Wednesday, February 22, 2017

AYAM MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum. Menu ayam masak lemak cili api ni dimasak tak lama dulu. Baru teringat nak updet resipinye..hehe! So jomm kita zaass resipi yang mudah ini..

 

AYAM MASAK LEMAK CILI API

sumber : inahar's cooking time

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam- potong sederhana kecil
3 biji kentang- belah 4
1 keping asam gelugor
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
800-1000 ml santan (secukupnya)
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
10-15 biji cili padi (ikut kepedasan yg disukai)


Cara:
Masakkan santan, bahan kisar serta serai hingga mendidih. Masukkan ayam ke dalam periuk dan kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah kentang dan masukkan kiub pati ayam. Kacau dan masak hingga kentang dan ayam empuk.Masukkan asam gelugor, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masukkan daun kunyit dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sentiasa. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api.Siap utk dihidang bersama nasi putih juga lauk2 lain.

 

Monday, February 20, 2017

SOTONG GORENG BEREMPAH


 Assalamualaikum. Hari ini Pn Doc nak berkongsi menu sotong goreng berempah. Resipi yang agak sempoi dan semestinye enak. Sedap juga dimakan bersama nasi minyak atau beriani selain dari nasi putih. Jadi jom kita zaass resipinye ye!


SOTONG BEREMPAH 
resipi - dayangjack 
sumber - inahar's cooking time 

Bahan-bahan : 
300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan) 
1 tangkai daun kari 
1 sb serbuk kari 
1 sb serbuk cili / cili kisar 
1 sk serbuk ketumbar 
1/2 sk serbuk lada hitam 
1 labu bawang besar (dimayang) 
2 biji bawang merah (dihiris) 
1 ulas bawang putih (dicincang) 
1 cm halia (dicincang)
4 sb santan pekat / susu cair 
garam dan gula secukup rasa 
1 sb sos tomato 
1 biji hirisan cili merah  

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)
 

Saturday, February 18, 2017

SAMBAL BILIS TEMPE PETAI

Assalamualaikum..lagi resipi sempoi dari dapur Pn Doc ye. Sambal bilis tempe petai sangat enak sebagai penambah selera bila dimakan bersama nasi panas dan lauk2 utama yang lain. Memang bertambah2 ler pinggan nasi tu kan. Jom zaass resipi yang sangat mudah ni ye!


RESIPI SAMBAL TEMPE BILIS PETAI

Bahan-bahan

2 bungkus tempe-potong dadu nipis 
1 biji kentang-potong dadu 
segenggam ikan bilis 
1 biji bawang besar 
2 biji bwg putih 
1-2 sudubesar cili giling 
sedikit ikan bilis* utk dikisar sekali ngan bawang 
isi petai secukupnye
air asam jawa 
garam 
gula 

Cara penyediaan 
1. Tempe & kentang di potong2 dan di goreng sebentar. ikan bilis juga digoreng. 
2. Kisar bawang besar, bawang putih & ikan bilis bertanda*hingga halus. 
3. Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga pecah minyak. 
4. Masukkan sedikit air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. 
5. Masak seketika kemudian masukkan petai, tempe ,kentang & ikan bilis yang telah digoreng tadi. 
6. Kacau sebentar hingga agak2 kering dan kemudian bolehlah diangkat. 

Thursday, February 16, 2017

KUIH KERIA GULA MELAKA

Assalamualaikum..Hollaaaa! Akhirnya kita berjaya juga membuat kuih keria gula melaka yang viral sangat ni. Tak perlu ke melaka dah kalau nak merasa kuih keria antarabangsa nih. Buat sendiri jauh lagi sedap rupanye..hehe! Resipinye walaupun mudah tapi agak renyah sikit terutamanye masa nak mengadun keledek dengan tepung tu. Rupanya keledek oren ni jenis berair sikit jadi kena pandai tambah tepung tu jangan sampai terlebih tepung pulak jadi tak sedap kuih tu nanti.Lepas ni nak cuba buat guna keledek putih pulak yang katanye lebih mudah sikit masa menguli denagn tepung tu nanti. Apa2 pun resipi ada pelbagai di internet..boleh ajer try yang mana2 pun. Kita ambil resipi di blogopsi.com oleh hani widianty. Alhamdulillah menjadi elok kuhnye. Mekaseh Hani berkongsi resipi kuih keria viral ni ye. So jom zaasss resipi yok!


Resipi kuih keria gula melaka

resipi asal - blogopsi
sumber - inahar's cooking time

700 gram keledek warna oren
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula melaka - hiris
1 camca besar gula pasir
1/4 cawan air
1 camca teh penuh baking powder - serbuk penaik
garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. kupas kulit keledek kaler oren kemudian dipotong kiub besar dan rebus kaledek tadi kemudian masukan garam dan biarkan hingga empuk. toskan dan lecek hingga halus. selepas tu biarkan sekejap hingga suam.

2. gaul tepung dengan baking powder dan masukan kedalam keledek yang telah di lecek tadi. gaul sebati sampai menjadi adunan yang lembut kemudian ketepikan.

3. sediakan dulang dan alas dengan plastik bersih, kemudian ambil sedikit adunan tadi bulat-bulatkan dan tekan sedikit biar leper. untuk membuat lubang ditengahnya cucukan dengan jari selepas tu kemaskan dan taruh diatas dulang tadi.

4. panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng terendam dan goreng kuih keria tadi hingga keemasan. bila sudah keemasan angkat dan toskan minyak.

5. dalam kuali tadi keluarkan semua minyak dan masukan gula melaka bersama air dan gula pasir. gunakan api sederhana dan kacau hingga gula larut. biarkan memasak hingga gula berwarna pekat dan berbuih.

6. masukan kuih keria tadi ke dalam gula larut dan gaul hingga larut. masa ini kuih keria akan melekat-lekat tapi takpe. terus memasak hingga gula meresap ke dalam kuih keria.

7. akhir sekali, terus memasak dengan api kecil dan bila kuih keria telah kering bolehlah matikan api dan angkat dan pisah-pisahkan kuih yang melekat tadi dan biarkan hingga sejuk. bila sudah sejuk kuih keria siap dihidangkan.


Wednesday, February 15, 2017

AYAM MASAK SAMBAL CILI PADI

Assalamualaikum semua..arini Pn Doc ingin berkongsi resipi ayam masak sambal cili padi yang sempoi lagi sedap. Feveret kami sekeluarga selain dari ayam masak merah. Lagi banyak cili padi yang dimasukkan dalam masakan ni lagi meletop la kejadiannye..hehe! Actuallynye kita tak tahan podeh tapi anak2 yang suka lauk pedas camni terpaksa la ibu ikutkan aje permintaan anak2 kan. Jadi jom kita zaass resipi mudah ini ye!


Ayam Goreng Sambal Cili Padi
Oleh:  Inahar's cooking time

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato buah - cincang dadu
Gula dan garam sesedap rasa
Sedikit air asam jawa

Bahan Kisar Kasar:

5-8 batang cili merah/hijau
10-15 tangkai cili padi - ikut suka
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan -optional
Sejemput ikan bilis


Cara cara:

Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga separuh atau 3/4 masak. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik minyak. Masukkan tomato cincang dadu, air asam jawa, gula dan garam. Tambah ayam yg telah digoreng tadi juga bawang besar yg dipotong bulat. Goreng hingga sambal agak pekat. Siap!



Friday, February 10, 2017

NASI LEMAK & SAMBAL UDANG PETAI


Assalamualaikum.. meh layan mata nasi lemak kita digandingkan dengan lauk sambal udang petai. Perghhh..memang enak banget!! Ikan bilis pula hanya digorengkan jer tanpa buat sambalnye. Sekali sekala makan nasi lemak cenggini memang sodap! Jom kita zaass resipinye ye!

RESIPI NASI LEMAK

bahan2
4 cawan beras
5 cawan santan
1 inci halia- hiris nipis
1 biji bawang besar dimayang
2 helai daun pandan
1 suduteh halba - optional
garam secukupnya

cara
Basuh beras dan toskan. Campurkan semua bahan2 diatas dan masak dalam ricecooker seperti biasa. Setelah masak gemburkan nasi dgn garpu @ chopstik. Biarkan sebentar dalam rice cooker. Hidang nasi dengan lauk sampingan ikut suka.

RESIPI SAMBAL UDANG PETAI

bahan
1/2 kg udang sederhana besar, buang kepala dan belah belakang, cuci dan goreng sebentar, angkat dan ketepikan.
isi petai secukupnye
3 ulas bawang putih ~ kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 tangkai cili merah ~ kisar
1 senduk cili giling @10-15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
2 inci belacan ~ kisar
1 labu bawang besar ~ hiris bulat
air asam jawa secukupnye
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

cara
Tumiskan bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan cili dan air asam, masak lagi hingga terbit minyak
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan udang, petai dan bawang hiris
Gaul rata dan sedia untuk di hidangkan.