Thursday, January 19, 2017

HAWAIIAN CHICKEN SUPREME PIZZA

 
Assalamualaikum semua! Jom mempizza kan diri pulak ye! Homemade pizza ternyata lebih sedap dan jauh ekonomi dibanding jika kita membelinye di restoran2 fastfood diluar sana kan..Memang puashati kalau dapat menikmati pizza yang dibuat sendiri.. Dulu pernah post resipi pizza di sini ye. Jom kita semak resipi ye kengkawan!

Resipi hawaiian chicken pizza
resipi asal - MAT Gebu
sumber 1- mamadee's kitchen 

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)


300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam

1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur




Bahan-bahan sos

 5 sudu besar sos tomato

1 sudu teh oregano 

1/2 labu bawang besar dipotong dadu



Bahan-bahan aksesori

200g ayam kisar

Nenas kiub dalam tin

Sosej

Cendawan butang dihiris nipis

Keju parmesan+mozarella+cheddar yang diparut (saya beli je campuran keju yang dah siap2 dipaket untuk ditabur atas pizza)

1/2 labu bawang besar kuning dipotong bulat

Capsicum dipotong dadu







CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
  3. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  4.  Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

Cara membuat sos.

1.  Tumis bawang besar, masukkan sos  tomato dan daging ayam kisar dan oregano. 

2. Jika kurang masin, tambahkan garam.

3. Biarkan sehingga ayam masak.
 

Tuesday, January 17, 2017

STRAWBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum. Minta maaf kerana baru nuk updet resipi cheestart gebu ni yang dibuat beberapa minggu lalu ye. Sebelum ni dah banyak kali post di sini, sini & sini. Apa2 pun..jom kita zaass resipi ni lagi dan lagi ye..hihi!


RESIPI CHEESE TART

Tart Crust / Shell
resipi - Azita Zain
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan :
170gm marjerin/mentega
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.


Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

 Cara-cara
1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Azita.) :

1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


Monday, January 16, 2017

SAMBAL BILIS PETAI CILI PADI

Assalamualaikum..harini kita nak share menu lauk paling sempoi dan enak. Sambal bilis petai cili padi..perghhh memang awesome uollss! Makan ngan nasi pepanas..memang bertambah2 ler pinggan nasi tu jawabnye..huhuu! Resipi sgt mudah..jom kita zaasss!

RESIPI SAMBAL BILIS PETAI
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
semangkuk ikan bilis digoreng garing
4-6 biji cili hijau/merah
10-15 biji cili padi - ikut suka
1 biji bawang besar
petai secukupnya
sedikit belacan - optional
air asam jawa 
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara
Cili, bawang dan belacan ditumbuk kasar atau kisar. Kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau. Tambah ikan bilis, petai, air asam jawa, garam & gula secukupnya. Kacau rata dan masak hingga hampir kering. Siap dan boleh dihidang bersama nasi panas dan juga lauk-pauk yang lain.

Friday, January 6, 2017

IKAN SIAKAP GORENG TAUCHO

Assalamualaikum..Ok arini masih lagi dengan menu ikan siakap ye! Pn Doc nak berkongsi resipi ikan siakap goreng masak tauco. Resipi yang sangat simple juga enak. Asik2 goreng sweet sourla, goreng tiga rasa la kan so kali ni kita wat masak taucho memang ada kelainan rasa..hehe! Dulu resipi pernah post di sini ye. Jadi jom kita zaass resipi lagi sekali..yok!

RESIPI IKAN SIAKAP GORENG TAUCHO
sumber - inahar's cooking time


bahan-bahan
1 ekor ikan siakap saiz agak sederhana (digoreng garam kunyit dulu) 
1 biji bawang besar*) 
3 ulas bawang putih*) dihiris nipis 
1/2 inci halia*)
 cili hidup/cili padi banyak ikut suka
2 sudu besar taucho 
1 sudu besar sos tiram 
sedikit kicap manis 
air asam jawa secukupnye 
garam(xyah taruh kalu sos taucho dah cukup masin) 
gula 
minyak utk menumis 

Cara: 
Panaskan minyak dan tumis bawang & halia sampai naik bau.Kemudian masukkan bahan lain dan tumis lagi hingga agak pekat kuahnye. Bila sudah masak tuang keatas ikan yg sudah siap digoreng tadi....siap!! 




Thursday, January 5, 2017

IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA

Assalamualaikum..hollaa! Okay ni menu ikan siakap goreng tiga rasa yang sangat digemari ahli keluarga. Salah satu resipi paling popular cariannye di dapur Pn Doc..hehe! Memang sedap dan sempoi..kalu makan di kedai masakan siam harganye memang mahal. Jadi elokla kita masak sendiri utk anak2..conpom lebih enak dan jauh ekonomi harganya kaann.. Entry lama boleh dilihat di sini dan sini ye. So jom kita zaass resipinye yok!

IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA (resipi asal secara kukus)
resipi -  Norzailina Nordin 
sumber 1 - K.Nor@SecubitGaram 
sumber 2 - inahar's cooking time 

Bahan:- 


1 ekor ikan siakap - ni kita goreng dgn tepung berempah segera jek! 


Bahan Cincang Halus:- 

5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia muda 
2 biji cili merah 

Bahan Dihiris Halus:- 

1/2 kuntum bunga kantan 
2 helai daun limau purut 
4 - 5 biji cili padi 

Bahan-Bahan Sos:- 

2 camb cili kisar 
1 camb sos tomato 
2 camb sos plum 
2 camb gula pasir 
2 camb sos cili 
1 camb jus limau nipis 
1 camt kicap manis 

Cara Memasak:- 

Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. (kita goreng je ikan siakap td dgn tepung berempah ye!) Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan(guna air biasa je sbb x kukus ikan) dan garam serta gula. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.