Monday, April 8, 2013

TUNA CHEESE PRATHA ROLL


Assalamualaikum semua..arini kita masak sempoi jek wat lunch iaitu tuna cheese pratha roll..senang juga mengenyangkan..anak2 pun suker!!  jom layan resipi..

Resipi Tuna cheese pratha roll

Bahan:
4 keping pratha jenama kawan
inti tuna-resipi dibawah
cheese slice secukupnya
1 biji telur-utk sapuan atas pratha roll
1 camca besar mentega, dicairkan

resipi inti tuna :
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam kisar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan untuk inti tuna dan kacau rata dan ketepikan
  2. Keluarkan pratha dari freezer. ambil sekeping letak diatas pinggan. kemudian letakkan sekeping slice cheese diatas roti pratha tadi diikuti dengan inti tuna ditasnya.
  3. Gulung roti pratha tadi dengan kemas serta kemaskan juga kedua2 hujungnya. Ulang proses ini hingga siap kesemua keping roti pratha tadi. Susunkan di atas dulang pembakar yg telah disapu mentega. Buat garisan tidak putus diatas roll kemudian sapukan telur keatasnya.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Sedap dimakan semasa panas utk merasai lelehan cheesenya!!

21 comments:

tun_telani said...

simple dan sedap! td nmpk juga roti paratha, tp x terbeli sbb konon2 nk diet. hihi

inahar ali said...

tun..mmg sedap sekali sekala mamam pratha apa salahnyakan..hehe!

Mori Said said...

tq inahar for sharing nie... tengah mancari idea nak masak nie.. izin kan I cp yer...

JaSSNaNi said...

pernah wat.. sedappppp!!!

NEKCIK said...

Salam doc..mesti cuba ni..sempoi n yummy

inahar ali said...

mori..welkam..try jangan tak try ye..hehe!

inahar ali said...

jassnani..mmg sedap & mudah dibuatkan!

inahar ali said...

nekcik..mmg mesti cuba kak..sebab sgt mudah & sedap!

Unknown said...

Ni kesukaan akk juga ni. Td dah tgk kat insta...
Tukar sadin pun boleh kot Dr?

Chah said...

Sedap nih..anytime je boleh ngap...breakie brunch ke lunch semua on kan....

inahar ali said...

zana..iye leh tukor ngan sardin pun sodaap gak! inti telur jer pun dh okay banget..hehe!

inahar ali said...

chah..semua waktu pun on..lelagi kalu pewut kata on..hahaha!!

Unknown said...

wah senangnye..sedap plak ye..mesti di cuba gitu...

inahar ali said...

zila..senang sgt..cuba jgn x cuba ye!

Sue @ Nenie said...

Assalamualikum Kak..Gud idea..asyik2 roti paratha tu bakar cicah kari jeee..elok gak sesekali ubah selera macam ni...

cikmanggis said...

simple n sedap.Jika ada tetamu datang mengejut boleh hidang prata roll ni :)

Rohah said...

Aduh kak, tak tahan tengok..

Ben said...
This comment has been removed by the author.
inahar ali said...

sue..betui tu kan! mkn cenggini pun x muak kan!

inahar ali said...

cikmanggis..pratha roll ni sekejapan jek watnye kak..mmg sempoi & sedap!

inahar ali said...

rohah..kalu x tahan cepat pi dapur..operasi pratha roll nih..hehe!