Thursday, September 29, 2011

KEK LAPIS ASAM MANIS

Ni lak resipi kek lapis asam manis@ hawflakes..pun sodaap gak! resipi lupa copy dr mana..pepun terimakasih banyak utk penyumbang resipi ye!

Resipi kek lapis asam manis
Bhn:

10 biji telur gred A
450 gm mentega
250 gm tpg hong kong
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin kecil kaya 170 gm
1 botol kecil horlick-200gm
160 gm gula halus
1tsp golden syrup
1 suduteh esen vanilla
1 sudubesar ovallette
asam manis (hawflakes) secukupnya


Cara:
Pukul mentega ,ovallete dan gula hingga kembang-ketepikan..
Pukul telur dan susu pekat hingga kembang..
Satukan kedua-dua adunan..
Masukkan kaya, kacau kemudian masukkan horlick , golden sirap dan esen vanilaa kacau hingga semua bhn sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis sambil digaul perlahan,(kaup balikkan shj), bahagi adunan kpd 2 bhg..(1)bubuh warna hijau..(2) bubuh warna merah.
Sediakan loyang, masukkan adunan dan bakar pd oven yg telah dipanaskan dulu @ 180c berlapis lapis (selang-seli warna) hingga selesai..(lbhkurang 6-7 minit setiap lapisan ikut oven memasing ye)
p/s- susun asam manis ikut suka


Wednesday, September 28, 2011

KEK LAPIS AISKRIM SODA

Assalamualaikum..ni la dia kek lapis aiskrim soda yg dh berkurun ku simpan resipinye..terimakasih wat Kak Ina Kl yg dh lama memberikan esen aiskrim soda ni kt kita..sampai dh hampir tarikh luput..hehe!! mmg susah nk cari esen aiskrim soda nih..kt bagus tmn melawati pun xde jual. kak ina kl rasanye beli kt yummy bakery bangi kalu x silap..mekaceh lg sekali ye kak..mmg betuila kata kak ina..kek lapis ni salah satu kek lapis yg plg sedap rasanye..harum banget baunye..x muak makan..mmg best!! jom kita zaass resipi..izinkan kita cnp dr dapur kak ina ye..resipi asal dr Bro Rozzan..thnx to both for sharing!

RESIPI KEK LAPIS AISKRIM SODA

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 6 biji telur gred A
  • 220 g susu pekat manis
  • 100 g horlicks
  • 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
  • 1 camca teh pewarna biru
  • 50 g jem raspberry
  • 1 camca teh esen raspberry (akak tak letak pun)
  • 1 camca teh pewarna merah jambu
  • 1 camca teh pewarna hijau muda/esen pandan (gunakan ajer pewarna yang ada kat rumah)
  • 160 g tepung Hong Kong
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna merah, (kat gambar cam warna oren) kacau rata.
  5. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna biru, kacau rata dan 1 bahagian lagi pada warna hijau.
  6. Sudukan 3 camca besar adunan warna biru (ada jem rasberry), ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit)..(bergantung kepada suhu oven masing-masing)
  7. Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna hijau ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit)
  8. Utk lapisan ke 3 ratakan warna merah dan masak juga 6-7 minit dan ulangi sampai habis.
  9. Kemudian bakar guna api atas bawah dan bakar sekejap dalam 5 minit. Kalau takut hangus bolehlah di tutup dengan aluminium foil.

KEK RAYA 2011

Jom layan gambo2 kek yg sempat kubuat utk raya baru nih..resipi akan menyusul nnti..pn doc nk zzzz dh!!

kek lapis asam manis


kek lapis aiskrim soda


supermoist eggless chocolate cake


kek marble trio CMG

Monday, September 26, 2011

HEPI BESDAY TO ME!!

Assalamualaikum...holllaaaaaaaaa..!!! amboi lamanye puan doc bertapa kan..sampai terbatuk2 bila jengah dapurku yg dh lama terbiar nih..bnyk habuk uuu..hehe! pepun masih belum terlambat rasanya utk kita mengucapkan salam aidilfitri buat semua pengunjung ye..maaf zahir batin dipinta..terimaksih wat semua pengunjung yg tak jemu2 melawat dapur puan doc walaupun sentiasa sepi sepanjang bulan syawal yg semakin melabuhkan tirainye ini! moga semuanye sihat ceria spjg bulan syawal yg mulia ini..
Alahai dh lama x hupdet blog ni rasa mcm susah nk cari mood kan tp tetiba arini rasa bersemangat kembali kerana tanggal 26 september ini merupakan tarikh istimewa buat En Mohd Ali Hj Ismail & Pn Hasnah Mustafa kerana telah dikurniakan seorang puteri yg pada hari ini genaplah menjangkau 44 tahun usianya..syukur alhamdulillah kepada tuhan kerana masih dikurniakan kesihatan yg baik & kesempatan utk menikmati segala suka duka kehidupan ini..kepada ayah bonda,suami & anak2 serta semua ahli keluarga tercinta juga sahabat handai tersayang.. terimakasih kerana sentiasa berada disisi dan memberi sokongan kepada ku selama ini..moga kita semua sentiasa dirahmati oleh Nya..amin!! love uolss....