuk lada hitam
Serbuk bawang putih
Garam secukup rasa
(Boleh digantikan dgn tepung goreng segera utk memudahkan kerja 😅)
Bahan-bahan untuk sos honey garlic:
5 ulas bawang putih dikisar kasar
Butter untuk menumis
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar madu
4 sudu kicap cair
Sedikit cuka
Cara-cara:
1. Gaul ayam dengan tepung jagung, baking powder, garam, serbuk lada hitam dan serbuk bawang putih. Salut hingga semuanya sebati pada ayam,
2. Goreng ayam di dalam minyak menggunakan api yang kuat. Masak selama 6 hingga 8 minit. Kemudian, boleh angkat dan toskan. Ketepikan seketika sementara buat sosnya pula.
3. Cairkan butter dalam kuali. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian, masukkan gula, madu dan kicap cair. Akhir sekali tambah cuka dan kacau sehingga naik buih.
5. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati.
6. Sedia untuk dihidangkan. Boleh tabur daun bawang semasa menghidang. Boleh diratah atau dimakan dengan nasi panas-panas. Selamat mencuba!
AYAM BAKAR MAYONIS
Assalamualaikum..waduh lama kita tak bersiarankan? Salam aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua yg berkunjung ke blog inahar ni ye. Alhamdulillah ni baru ada kesempatan nk upload menu berbuka weekend aritu iaitu menu Ayam Bakar Mayonis. Resepi yg sgt mudah dan sedap kita cnp dari blog Kak Wan ..bakar guna Air Fryer jer. Mekaseh Kak Wan berkongsi resepi yg enak ni. Jom kita zaas resepinya yok!
Resepi Ayam Bakar Mayonis AFResepi asal - By Kak Wan
Sumber - inahar's cooking time
BAHAN-BAHAN
2 Keping Paha Ayam
Serbuk Bawang Putih
1 sudu besar Serbuk Paprika
3 sudu besar Mayonis
2 sudu besar Kicap Manis
2-3 sudu besar Minyak
CARANYA:
Cuci Ayam dan kelarkan supaya bumbu mudah meresap.
Gaul semua bahan bersama ayam.
Perap selama sekurang 1 jam atau lebih.
Keluarkan ayam dan gaul dengan minyak.
Bakar dalam Air Fryer selama 30 minit suhu 200C. Harus diterbalikkan ayam pada separuh masa.
Enak di ratah begitu saja atau bersama nasi putih.






