Thursday, January 31, 2013

GALLE ROTI CAFE @ T.MELAWATI


Assalamualaikum..alhamdulillah hari isnin malam aritu..sempat kami pergi makan2 di Galle Roti Cafe di Tmn Melawati utk meraikan Sri di malam terakhir sri  bersama keluarga tersayang sebelum dihantar mendaftar ke SBI keesokkan harinya..pestaim makan di sini..plan nak makan western kt Mustafa Jones cafe disebelahnya tp tutup lak so kami pun masuk ke restoran Galle Roti ni utk mencuba makanan di sini pula,,tempatnya luas dan cosy..macam2 menu asian & western ada ..harga agak mahal tp rasa makanan okayla..boleh tahan..
Jom layan foto2 kt bawah ni...




ruang cafe yg cantik dan luas

menu2 yg kami oder aritu...taraaaaaa!

cheezy nachos RM9.90+

Kway teow penang..tak ingat harga pulak..

spagheti bolognese RM 18.90

Chicken egg sizzling yee mee RM8.90 (harga promosi)

FISH & CHIPS RM 19.90

Sizzling Lamb Chop RM32.90 (harga promosi)

spagheti carbonara yg sedap..sri suka sgt..harga RM17.90

dessert kitorang..rainbow cake wif buttercream..Boleh tahan la rasanya. rm8.90/slice
(ada gak red velvet cake, cheesecream carrot cake,cream brulee & puding karemel)

So kepada sesiapa yg ingin berkunjung ke sini lokasinye terletak di bangunan baru dibelakang Sapura Kristal Restaurant @ Tmn Melawati.

Wednesday, January 30, 2013

ANAKANDA SRI KE SEKOLAH BARU..


Assalamualaikum..amboi lama banget Pn doc tak bersiaran ye..ada yg rindu ker??hehe..actually nya kita sgt bizi sejak naik tahun baru aritu menguruskan macam2 hal termasukla menguruskan kemasukan anakandaku Sri yang telah berjaya ke tingkatan satu disekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Bina Insan (SBI). Syukur alhamdulillah Sri berjaya utk menyambung pelajaran ke SBI ni iaitu sebuah sekolah menengah agama berintegrasikan sains tahfiz yg terletak di dlm kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi. Ia adalah sekolah yg baru saja memulakan pengambilan pelajar tahun 2013 ni..sekolah terbaru dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS/JAIS). Moga anak ibu tabah menjalani kehidupan baru di SBI ni..harapan ibu moga sekolah ni berjaya mencapai visinye utk melahirkan insan2 yg berilmu dan berakhlak berteraskan Al-Quran & Sunnah juga melahirkan pemimpin masa depan yg mempunyai asas yg kuat dalam pendidikan Islam, bersahsiah tinggi serta penghafaz Al-Quran..serta berjaya dunia dan akhirat..insyaallah! amin.. So jom kita lihat foto2 yg sempat diambil masa pendaftaran di SBI semalam..
ni bangunan sekolah SBI terletak dihujung kampus KUIS


 
Asrama perempuan setinggi 4 tingkat ..bangunan tinggi kt belakang tu (foto atas) adalah bangunan asrama utk pelajar2 KUIS

 Sri yg tiada langsung riak sedih di sekolah baru..malah asik tersenyum..ibu lak yg lebih2 menitiskan airmata masa nk berpisah tu..huhu!

okay kt bawah ni foto2 sekitar KUIS yg sgt indah pemandangannya..

Masjid Al-Azhar KUIS yg tersergam indah di tengah2 kampus KUIS


 Pemandangan tasik yg cantik..tempat menjalani rekreasi dan merehat kan minda..