Assalamualaikum..ketemu lagi kita ye..pepun selamat bercuti sempena CNY nih..okayla jom kita tgk kek besday yg kubuat sempena majlis sambutan hari ulangtahun kedua-dua ayahanda dan bonda tercinta malam semalam. actuallynye besday mereka adalah pd 7 january dan 21 januari masing2 cuma kami sekeluarga celebrate sekali malam semalam di restoran alrawsha kg pandan..semuanya lbhkurang 30 orang anak menantu serta cucunda semua yg hadir..hehe! alhamdulillah segalanye berjalan bagai dirancang.. mmg meriah banget! buat kedua ayahanda bonda..kami doakan moga panjang umur murah rezeki serta sentiasa diberi kesihatan yg baik2 hendaknya ..amin!
okayla berbalik kepada kek besday lak..kali nih wat tuttifruity cake dgn topping cheesecream yg mendapat sambutan ramai..hehe! resipi pun sempoi jek cuma part mendeko jek yg pn doc sentiasa fail..huhuu! jom kita zaas resipi ek..
Bahan
sebiji spongecake perisa vanilla/plain
fruit koktel utk filling kek
fresh fruits utk hiasan-ikut suka
cheesecream sbg topping
- 150g tepong super fine
- 150g gula kastor
- 5 biji telor A
- satu sudu besar ovalette
- 80ml jus oren (kita guna jus koktel campur sedikit susu )
- 80ml minyak / mentega cair
- 1 sudu teh serbuk penaik
- sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara
-
satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk
adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan
tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
-
perlahankan kelajuan dan masukkan jus , dan
sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit
atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
- tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
-
sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya
dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit
atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
- bila dah
masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih
kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
- Bila sejuk boleh hias ikut suka..kita potong kek kpd 3 bahagian. setiap lapis di sapu dgn cheesecream serta ditabur fruit koktel. kemudian sapukan keseluruhan luar kek dgn cheesecream tadi serta hiaskan dgn buah2an segar ikut suka. siap!
Resipi cheesecream topping
- 250ml fresh/whipping cream
- 200ml cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
cara-cara
pukul cheesecream bersama gula hingga gebu kemudian campurkan dgn fresh cream yg telah dipukul kental sebelumnya. kacau rata hingga sebati.