Monday, September 15, 2014

ROASTED CHICKEN KABSA RICE

Assalamualaikum..taraaaa..ni la rupa nasi kabsa ayam panggang yg kita buat minggu lepas tp baru nak updet rini..hehe! Jangan minta hokayy..soriii ler kalu Pn Doc wat korang kempunan..hikhiks! Dulu pernah kita wat nasi kabsa menggunakan resipi lydiahoney di sini. Kali ni kita cuba lak try resipi dari dapur Hafidz FCU. kedua resipi lebihkurang sama dan hasilnya pun sangat memuaskan hati..sedaap bangett! So korang apalagi jom laa cuba resipi nasi kabsa ni.. conpemm bertambah2 pinggan nasi tu haa..hehe! meh zaas resipi..mekaceh banyak wat penyumbang resipi ye!

RESIPI ROASTED CHICKENKHABSA RICE
resipi asal - hafidz fcu
BAHAN UNTUK REMPAH KABSA (kita guna rempah kabsa readymade)
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu  besar cengkih
2 sudu  besar buah pelaga
2 sudu  besar lada hitam
2  bi ji buah keras

Kesemua rempah di atas disangai hingga berbau wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit. Cara yang mudah untuk memastikan rempah yang disangai sudah sempurna ialah dengan memicit biji ketumbar. Apabila kita dapat menghancurkan dengan senang, bermakna rempah itu sudah boleh dikisar. Simpan rempah yang telah dikisar halus ke dalam bekas  kedap udara.


BAHAN UNTUK MEMERAP AYAM KABSAH
1 ekor ayam potong 6 atau ikut suka

2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia di mesin
2 sudu besar rempah kabsah
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
3 helai bay leaf 
1 kiub ayam knor
garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT AYAM KABSAH

1. Panaskan Air 1 liter di dalam periuk.
2. Mesin 1 bawang besar, 3 bawang putih dan 1 1/2 inci halia hingga hancur.
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bahan mesin di atas, bay leaf, kiub ayam dan 2 sudu rempah           kabsah.
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.
5. Selepas itu tapiskan stok ayam untuk digunakan memasak nasi Arab. 
6. Lumurkan ayam dengan 2 sudu rempah kabsah, bahan kisaran kedua (1 bawang besar,  3     ulas bawang putih, 11/2 inci halia- bahan kisar ni kita tak letak) ,kunyit, garam, gula dan 2 sudu sos tiram. Perapkan sebentar dan bakar           selama 30 - 40 minit pada suhu 180 C. Lebihan bahan perap boleh di ulang sapu pada             ayam yang tengah dimasak di dalam oven. Pastikan garam dan gula secukup rasa.
Pastikan ayam tidak terlalu masak kerana ayam itu akan keras selepas di masukkan ke dalam oven.

BAHAN UNTUK NASI ARAB
3 cawan beras Basmathi
41/2 cawan air stok ayam (yg direbus tadi)
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun
7 biji buah pelaga, 
5 kuntum cengkih 
3 kuntum bunga lawang
5 biji lada hitam
3 inci kulit kayu manis
1 labu bawang besar- hiris dadu
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
2-3 biji lada hijau/merah- potong separuh
1 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah didadu
segenggam kismis hitam
sedikit saffron(atau pewarna kuning)

1. Beras direndam bersama  garam selama 30 minit kemudian toskan.
2. Tumiskan buah pelaga,kayu manis,bunga lawang, lada hitam dan cengkih.
3. Masukkan bawang, halia, lada  dan tumiskan hingga wangi.
4. 41/2 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti           biasa.
5. Untuk mengkais nasi, gunakan batang chopstick untuk mengelakkan beras patah2.
6. Tutup api apabila nasi  masak.Taburkan safron(kita hnya guna sedikit pewarna kuning) dan kacau hingga warna sekata.  Akhir sekali bolehla dihidang bersama ayam panggang, sos salata hara juga acar timun tomato.

Acar timun tomatotimun - potong dadu nipis
tomato - potong dadu kecil
bawang besar- potong nipis
cili merah/hijau - potong halus
cuka
garam
gulaCampurkan semua bahan di atas hingga sebati dan sejukkan dalam petiais. Keluarkan sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi.
SOS SALATA HARA
sumber- wana 

( resipi asal : Arabic Bites )
3 biji tomato cincang.

1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 -2 biji cili hijau – saya tambah
garam.
sedikit gula


Cara Penyediaan Sos Salata Hara:
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur.
** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa.

6 comments:

Anonymous said...

Alahai doc, kecur airliur nengoknya. Anyway blog doc ina ni selalu jadi penyelamat akak bila kekeringan idea nak memasak terutamanya bila nak jamu tetamu. Dan alhamdulillah semua resipi tu turned out very very okay.....tq bbyk. Allah jer lah yg dapat membalas budi baik doc ina kongsi resipi kat sini.

JaSSNaNi said...

nasi kabsa nasi arab memang sedap.. kena plak dengan tekak kami satu family.. kalau buat utk hari2 tertentu je.. sbb agak rumit sikit bagi saya.. :) neway memang buat saya terliur je..

inahar ali said...

Kakanonymus..mekaseh kak rajin melawat visit blog saya dan rajin mencuba resipi2 di sini. Sy pun bnyk mencuba resipi kawan2 blogger..alhamdulillah semua pun x lokek berkongsi resipi yg bagus2.

inahar ali said...

Jassnani..mmg nasi spesel cam nasi arab ni xleh wat selalu..time rajin jer leh wat..hehe!

Sweetie said...

Kitorang kempunan.. jatuh and luka... pn doc juga yang kena ubatkan nanti... tp ubatnya mesti nasi kabsa juga... acaner...?

inahar ali said...

Kaksweetie..tu dah parahh dsh tu namanye..hahahaa!!