Monday, February 24, 2025

POPIA BIG MAC PADU


 Assalamualaikum..ehh kita pun terjebak dgn menu popia big mac yg viral sekarang nih ye. Mudah jer buatnya..rasa pun memang sedap sangat! Jom kita zaass resepinya yok..


Resipi Popia Big Mac
Sumber - inahar's cooking time
Ig drinahar

Bahan-bahan inti big mac:
Daging kisar
Bawang merah - potong dadu kecil
Serbuk bawang putih (boleh guna garlic biasa)
Serbuk paprika
Serbuk lada hitam
Garam
Perisa (optional)
Cheese slices

Cara-cara penyediaan inti popia:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah itu, masukkan bawang merah.
Tumis bawang ini dengan api sederhana sehingga naik bau harum.
Kemudian masukkan daging kisar ke dalam kuali.
Tambahkan serbuk bawang putih, paprika, lada hitam, garam dan perisa secukupnya untuk memberi rasa pada daging.
Biarkan sehingga masak dan ketepikan.

Bahan-bahan sos:
Mayonis
Sos mustard
Sos cili
Sos tomato
Sedikit serbuk paprika (optional)
Sedikit serbuk bawang putih (optional)
Bawang holland - potong halus
Gherkin Pickles/jeruk - potong halus

Cara-cara penyediaan sos:
Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati.
Ambil kulit popia, letakkan cheese slice (boleh guna sekeping or half slice) inti daging, dan sos.
Gulung dan goreng popia Big Mac sehingga keperangan atau masak sepenuhnya.

Friday, February 14, 2025

Siakap Goreng Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis


Assalamualaikum..arini kita nak share menu istimewa iaitu Ikan Siakap Goreng bersama Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis. Ni semua sebab aritu ada pergi dinner kt Cabe Rawit Restaurant Setapak..try order menu ni ..mak aiihh sedap gilers lauk ni di makan dgn nasi pepanas mmg de bomb! So sebab takleh moveon lagi, masih teringat2 keenakannnya maka kita pun cuba ler masak lauk camnih di rumah ikut resepi sendiri la kan..fuhhh malas nk komen lah. Yg penting korang wajib cuba la ye resepi ni. Jom layann yok!

SIAKAP GORENG SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS
sumber : inahar's cooking time
Bahan-bahan :
Ikan Siakap - cuci bersih, gaul garam kunyit dan salutkan dgn taburan tepung jagung dan goreng.
1 cawan ikan bilis- digoreng garing dahulu
3-4 sudu besar tempoyak
4 ulas bawang merah (di tumbuk/kisar)
2 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
5 biji cili merah + 10-12 biji cili padi(di tumbuk/kisar)
sejemput ikan bilis utk di tumbuk/kisar sekali bersama bawang & cili
1 batang serai (dititik)
Petai secukupnya - ikut suka banyak mana
Garam
Gula
Cara-cara :
Masukkan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk/kisar serta serai.
Kemudian masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati. Boleh tambah air sedikit jika perlu.
Akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Tuangkan sambal tempoyak yg telah masak ke atas ikan siakap yg siap di goreng tadi. Tabur lagi ikan bilis goreng atasnya. Biar ada rasa crunchy2 masa makan tu.
Hidangkan , dan makan dengan nasi panas-panas. Wallaa..

Friday, January 17, 2025

Ayam Masak Lemak Cili Api


Assalamualaikum..pekabo semua? Lama kita tak bersiarankan? Ok arini kita nak share menu minggu lepas iaitu ayam masak lemak cili api utk dinner kami. Resepi stail kita la masak secara tumis. Jom zaas resepinya yok!


RESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI API
sumber : inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam- potong sederhana kecil
3 biji kentang- belah 4
1 keping asam gelugor
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
800-1000 ml santan (secukupnya)
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
10-15 biji cili padi (ikut kepedasan yg disukai)


Cara:
Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar serta serai hingga naik bau. Masukkan ayam ke dalam periuk dan gaul rata. Masak sekejap hingga ayam berubah warna, kemudian tuang santan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah kentang dan masukkan kiub pati ayam. Kacau dan masak hingga kentang dan ayam empuk.
Masukkan asam gelugor, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masukkan daun kunyit dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sentiasa. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api.Siap utk dihidang bersama nasi putih juga lauk2 lain.