Thursday, October 10, 2024

NASI DAGING UTARA


 Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi Daging Utagha Ayaq Asam ni..menu ni memang sedap ngatt aiihh! Diganding dgn kari ayam dan sambal telur sebagai tambahan lauk..Alhamdulillah puas hati masak sendiri ni kan 😍. Ok jom kita zaass resepinya yok..

Resepi Nasi Daging Utara
sumber- inahar's cooking time

Bahan-bahan:
4 cawan  beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500-650 gram daging, potong kecil
5 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar jintan manis
3 sudu besar minyak sapi (boleh ganti butter)
3 sudu besar minyak sayuran
2 biji tomato cincang kasar
2 helai akar ketumbar
1 kiub ayam
Sedikit kismis hitam

Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia - hiris nipis
Air secukupnya

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga


Bahan untuk air asam kerisik:
2 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato - potong kecil
6 biji cili merah*
6-8 biji cili api merah & hijau*
Sedikit belacan* - dibakar di atas api sehingga wangi
1 sudu besar pes asam jawa campur 1 cawan air*
1-2 sudubesar sos ikan Thai
Sedikit perahan jus limau nipis
1 sudubesar kerisik
Garam dan gula secukupnya


Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan akar ketumbar dan rempah kurma serta sedikit air. Kacau sehingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan beras dan kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Juga masukkan tomato cincang tadi. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Boleh tambah kismis masa nasi hampir kering. Setelah masak baru kacau dan gemburkan nasi rata rata.
Cara untuk air asam:
Kisarkan bahan bertanda *. Kemudian gaulkan kesemua bahan air asam. Sesuaikan rasa.

Friday, September 13, 2024

Lemon Rosemary Roasted Chicken


Assalamualaikum..Alhamdulillah ber'western' kita utk menu weekend baru ni iaitu Lemon Rosemary Roasted Chicken resepi Chef tersohor Jamie Oliver. Ni resepi wajib try ye..sangat sedap!! Digandingkan bersama mushroom soup dan garlic bread. Memang wallaaa 😋😋. Jom kita zaas resepinya yok..


LEMON ROSEMARY ROASTED CHICKEN
Resepi Asal - Jamie Oliver
Sumber - inahar's cooking time

Bahan:
1 ekor ayam
4-5 biji bawang putih-tumbuk*
1/2 biji kulit lemon*
sedikit rosemary leaves*
sedikit thyme leaves*
serbuk @ grounded blackpepper*
garam*
olive oil*
perisa*
1 biji lemon- di celur dulu
washed potato-yg kaler pink tu (bnyk ikut suka-buang kulit)-direbus separuh masak bersama sedikit butter,daun thyme & garam

cara:

Campurkn semua bahan bertanda * dan lumur pada ayam luar dan dalam. Ambil lemon yg dicelur tadi serta cucukkan kulitnye beberapa kali masa masih panas utk lbh juicy & beraroma dan masukkan lemon tu sebiji ke dalam perut ayam tadi. Marinate utk 1/2 jam @ lebih. Bakar ayam dalam oven @ 180 c selama 45 minit. Pastu kuarkan ayam tadi dari oven dan letakkan potato tadi dikeliling ayam serta terbalikkan ayam utk memastikan ayam garing disemua bahagian serta cucuk2kan badan ayam tersebut supaya rempah lebih menyerap masuk. Kemudian bakar lagi lbhkurang 45 minit lagi @ hingga ayam betul2 masak! Bila dh masak bolehla dikuarkan utk dihidangkan. Jus ayam panggang kt dalam dulang memanggang td jgn dibuang..jus tersebut boleh dimasak kembali atas dapur utk dijadikan sos pencicah ayam tadi ye! Bolehla ditambah sedikit bawang besar utk menumis serta blackpepper sos utk menambah rasa masa memasak sos itu.
SIAP!

Thursday, September 12, 2024

AYAM BAKAR KEWPIE


Assalamualaikum semua. Meh kita share menu simple iaitu Ayam Bakar Kewpie yang nampaknya dah ramai geng yg mencubanya. Kita baru dapat try pestime masaknya ni. Resepi dari Khairul Aming ni memang mudah dan sedap sgt! Boleh ratah camtu jer pun dah sedap woo..hihi! Ok jom kita zaas resepinya yok..

Resepi Ayam Bakar Kewpie
Resepi asal - Khairul Aming
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong dan dibersihkan
Sos Kewpie perasa roasted sesame
Sos tiram
Serbuk blackpepper
Sedikit minyak masak
Mixed herbs – optional


Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, gaulkan dengan sos kewpie + sos tiram + serbuk blackpepper + mixed herbs. Gaul sebati.
2. Kemudian tambahkan sedikit minyak masak supaya nanti kulit ayam lebih rangup.
3. Selepas itu perapkan ayam sebentar ( saya perap 1 jam) kemudian boleh masukkan ayam tadi didalam air fryer dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit. (Ikut oven masing2 ye. Saya bakar 25 minit dan balikkan selepas 12 minit)
4. Siap. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, September 10, 2024

KARI UDANG ISTIMEWA


Assalamualaikum semua. Jom layan Kari Udang istimewa ni digandingkan dgn nasi minyak dan lauk ayam merah serta acar nenas yg dimasak sempena kedatangan tetamu beberapa minggu yg lepas. Jom zaas resepinya yok..


RESEPI KARI UDANG
sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan
1 kg udang
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 biji bawang besar - hiris bulat
3-4 sudubesar cili giling
4-5 sudu besar serbuk kari ikan
santan
sedikit rempah halba campuran
daun kari
lada merah/hijau
Asam jawa
garam dan gula secukupnya
perisa jika perlu
minyak utk menumis

Cara
Kisar atau tumbuk bwg merah, bawang putih dan halia. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar sekali dengan daun kari dan halba campuran. Bila dah naik bau masukkan cili giling..tumis lagi . Masukkn rempah kari.. Tumis lagi hingga naik minyak. Boleh tambah air sedikit utk elakkan rempah hangit.Tambah santan dan masak hingga didih. Kemudian masukkan udang, garam, gula, asam jawa, bawang besar hiris bulat dan cili merah/hijau ptong. Masak hingga didih dan agak pekat. Boleh nk tambah cili api ikut suker. Siap!

Monday, September 9, 2024

KEK MARBLE BADAM ROS


 Assalamualaikum..Alhamdulillah sempat kita membaking aritu iaitu kek marble badam ros yg sgt marbeles ni. Kek yg sgt sedap dan begitu nostalgia rasanya. Harum bau ros serta tambahan serbuk badam tu menambahkan lagi kesedapan kek ni. Stail kek dolu2 kan..mmg wajib try ye uols! Ok jom zaas resepinya yok..

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROS NOSTALGIA
Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff 
Sumber 1 : Rinnchan via ummi
sumber 2 : inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan:
250gm mentega
5 1/2 oz gula castor(saya guna 150 gm)
4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (saya guna 4 biji size A)
1 oz badam kisar (saya guna 60 gm)
5 oz tepung naik sendiri(saya guna 145 gm)
2 susu makan susu pekat manis
1 1/2 sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah dan hijau- saya guna merah & biru jer!


Cara-cara:
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

Friday, September 6, 2024

AYAM GORENG BAWANG PUTIH


 Assalamualaikum... Meh layan menu sempoi ayam goreng bawang putih ni. Memang marbeless sangat taste dia..bertambah2 nasi wehh..hihi! Resepi pernah viral ni kita olah sikit guna tepung beras menggantikan tepung ubi utk perapan ayam tu. Jom zaas resepinya yok..


RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN UTAMA
10-12 ketul ayam
10-20 ulas bawang putih (cuci bersih, tak perlu buang kulit- ketukkn sikit)

BAHAN-BAHAN KISAR
1 biji Telur
1 biji Bawang merah
3-4 ulas Bawang putih
1 inci Halia


BAHAN-BAHAN LAIN:
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
3-4 sudu besar tepung beras


CARA PENYEDIAAN:
1. Curah bahan-bahan kisar di atas ayam dan campurkan dengan bahan-bahan lain.
2. Gaul dengan ayam dan perap selama sejam atau lebih
3. Kemudian, goreng macam biasa.
Masa alihkan/terbalikkan ayam tu, taburkan semua ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci dan diketukkan sikit bawang putih tadi. Goreng hingga ayam garing keemasan. Siap!!

Thursday, September 5, 2024

SPAGHETI BOLOGNESE



 Assalamualaikum..Dah lama kita tak berpasta..anak2 pun sibuk request nak makan pasta yang ibu masak..hihi! So jom kita zaas resipinyer ye..yok!!


RESIPI SPAGHETI BOLOGNESE
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
4 biji tomato (dipotong dadu)
3-4 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Air secukupnya
oregano, dried parsley
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!
Parmesan cheese powder- tabur masa menghidang

Cara-cara
Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional)serta lada hitam.
Tambah garam, gula secukupnya.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.

Wednesday, September 4, 2024

MASAK LEMAK LABU & BAYAM

 


Assalamualaikum.. Kali ni kita nak share masak lemak labu yg dimasak minggu lepas. Jarang2 masak labu ni tapi sekali masak memang bertambah2 pinggan nasi tu..hihi. Jom kita zaas resepinya yok..

Resepi Masak Lemak Labu & Bayam
Sumber - inahar's kitchen

Bahan-bahan
½ biji labu manis kupas kulit, buang biji dan potong besar²
Seikat bayam - potong sederhana kecil
2 biji cili merah atau ikut suka nak pedas guna cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 genggam kecil ikan bilis
1 kotak kecil santan kara
Air secukupnya
Garam dan perasa

Cara
Cili, bawang dan ikan bilis dikisar atau tumbuk kasar
Masukkan ke dalam periuk bersama 2 atau 3 cawan air. Setelah mendidih baru masukkan labu.
Biarkan sehingga labu empuk baru masukkan bayam, santan, garam dan perasa.
Kacau manja sehingga kuah mendidih sekali lagi. Tutup api. Siap dan boleh hidang.

Tuesday, September 3, 2024

BASQUE BURNT CHEESECAKE



 Assalamualaikum..ni burnt cheesecake yg kita baked beberapa minggu yg lepas utk surprise kan Abg Bani sempena besdaynya. Memang fave semua org ni. Jom zaas resepinya yok..


Basque Burnt Cheesecake
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan
500gm Krim Keju (philadelphia)
3 Biji Telur gred A
120 gm gula kastor
200ml Krim Putar Tenusu (Dairy Whipping Cream)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

Pukul krim keju sehingga lembut.
Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan telur satu per satu sambil terus memukul adunan.
Masukkan pula whipping krim. Pukul rata dan Kacau bagi sebati.
Akhir sekali masukkan jus lemon , esen vanila serta tepung dan gaul sehingga rata. Masukkan adunan ke dalam bekas springform yg dialaskan dgn kertas baking paper.
Bakar pada oven yg telah dipanaskan dahulu pada suhu 200°c selama 60 minit atau sehingga bahagian atas kek menjadi gelap (sedikit rentung@hangus) bergantung kepada oven masing-masing. Biarkan kek sejuk dalam ketuhar kemudian masukkan dlm petisejuk selama 5 hingga 6 jam sebelum dihidangkan.

Monday, September 2, 2024

RENDANG DAGING SEDAP

 


Assalamualaikum.. Alhamdulillah ... Arini nak kongsi menu rendang daging yang dimasak beberapa minggu lepas sempena menyambut besday Kak Ayin juga meraikan beberapa berita gembira dari anak2. Rendang ni digandingkan dgn pulut kuning juga tambahan menu lain seperti nasi mentega, ayam masak merah juga acar nenas. Alhamdulillah..jom kita zaas resepi rendang daging ni ye..

Rendang Daging Sedap
Sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan: 
2 kg daging
4 paket serbuk santan - bancuh dgn air
8 sudu besar cili kisar
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit
1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar jintan putih dan 1 sudu besar ketumbar - sangai dan tumbuk
4-5 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukupnya - manis ikut suka (boleh tambah gula melaka juga)
Minyak masak utk menumis

Bahan kisar:
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 inci halia
10-15 biji cili padi
20 batang serai
3 inci kunyit hidup


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar sehingga garing.
Masukkan bahan kisar dan rempah yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak, masukkan daging. Kacau sehingga daging empuk.
Masukkan asam keping. Jika daging belum empuk, masukkan air sedikit demi sedikit. 
Selepas masukkan santan, dan terbit minyak, masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan akhir sekali daun kunyit yang dihiris halus.
Masak sehingga kuah agak pekat/kering. Bolehlah dihidangkan dengan nasi atau lemang atau pulut atau apa apa sahaja.

Saturday, August 31, 2024

AYAM GORENG MAMAK



Alhamdulillah lagi menu lauk yang sempoi, kita masak ayam goreng style mamak la pulak. Memang sedap dan rangup. Jom kita semak resepi nye yok..

Ayam Goreng Mamak
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk cili
3-4 pelepah daun kari
1 biji telur
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
Garam

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili kisar


Cara cara:

Perap ayam dengan semua bahan di atas sehingga berpalut selama 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Nota: jika guna ayam besar, boleh cucuk bahagian isi tebal dengan menggunakan garfu supaya ayam masak sekata. 
Panaskan minyak dan goreng atas api sederhana sehingga masak.


Friday, August 30, 2024

Sambal Bilis Petai Cili Padi



 Assalamualaikum semua! Ni menu sambal bilis petai yang dimasak baru-baru ini ye. Jangan ditanya sebab sekejapan jer habis dimakan anak beranak bersama nasi pepanas. Tak pandang lauk lain dah..hihii. Resepi sempoi amat..jom kita zaas resepinya yok..


RESIPI SAMBAL BILIS PETAI CILI PADI
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-Bahan:-
1 mangkuk Ikan bilis
2 biji Kentang - hiris nipis
1 mangkuk kecil isi petai
3 biji Bawang Kecil *
4 ulas Bawang Putih *
1 biji Bawang Besar *
10-15 biji Cili Padi * (ikut suka masing-masing)
2 biji Lada merah *
Sedikit belacan *
Sejemput ikan bilis *
Pes asam jawa
Gula & Garam secukup rasa
Minyak utk menumis


Cara-Cara :-
Tumbuk or blender kasar bahan2 bertanda *
Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan minyaknya dan asingkan tepi.
Goreng kentang dan toskan minyak serta asingkan letak di tepi dahulu.
Tumis bahan kisar hingga masak dan naik bau.
Campurkan dengan pes/air asam jawa tadi. Biarkan ia mendidih.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan kentang, petai dan ikan bilis tadi dan gaul sekejap bagi rata. Bolehlah ditutup api.
Hidangan siap dihidang.

Thursday, August 29, 2024

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

 


Assalamualaikum..dah lama kita tak membrownieskan diri kan. So minggu lepas kita rajinkan diri membaking Chewy Gooey Yummy Brownies yg marbeless sgt nih. Sangat mudah disediakan..cuma godek2 guna senduk jer dan bakar. Definitely a keeper recipe. Uolss patut cuba ye. Jom kita zaas resepinya yok..

RESIPI CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
resipi asal : wani
sumber : inahar's cooking time 
(ni resipi utk setengah adunan, cnp di blog Alongroz)

(Makes 8" square)
INGREDIENTS:
125g Butter*
200g Chocolate* (* melted & mix together)
3 Eggs
145g Brown Sugar
1 tsp VE
45g Flour**
25g Coco Powder (sifted together)
50g chopped Nuts/choc coin


METHOD:
1. Beat eggs, sugar VE until sugar is dissolved.
Add in melted chocolate & butter.
Add in flour & cocoa mixture.
Add in nuts.

2. Line tin with non-stick baking paper extended over the 2 sides.
Bake at 160C for 30-35 min.

Wednesday, August 28, 2024

KURMA KAMBING ISTIMEWA

 

Assalamualaikum.. Menu istimewa kita masak iaitu kambing masak kurma digandingkan dengan ayam masak merah, acar timun nenas dan nasi mentega kismis. Alhamdulillah..jom kita semak resepi kurma kambing sedap nih yok..

RESIPI KURMA KAMBING
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan:
500 gm daging kambing (potong dadu 2")-diperap tepung & limau nipis selama 20 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
3 biji kentang-potong 4
2 batang lada hijau/merah-belah 2
4 sudu besar rempah kurma (babas)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 cawan santan @ susu cair (boleh juga guna yogurt)
1 tangkai daun ketumbar
1 keping asam keping
Air secukupnya 
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam


Bahan Tumis:
1 labu bawang besar } dihiris
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang


Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis-jika suka

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan rempah kurma serta serbuk ketumbar sekali jintan manis. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Tambah air dan rebus hingga kambing agak empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, kacau rata dan masak hingga mendidih
4. Kemudian masukkan santan @ susu cair , asam keping, kiub ayam, garam & gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap boleh dihidangkan bersama nasi.

KARI IKAN BAWAL

 


Assalamualaikum semua..lama kita tak bersiaran. Apa khabar semua? Moga semuanya sihat2 saja hendaknya. InsyaAllah.. Jom kita layan resepi sempoi kari ikan bawal ni yok..nyum nyum 😍


RESIPI KARI IKAN BAWAL
Sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan
2 ekor ikan bawal putih - potong ikut suka, bersih dan toskan.
2-3 sudu besar cili giling (ikut kepedasan yg disukai) 
5-6 sudu makan serbuk kari ikan (jenama babas)
1 inci halia * 
6 ulas bawang putih * 
10 ulas bawang merah * 
5-8 batang bendir muda
2 biji tomato - belah 3 setiap biji
asam keping @air asam jawa
cili merah & hijau/cili api
1 suduteh rempah halba campuran
daun kari
garam
gula 
santan secukupnya (sy guna 1pek serbuk santan dicampur air)

cara2:

Kisar bahan2 bertanda. Panaskan minyak & tumis bahan2 kisar serta halba campuran juga daun kari hingga naik bau kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga garing then masukkan rempah kari tadi. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ikan. Kemudian masukkan santan,  garam, gula, asam keping, cili hidup/cili api dan masak lagi hingga mendidih..biar sebentar hingga mesra kemudian matikan api. Bolehla dihidang...