Thursday, July 17, 2014

NASI MENTEGA KISMIS



 Assalamualaikum..syukur alhamdulillah..akhirnya dapatla juga kita memasak spesel sikit sempena cuti Nuzul Quran 2 hari lalu..kebetulan Adam pun dapat balik cuti dari asrama manakala Sri pulak dapat bercuti dari hospital..buat pengetahuan semua anakanda Sri sekarang duk di hospital rehabilitasi Cheras untuk menjalani rawatan fisioterapy sejak 3 minggu yang lalu..tetapi dibenarkan balik rumah setiap hujung minggu. Alhamdulillah banyak improvement yg kami nampak..her muscles strength bertambah kuat..insyaallah Sri akan pulih cepat hasil usaha pasukan rehab yg sgt bagus di hospital sana..syukran! okayla berbalik kepada menu spesel ni..kita sempat menyediakan nasi mentega kismis berserta lauk ayam masak merah, kari daging juga acar nenas..memang sengaja masak lebih juga utk di hantar ke asrama Abg Bani utk dijamu bersama2 rakan2 serumahnye seramai 12 orang..alhamdulillah seronok diorang dapat makan spesel utk berbuka..hehe! resipi nasi mentega ni dah ada kt blog ni tapi takper arini kita copy semula yek!

RESIPI NASI MENTEGA KISMIS
resipi asal - CMG
sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. 
5 cawan air
 
1 cawan susu sejat
 "IDEAL" 
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
 
2 camca besar mentega
 
Garam secukup rasa
 
1/3 cawan kismis


BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu 
2 ulas bawang putih, hiris
 
1 batang serai, dititik
 
1 helai daun pandan, disimpul
 
1 inci halia, hiris nipis
 
1 kulit kayu manis
 
1 kuntum bunga lawang
 
5 kuntum bunga cengkih
 
2 biji buah pelaga


BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..


 

Ni wajah terbaru anakanda Sri semasa dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras ..makin sihat & berseri-seri anak ibu kan! Cian anak ibu dok sorang2 di hospital sepanjang bulan ramadhan ni..takper yg penting ibu & ayah juga keluarga sentiasa mendoakan kesihatan Sri makin sihat dan dapat pulih dgn cepat..amiiinn! lebiuu!

Saturday, July 5, 2014

PULUT MANGGA

Assalamualaikum..baru nk tunjuk dessert utk berbuka puasa kami sekeluarga 2 hari lepas..taraaa..pulut mangga yg ohsem!! memang sedap woo..cuma tak berani nak makan banyak takut perut sebu angin lak..adoyaii! resipi sgt mudah..nak juga ker? okay sempoi jek haa..memula tanak pulut ngan santan & garam..kemudian untuk kuah santannya..masak santan dengan sedikit gula & garam pastu tambah sikit tepung jagung utk memekatkan kuah sedikit. Boleh juga ditambah daun pandan utk mengharumkan kuah tu..siap!! boleh dihidang bersama potongan buah mangga yang masak ranum..perghhhh!! mmg tak hengatt masa makan tu..huhuu!

Tuesday, July 1, 2014

RED VELVET CAKE


Assalamualaikum & Salam Ramadhan buat semua pengunjung yang beragama Islam. Orang lain sibuk tunjuk juadah berbuka puasa tapi Pn Doc nak minta maaf kerana hanya dapat berkongsi foto kek red velvet jer pulak..hehe!! Sebenarnya kami sekeluarga sempat  menyambut besday Kak Ayin yg ke 18 tahun hari sabtu yang lepas..celebrate awal seminggu kerana kebetulan Kak Ayin dapat balik bercuti dari UITM Segamat sempena menyambut ramadhan weekend baru ini. Pn Doc hanya dapat buat sebiji kek red velvet..itu pun menggunakan tepung premix yg di beli dari rakan lama di FB iaitu My Mom & Daughter"s Bakery. Memang moist & gebu kejadiannye..kalau uols berminat bolehla tengok di link kt atas tu..anyway..jom layan foto2 ni kay! (untuk resipi RVC boleh tgk di entry lama di sini)




Hanya nak berkongsi perkembangan anakanda Sri yang baru saja di masukkan ke Wad 2A Hospital Rehabilitasi Cheras semalam utk memulakan proses fisioterapinye..tak taula berapa lama Sri akan dok di hospital ni tapi masih dibenarkan pulang ke rumah setiap hujung minggu. Cian anak ibu terpaksa menjalani ibadah puasa di hospital. Apa2pun moga proses pemulihan Sri berjalan lancar dan Sri dapat kembali aktif seperti dulu..InsyaAllah..Amiinn!