Saturday, June 24, 2023

Ayam Masak Kicap Ala 3 Budak Gemuk

Assalamualaikum..menu tengahari ni kita masak ayam kicap ala 3 budak gemuk. Alhamdulillah anak2 memang suka lauk ni. Jom kita zaas resepi yg sedap dan mudah ni yok..

Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok
Sumber- inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan:
1 ekor ayam (potong sederhana kecil, cuci bersih, toskan air.)
-garam secukup rasa
-serbuk kunyit secukupnya
1 biji bawang besar - hiris bulat
10 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inch halia
10-15 biji cili api
Minyak masak secukupnya
2 tangkai daun kari
Sedikit air
Kicap manis secukupnya (cap kipas udang)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat sos abc
Sedikit pes asam jawa
Minyak utk menggoreng

Cara:
Gaul ayam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng hingga masak.
Kisar bawang kecil, bawang putih, halia dan cili api dgn sedikit air.
Panaskan minyak sedikit (belen goreng ayam td) masukkan daun kari juga bahan kisar dalam minyak yg panas tadi. Tumis sampai garing.
Masukkan sos tiram, sos abc & kicap manis dan air asam jawa ikut citarasa. Kacau sampai agak pekat. Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar. Kacau sampai semua masak sebati. Siap!

Friday, June 23, 2023

LEMPENG & KARI AYAM



Assalamualaikum..masih lagi menu2 tertunggak yg belum sempat di updet sebelum ni. Menu lempeng yg paling disukai anakanda Adam. Kebetulan pulak ada lebihan kari sardin yg dimasak semalamnya..so memang ngam la buat cicahan lempeng tu. Lempeng mmg kita suker goreng garing2..baru ummph! Hehe. Alhamdulillah.. Ada yang nak resepi kari sardin tu ke? Jom kita zaass resepinya yok..

RESEPI KARI SARDIN
sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan
1 tin sardin besar (brand Ayam)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 biji bawang besar - hiris bulat
1-2 sudubesar cili giling
3-4 sudu besar serbuk kari ikan
santan
sedikit rempah halba campuran
daun kari
lada merah/hijau
garam dan perisa jika perlu
minyak utk menumis
1 keping asam keping

Cara
Kisar atau tumbuk bwg merah, bawang putih dan halia. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar sekali dengan daun kari dan halba campuran. Bila dah naik bau masukkan cili giling..tumis lagi . Masukkn rempah kari.. Tumis lagi bagi garing sikit rempah tu kemudian masukkn ikan sardin (brand ayam). Tambah santan sikit, garam, asam keping, bawang besar hiris bulat dan cili merah/hijau ptong. Masak hingga didih dan agak pekat. Boleh nk tambah cili api ikut suker. Siap!

Thursday, June 22, 2023

RENDANG AYAM SEDAP

Assalamualaikum..menu  rendang ayam ini digandingkan dengan menu nasi lemak, sambal telur dan ikan bilis goreng. Pastu kita panaskan pulak nasi himpit yg kita frozenkan tak lama dulu sebagai tambahan. Jom kita zaas resepi rendang ni yok..


RESEPI RENDANG AYAM 
sumber - inahar's cooking time

Bahan2:
1 kg ayam dipotong sederhana kecil
2 bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
1/2 inci lengkuas 
3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
10 biji cili padi
8-10 batang serai -kami mmg guna banyak serai lebih sedap rasanya 
1 pkt serbuk santan segera - dibancuh dgn secawan air
2 keping asam keping
3-4 sudu besar kerisik 
2 helai daun kunyit- di hiris halus 
1-2 genggam gula (boleh campur ngan gula melaka)
garam secukupnya 
perisa jika suka 
minyak untuk menumis


cara: 
Bawang,bawang putih,halia,lengkuas,serai dan cili padi semua diblender halus, kemudian tumis sampai naik bau.Tambah cili giling dan tumis lagi bagi garing. Masukkan ayam,santan,asam keping.bila mendidih hampir kering masukkan garam,gula dan kerisik.akhir sekali masukkan daun kunyit yg di racik halus. 

Tuesday, June 20, 2023

KEK KUKUS BUAH TERPALING SEDAP..


 Assalamualaikum..kembali bersiaran kita..hihi! Lama sgt berhibernasi sejak dari raya aidilfitri aritu jadi kita baru sekarang nak updet kejadian kek kukus buah yg dibuat beberapa minggu lepas..taraaa!! Pestaim guna resepi kek kukus oleh @matgebu yg suatu masa dulu kek ni pernah menjadi kontroversi sgt kan Mat..Rasanya geng2 blogger masakan semua mesti ingat akan kejadian lebih 10 tahun yg lalu kan? Macehh Mat berkongsi resepi kek ni ye! Serius sangat sedap dan moist kejadiannye. Jom kita zaas resepinya!

KEK KUKUS BUAH
Resepi asal - Mat Gebu
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....