Friday, July 17, 2020

AYAM MASAK KICAP



Assalamualaikum.. Okayla arini saje nak tunjuk menu ayam masak kicap yang sempoi..resipi rasanya semua orang tahukan tapi saje jer kita nak juga letak resipinye di sini sebagai panduan untuk mereka yang baru berjinak2 di alam masak-memasak ni kan..hehe! Jom zaass  resipi yang mudah ni.. 

RESIPI AYAM MASAK KICAP 

resipi - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong sederhana kecil ikut suka- cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili hijau/cili merah - potong serong (cili padi jika suka)

3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia - hiris nipis
1/3 cawan kicap manis

2 sudu besar sos tiram
1 camca besar serbuk lada hitam@tumbuk kasar 
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang

sedikit cuka
air secukupnya
Hirisan daun bawang/ketumbar untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam, perap sebentar dan goreng secukup masak sahaja(jangan terlalu garing).



  2. Gunakan 2-3 sudu besar minyak menggoreng ayam tadi untuk menumis bawang, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos tiram, lada hitam dan ayam. Gaul rata.Tambah kicap juga air secukupnya dan gaul rata. Masak hingga pekat.



  3. Tambah cuka,bawang besar dan cili potong , gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah ikut kegemaran memasing ye. Matikan api dan alihke  dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang/ketumbar sebelum dihidangkan...Siap.
  4. Thursday, July 16, 2020

    AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA


    Assalamualaikum..taraa! Ni ayam goreng pedas ala korea oleh mrhubby untuk family tercinta. Tenkiu sayang! Actually ni ayam goreng pedas perisa yang dah dimelayukan sebab mrhubby tak gemar nak tambah sos gochujang tu..patu bijan pulak digantikan dengan kacang gajus ditumbuk kasar sbg garnishing. So jom kita zaas resepinye yok!

    Ayam goreng pedas ala korea
    Sumber - inahar's cooking time

    BAHAN-BAHAN:

    Bahan-bahan Perapan Ayam:

    10 ketul chicken wing
    Sedikit halia ditumbuk
    Lada Hitam
    Lada Sulah
    Garam secukup rasa
    Tepung jagung


    CARA-CARA MENYEDIAKAN  


    Ayam dicuci bersih dan ditos supaya tidak berair. Perapkan seketika ayam dengan halia, lada hitam, lada sulah dan garam. Salutkan ayam dengan tepung jagung sebelum digoreng (lumur tepung di semua bahagian ayam untuk dapat kerangupan sekata). Goreng dalam minyak yang banyak agar masak sekata. Lakukan gorengan ayam ni sebanyak 2 x supaya lagi rangup. 

    Bahan-bahan sos :


    Sedikit bawang putih dan halia - ditumbuk halus
    2-3sudubesar cili giling (ikut kepedasan digemari)
    1 sudubesar sos tiram
    Madu
    Gula dan garam secukup rasa
    Sedikit cuka atau jus lemon
    Kacang gajus disangai dulu dan di tumbuk kasar. (Untuk gantikan bijan- mrhubby tak suka bijan)
    Minyak utk menumis


    CARA-CARA MENYEDIAKAN

    Tumiskan bawang putih dan halia dulu kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram, madu, cuka, gula dan garam. Masak sampai pekat sedikit (likat). Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sekata salutan sira pd ayam. Tutup api dan masukkan biji gajus tadi dan kacau rata pada ayam. Taraaa siap!


    Tuesday, July 14, 2020

    NASI LEMAK HALBA


    Assalamualaikum..masih dgn entry tertunggak ye kengkawan..hihi! Jangan marah ek. Menu nasi lemak halba berlaukkan sambal udang dan ayam goreng ala kfc bestari. Alhamdulillah. Jom kita semak resepi yok!

    RESIPI NASI LEMAK HALBA
    sumber: inahar's cooking time


    Bahan2:


    4 Cawan beras-leh guna basmathi gak tp kita guna beras siam wangi
    5 cawan santan

    1 inci halia
    -hiris nipis
    1 biji bawang besar di mayang

    2 helai daun pandan

    1 sudu besar halba

    garam secukupnya

    perisa-optional


    cara2:

    1. basuh beras dan toskan
    2. campurkan semua bahan2 di atas dan masak dlm ricecooker mcm biasa
    3. setelah kering , gemburkan nasi dgn garpu @ copstik. biarkan sebentar dlm rice cooker.
    4.hidang nasi dgn lauk sampingan ikut suka.

    Monday, July 13, 2020

    KURMA AYAM & TELUR

    Assalamualaikum.. lagi sekali kita kongsikan resipi kurma ayam yg enak ni. Resepi dari blog Amie's little kitchen ni mmg sedap dan agak mudah juga penyediaannye. Sebenarnya ni adalah entry tertunggak yang dimasak beberapa minggu yg lalu..hihi! lauk kurma ayam ni kita masak minggu sebelumnya dan kita freezerkan lebihan lauk tu. Jadinye kita tinggal perangatkan ia balik dan tambah telur rebus sekali ke dalam kurma tu. Alhamdulillah sedap banget! Kita cnp lagi resepi dari blog Amie ye..macehh Amie for the recipe. Jom kita zaass resepinye yok!

    Resepi Kurma Ayam 

    resipi asal - Che Jah 
    sumber 1 - Amie's little kitchen 
    sumber 2 - inahar's cooking time

    Bahan-bahan: 
    800 gram daging ayam - potong 8 
    3 biji kentang - belah 2 
    3 sudu makan rempah kurma 
    200ml santan 
    segenggam daun pudina 
    3 biji cili hijau - belah 2 
    1 biji limau nipis - ambil jusnya 
    sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin
    garam / gula / perasa pilihan
    Bahan tumbuk halus / kisar : 
    5 biji bawang merah 
    3 ulas bawang putih 
    2cm halia 
    sejemput  jintan manis - 1/2 sudu makan
    sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan 
    sejemput buah pelaga - 3-4 biji 
    1 batang kulit kayu manis - 3cm 
    bunga cengkih - 3-4 biji 
    2 kuntum bunga lawang

    Cara: 
    1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin. 
    2. Tumis bahan kisar hingga wangi. 
    3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan. 
    4. Masukkan daging ayam bersama kentang. masak hingga empuk. 
    5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat. 
    6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina. Perlahankan api supaya terbit minyak. 
    7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.

    Sunday, July 12, 2020

    UDANG MASAK BEREMPAH


    Assalamualaikum..kembali ketemu semua! Alhamdulillah..arini nak share resepi udang masak berempah ni jer..mudah dan sodap! jom zaass resepinye yok!

    RESIPI UDANG BEREMPAH
    Sumber - inahar's cooking time

    Bahan-bahan :

    • 300 g udang
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 sb serbuk kari
    • 1 sb serbuk cili / cili kisar
    • 1 sk serbuk ketumbar
    • 1/2 sk serbuk lada hitam
    • 1 labu bawang besar (dimayang)
    • 2 biji bawang merah (dihiris)
    • 1 ulas bawang putih (dicincang)
    • 1 cm halia (dicincang)
    • 4 sb santan pekat / susu cair
    • garam dan gula secukup rasa
    • 1 sb sos tomato
    • 1 biji hirisan cili merah
    1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
    2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
    3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
    4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
    5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan udang, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)