Monday, April 28, 2014

LAMA MENYEPI..

Assalamualaikum..hollaaaaa!!! amboi kemain tajuk..sensasi la sangat..hehe! terlebih dahulu ku ingin memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama tidak menjenguk dapurku ini..alahai dah berhabuk bagai! as usual alasan Pn Doc semestinye tiada masa kan..alahai mmg betui pun..masa begitu mencemburui ku sekarang ini..sangat2 sibuk dengan kerja juga menguruskan anak2..banyak sangat perkara yg berlaku suka duka kepada keluarga kami..apapun ku tetap yakin bahawa ada hikmah disebalik setiap yang berlaku..insyaAllah! nak bercerita panjang pun tak sempat..jadi jomla kita layan foto2 kat bawah ni ye..







foto di atas semasa sibuk menguruskan anakanda kakayin ke kem PLKN Paya Indah Dengkil Selangor pada 7 april nan lalu..foto2 lain juga semasa melawat kakayin pada hari minggu yang lalu. Sebelum tu juga begitu sibuk menguruskan permohonan UPU kakayin..selepas ni nampak gaya terpaksa pulak uruskan utk penangguhan/pelepasan buat kakayin dari PLKN memandangkan dia berjaya meneruskan pengajian ke kolej matrikulasi yg akan bermula 26 mei nanti..alahai..apa2pun tahniah wat anakanda ayin!



Ni pula anakanda Sri yang terpaksa dimasukkan ke wad neurosurgeri HKL pada minggu lepas. Sri memang mempunyai masalah tulang belakang bengkok sejak lahir iaitu congenital scoliosis juga syringomyelia yg menyebabkan saraf tunjangnye membengkak dgn air. Sebelum ini pernah menjalani pembedahan saraftunjang pada tahun 2006 semasa umurnye 6 tahun. Sejak 3 bulan yang lalu..Sri mulai mengalami masalah sakit juga lemah kedua kaki hingga menyukarkan dia utk berjalan..terpaksa kami membawa  dia keluar dari asrama dan terpaksa MC sekolah sejak daripada itu. Sri juga sekarang terpaksa menggunakan walking stick (tongkat) utk berjalan kerana masalahnye itu. Sekarang kami sedang menanti doktor pakar review result MRI Sri sebelum dapat melakukan pembedahan saraf tunjang ke atasnye dalam waktu terdekat..moga anakanda Sri tabah & kuat menghadapi dugaan ini ye nak..ibu & ayah sentiasa mendoakan supaya anakanda dapat kembali sihat seperti dahulu dan dapat kembali bersekolah sepeti biasa..insyallah! Amiin..Jutaan terimakasih diucapkan buat semua ahli keluarga juga teman2 yg tidak henti2 memberi sokongan kepada kami juga mendoakan utk kesembuhan anakanda Sri..we really appreciate all of your thoughts & prayers..Semoga kita semua dirahmati olehNya sentiasa..Amiinn..Ya Rabbal Alamiinn! Love uollss!!!