Wednesday, September 17, 2014

PASTA AGLIO OLIO

Assalamualaikum..pasta goreng ni dibuat hari sabtu lalu masa celebrate besday anakanda Sri &  Adam sekali. Besday diorang jatuh pada 12/9 (sri) & 15/9 (adam)..jadi kitorang ceberate sekali jerla. Majlis kecil-kecilan jer. Kek pun ibu tak sempat baking so beli jerla Opera cake kat bakeri. Pasta aglio olio ni memang feveret Sri. Selalu guna spagheti tapi kali ni kita guna angel hair. Mudah dan sedap..sekejap jer nak menyediakannye. Jom zaas resipi.. 

SPAGHETI AGLIO OLIO
sumber - inahar's cooking time

BAHAN2:

500 gm spaghetti yg telah dicelur (kali ni guna angel  hair)
2-3 sudu besar minyak zaitun

1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
10-12 ekor udang sederhana besar 

4 ekor sotong - potong bulat
sepotong isi ayam - hiris kecil
1 sosej (dipotong serong)

1 tin Button mushroom (ikut suka)
beberapa biji tomato ceri
2-3 potong capsicum hijau (potong dadu atau memanjang)-x letak pun sbb xde stok 
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang) 
cili padi -ikut suka

garam secukup rasa
perisa

sedikit parmesan cheese 

Cara :
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk ayam,udang,sotong dan sosej. Setelah udang kemerahan, masukkan pula capsicum dan button mushroom. Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Garam secukup rasa, serbuk lada hitam,cili padi, oregano , tomato ceri, daun parsley dan perisa.Sekiranya spaghetti nampak kering, boleh ditambah sedikit air juga minyak zaitun. 
taburkan sedikit parmesan cheese powder diatas spagheti semasa menghidang! wallaaa!!

8 comments:

Unknown said...

assalam doc ina, pasta tuuu nampak sedapp, kalau kat umah kaknoor budak2 ni hantu pasta anytime anywhere heee

Unknown said...

assalam doc ina, pasta tuuu nampak sedapp, kalau kat umah kaknoor budak2 ni hantu pasta anytime anywhere heee

sweetie said...

Ina... nanti saya nak trylah resipi ni... cakap je dulu... buatnya tak tahu lagi bila...

inahar ali said...

Kaknoor..anak kita pun sama semuanye hantu pasta..hahaa!!

inahar ali said...

Ksweetie..xper simpan resipi tu pun dah satu usaha yg patut dipuji..kemudian nnti kita upgrade slow2 dan masak betul2..hahaa!!

mama arif said...

jalan jalan dalam blogs, jumpa blog resepi pasta. nak try buat pasta plak lepas ni. thanks 4 sharing.

inahar ali said...

Mama arif..mekaseh..nnti cubala try resipi ni ye!

Unknown said...

Wahh mcm kt kedai western! Boleh cuba nie. Tq ek bg resepi! Hihi

www.ourlovebonding.com