Saturday, December 31, 2016

DAGING GORENG BLACKPEPPER

Assalamualaikum,,arini Pn Doc nak berkongsi resipi daging yang sgt mudah dan sedap ini. Daging goreng blackpepper ni menjadi kegemaran cikhubby dan anak2. Jadi kalu ada yg berkenan nak menerai resipi ni..jom kita semak yok!

RESIPI DAGING GORENG BLACKPEPPER
sumber - inahar's cooking time


Bahan-Bahan:

  • 500g daging (bahagian batang pinang)- hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih- hiris nipis
  • 1 biji bawang besar- hiris bulat
  • 1/2 inci halia - potong nipis/halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis secukupnye
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 5-8 biji cili api
  • minyak masak secukupnye untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih, dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  4. Akhir sekali tambah bawang besar dan cili api. Goreng lagi sebentar kemudian tutup api. Siap utk dihidangkan.

Thursday, December 29, 2016

RICH OREO CHOC BROWNIES


 Assalamualaikum! Bersiaran kembali kita dengan resipi brownies yg sangat sedap nih. A keeper recipe uolls!
Ni foto oreo brownies yg kita buat 2 minggu lepas..so jangan minta2 ek..hihi! Korang kalu masih belum pernah cuba resipi ni..baik cepat2 try sbb memang marbeles sgt! Very rich, moist, chocolatey, chewy gooey texture! Sangat rugi kalau tak mencuba resipi ni. Mekaseh Alongroz berkongsi resipi meletops ni. Entry lama boleh di lihat di sini ye! So jom kita zaas lagi sekali resipi yg superb ini!

RESIPI RICH OREO CHOCOLATE BROWNIES
resipi asal : Roz@HomeKreation
sumber - inahar's cooking time

(Makes 8" sq)
INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
 1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together) 
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)

METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.

2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.

3. Bake 170C for 45 min.



Tuesday, December 27, 2016

PANCAKE


 Assalamualaikum..hollaa semua!! Jom kita bekfas ngan pancake yg moist dan gebuss nih..nyum..nyum! Sgt mudah nak membuatnye juga amat sedap dimakan lebih2 lagi kalu dimakan bersama maple syrup..perghhh! 3 keping sorang pun tak cukup sekali hadap wehh..hahaha! Resipi sebelum ni pernah post kt sini. Pepun jom kita zaass resipi kembali!

RESIPI PANCAKE 
resipi asal - hajar
sumber - inahar's cooking time

3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat

**kalau tak sabar...terus le tuang dlm kuali, takyah tunggu 10 minit



Monday, December 19, 2016

KEK COKLAT CHEESE LAVA BERHANTU


Assalamualaikum! Finally Pn Doc juga terjebak demam kek larva cheese berhantu ni! Sangat marbeless..uishhh! Memang berhantu betuila kek ni..hahaha! Jom cekidot resipi yg kita cnp dari dapur KakZu ye. Resipi asal dari dapur Azlita. Mekaseh berjuta lemonn buat kedua2nya ye! So jom zaass resipi yok!
 

RESIPI KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU
resipi asal - Azlita Masam Manis
sumber 1 - Kak Zu Semanis Gula
sumber 2 - inahar's cooking time

BAHAN BAHAN

KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak

CARA CARA
Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar


250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream (kita hanya letak 250ml sahaja)
3 sudu besar susu pekat manis


Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek

COKLAT LELEH
300 gm coklat masakan
300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella


Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat

STEP MELAPIS KEK BERHANTU !!

1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK
4 KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA


~ SELAMAT MENCOBA  ~


Thursday, December 15, 2016

KEK COKLAT LAPIS CHEESE


Assalamualaikum! Okay masih lagi dgn entry kek ye kengkawan. Kek coklat lapis cheese kukus ni dibuat masa menyambut besday anakanda Ayin dua bulan lepas. Salah satu kek yang sangat popular juga di kalangan blogger suatu masa dulu. Resipi agak mudah. Hasilnya memang marbeless sangat! So jom kita zaas resipi kek ni ye!

RESIPI KEK COKLAT LAPIS CHEESE
sumber- inahar's cooking time

Bahan-bahan :

KEK COKLAT


1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
* semua bahan dimasak di atas api hingga mendidih. Biarkan sejuk


3 biji telur- dipukul hingga kembang
1 1/2 cawan tepung kek*

1 suduteh baking powder*
1 suduteh soda bicarbonate *
(bahan bertanda * diayak bersama) 




Cara membuatnya :

1. Dengan mengunakan whisk masukkan adunan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat yang dah sejuk tadi dan gaul sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
4. Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang 1 bahagian kek coklat ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
5. Sementara menunggu adunan masak bolehlah buat adunan lapisan cheese.


LAPISAN CHEESE

250gm krim keju
1 sudu makan air
60 gm gula kastor
1 biji telur


Cara membuatnya :
1. Putar krim keju dan gula hingga gebu. Masukkan air dan telur. Putar lagi hingga betul-betul kembang.
2. Tuang adunan cheese ke atas lapisan kek coklat yang telah dikukus tadi. Kukus kek 20 minit lagi.
3. Selepas 20 minit,  tuang pula lapisan kek coklat yang kedua. Kukus lagi kek lagi 20 minit. Angkat kek, sejukkan dan bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidang. Boleh juga dihias dgn ganache coklat utk lebih uummphh! Sesuai untuk minum petang dan pelbagai jamuan. Memang sedap!!!

* simpan kek di dalam peti sejuk untuk lebih sedap dan tahan lebih lama...



Tuesday, December 13, 2016

KEK TIRAMISU SEMPOI


Assalamualaikum..Jom kita bertiramisu pulak ye..kek tiramisu sempoi ni Pn Doc buat masa celebrate besday anakanda Sri Dan Adam bulan september yang lalu. Resipi sebelumnye pernah ada di sini. Sangat mudah membuatnye..jomm zaass resipi yok!

RESIPI KEK TIRAMISU
sumber- inahar's cooking time

Bahan-bahan :

1 biji sponge kek - klu malas nak membaking kek span (sponge) boleh beli yg readymade di kedai bakeri.
250ml whipping cream non dairy
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan 


 Cara-cara:)

Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi.
-Dlm mix pengisar Satukan gula, cheese dan w/cream
-Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
-Potong kek pada 2@3 bahagian - gunakan pisau pemotong kek lagi senang...
-Tuangkan beberapa sudubesar bancuhan nescafe ke atas kek
-kemudian sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek.tapiskan serbuk koko di atasnya ..
-Susun lagi bahagian kek yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
-kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
-Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

 
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Friday, December 9, 2016

KEK MARBLE TRIO TERLAJAK SEDAP!


Assalamualaikum..masih lagi dgn entry tertunggak utk kek raya aidilfitri yg lalu ye..jangan maraahh! Kek marble trio resipi Mat Gebu ni memang menjadi kek wajib yg dibuat pada musim raya. Memang terlajak sedapp dan terlajak lariss uuu! Mekaseh berjuta lemon wat Mat yg berkonsi resipi meletop ni..mmg rugi siapa yang belum pernah mencubanye. Resipinye pernah ada sebelum ini di entri sini dan sini ye. Jom kita zaass sekali lagi resipinye!

RESIPI KEK MARBLE TRIO
resipi asal - Mat Gebu
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan:

300 gm mentega
280 g tepung halus (tempung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)
5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
30 g gliserin
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulco


Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5. Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.   
  6. CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Wednesday, December 7, 2016

KEK LAPIS ASAM MANIS (HAW FLAKES)

Assalamualaikum! Pn Doc masih lagi dalam mood menghupdet resipi kek lapis istimewa yang dibuat musim aidilfitri yang lalu. Kali ni kek lapis asam manis yang di kongsi resipinye oleh Bro Rozzan. Memang terlajak sedap uolss! Sebelum ni pernah post resipi kek lapis asam manis dari resipi yang berbeza di sini ye.Mekaseh wat Bro Rozzan berkongsi resipi yang marbeles ni. Jom kita zaass resipi yok!

RESIPI KEK LAPIS ASAM MANIS (HAW FLAKES)
resipi asal - Bro Rozzan
sumber - inahar's cooking time

 Bahan-Bahan

10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.

Monday, December 5, 2016

KEK LAPIS PANDAN PRUNE

Assalamualaikum semua. Okay arini Pn Doc nak kongsi resipi kek istimewa yang  di buat masa musim raya aidilfitri yang lalu. Sori lah ye baru nak updet resipi..hihii! Kek lapis yang sgt sedap..berulang-ulang makan pun tak jemu..huhuu! Memang korang wajib try ye. Resipi ni kita cnp dari blog AlongRoz yang mmg pakar bab kek lapis sarawak ni.Resipi asal dari dapur dayangjack yg cantik jelita nun. Cukup puashati dgn hasilnya..mekaseh berjuta2 lemon wat dayang juga along ye sbb berkongsi resipi yg meletops ni! Muaaahhh!

RESIPI KEK LAPIS PANDAN PRUNE
resipi asal - Dayangjack
sumber 1 - AlongRoz
sumber 2 - inahar's cooking time

Kek asal Kek Evergreen, Along tambah prune & coklat, manakala Pn Doc tambah prune sahaja.
Hasil: 8" x 8"
BAHAN2:
10 biji Telur gred A
450g Mentega
200g Tepung Gandum
100g Horlicks
160g Gula Halus

1 botol kecil Pandan Paste
1 sb Ovallette
340g Susu Pekat

1 tin kecil Serikaya
100g Serbuk Santan
1 sk Esen Vanilla

1 bungkus Prune tanpa biji - potong kecil 
1 bungkus Coklat Cip (tak letak)


CARA2:
1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang (high speed).
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat sehingga putih.
Masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
3. Satukan adunan telur dan mentega sehingga sebati.
Masukkan serikaya, pes pandan, horlicks dan gaul sebati.
Masukkan tepung dan esen vanilla, kacau sehingga sebati.
4. Sediakan loyang yang dilapik & disapu dengan mentega.

Ratakan 6 sudu makan adunan ke dalam tin.
Bakar sehingga bertukar warna keperangan dgn menggunakan api atas.

Ulangi proses melapis dan tabor prune & coklat cip selang seli sehingga habis.
Akhir sekali bakar dgn api & bawah selama 10 minit.
5. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.




Saturday, December 3, 2016

IKAN GORENG SAMBAL

Assalamualaikum..menu sempoi kami beberapa hari yang lalu. Ikan goreng sambal yang sangat mudah resipinye. Jom zaasss!

RESIPI IKAN KEMBUNG GORENG SAMBAL
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung - dilumur garam kunyit dan digoreng
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1/2 inci halia
3-4 sudu makan cili giling - ikut suka
sedikit air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
cili padi juga tomato ceri - optional

Cara2 :

I biji bawang besar, bawang merah, halia dan bawang putih ditumbuk lumat atau blender. Lagi sebiji bawang besar di hiris bulat. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa dan bawang besar yang dimayang tadi. Tumis lagi sampai pecah minyak. Campakkan cili padi juga tomato ceri dan perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dituang di atas ikan goreng. 

Thursday, December 1, 2016

KEK BAHULU PANDAN

Assalamualaikum..arini meh kita layan bahulu pandan gebus gebas ni ye! Masih menggunakan resipi spt di entry sebelum ni di sini cuma kita tambah perisa pandan jer. Memang puashati dengan kejadiannye..sgt marbeless! Apa2 pun Pn Doc sertakan lagi sekali resipinye ye..jom zaass!

RESIPI KEK BAHULU PANDAN
respi asal - Siti Farida
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
3 biji telur gred B
1 cawan gandum
1/2 cawan gula kastor
3/4 suduteh baking powder
1 suduteh esen vanilla
1 suduteh perisa pandan/emulco

Cara
Ayak tepung dan baking powder.
Pukul telur dan gula kastor hingga kembang pada high speed (10 minit @ naik 3x ganda)
Masukkan esen vanilla juga pandan emulco, pukul lagi bg sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak, kacau sebati guna spatula sahaja.
Panaskan dalam oven acuan yg telah dilengser dgn minyak selama 10 minit.
Keluarkan dai oven dan terus masukkan adunan.
Bakar pd 200c selama 20-25 minit. Jika guna acuan bahulu bunga kecil, bakar hanya 10-15 mnit sahaja.