Wednesday, February 16, 2011

MACARONI GORENG

Salam..arini kita lunch menu sempoi..macaroni goreng jerr! anak2 pun suker..senang keje ibu..hehe!

RESIPI MACARONI GORENG
sumber: inahar's cooking time

Bahan2nye:

500 g macaroni
300 g daging kisar

sotong secukupnye )
udang sederhana besar) x letak sbb no stock
1-2 biji bawang besar, potong dadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji tomato, dadu kecil
mixed vege secukupnye
3-4 camca besar cili kisar (ikut kepedasan yg disukai)
1/3 botol besar tomato sos kimball

2 camca besar sos tiram
1 kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :

  1. Rebus macaroni hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam. Udang & sotong yg telah disiang di cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali (guna minyak masak biasa pun ok). Tumis bawang besar dan putih hingga perang, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah tomato dadu dan masak hingga layu.masukkan daging kisar dan goreng lagi.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kiub ayam (hancurkan), kacau rata dan masukkan sotong dan udang. boleh tambah air sedikit jika pekat sangat. Masukkn gula & garam secukupnye.
  4. Masukkan macaroni , gaul rata dan masukkan mixed vege. Gaul rata2. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Siap utk dihidangkan!

8 comments:

Sizuka said...

k.ina,

nak sikit! nanti bila k.ina pegi keje, bawak sikit dalam tupperware ye. nanti i pegi ambik kat klinik.. hehehhe.. boleh hancus diet camni :d

Wattie said...

Salam doc,
Wallaaa semalam cheese cake hari ni lak pasta, menu mat salleh belaka ni, maih tukaq ngan pizza...ok kot...

Wanieyra said...

tak pe kak..yang penting kita nak rasa gak

Naz said...

Salam kak Ina..
Akak ni kan, dalam sibuk2 nengok patient, sempat masak itu ini yek..Rajin lah..
Kak, klinik akak di mana di KL tu..Kot2la masa gi Kl rasa2 cam kene jumpa doc , boleh g klinik akak..Dapat diskaun tak?hehehe..

Mas said...

sedappnya tengok macaroni goreng kak ina ni...
tapi kan, mas tak reti makan la...he..he..

Anie said...

Kak Ina,

Best ni macaroni goreng, cepat dimasak sedap dimakan. Lagi2 kalau extra pedas...nyamannya :D

cikmanggis said...

resepi yg simple tapi sedap:)selalunya cm bubuh udang.nanti nak cuba bubuk daging kisar pulak.Nampak sungguh sedap.

Cik Moon said...

perghh..mmg sedap klu makan macaroni goreng..hehe