Tuesday, February 1, 2011

CHICKEN MUSHROOM SOUP aka CARBONARA SAUCE





Salam petang wat semua ye..si sri dh berapa hari minta ibunye watkan spagheti carbonara..memandangkan kita pun teringin nk makan garlic bread so kita pun bantai wat carbonara sauce tu ala chicken mushroom soup..kiranye 2 in 1 laa..hahaha! mmg pun sbb kalu perhatikan resipi carbonara sos tu lbhkurang jek sama ngan mushroom soup kan..jadi arini dapatla mamam menu western pasta carbonara (guna macaroni sbb xder stok spagheti kt umah) ngan garlic bread wif chicken mushroom soup...alhamdulillah!! dulu pernah wat mushroom soup resipi kt sini tp arini kita wat simple xyah blender pun adunan sup tuh..masak mcm sos biasa ajer! jom zaas resipi nye...

CHICKEN MUSHROOM SOUP


Bahan-bahan
  • 1/2 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
  • 250ml susu segar (boleh juga guna cream utk lbh creamy)
  • 750ml air atau lebih.
  • 1/2 mangkuk isi ayam potong dadu secukupnye
  • 1-2 ketul kiub pati ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis@cincang
  • 2 sudu besar butter
  • 1-2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada itam
  • 1 sudu teh daun parsley kering
  • sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
  • garam sedikit
  • perisa
  • parmesan cheese atau sliced cheese-optional
Cara-cara

Panaskan butter kemudian tumis bawang besar & bawang putih bg layu sikit kemudian taruh cendawan serta isi ayam. tumis sekejap pastu masukkan tepung dan kacau cepat. Masukkan susu dan air serta kacau supaya tidak bergentel. Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. siap dan boleh la dihidangkan bersama garlic bread,pasta atau lain2 pilihan.

RESIPI GARLIC BREAD

roti perancis/roti biasa
2 camca besar mentega
*
2 ulas bawang putih, diparut
*
1 camca teh cincangan parsley
*(*disatukan dan kacau rata2)

Hiris roti secara menyerong setebal 3/4 inci. Sapu setiap satu hirisan roti dengan campuran mentega tadi (sapu satu bahagian saja..), buat hingga siap. Dengan api perlahan, panaskan non-stick frying pan dan panggang roti tadi sehingga kuning keemasan. Lakukan kaedah sama dengan baki roti tadi hingga habis. Hidangkan bersama mushroom soup....selamat mencuba....

7 comments:

Mas said...

sedapnya kak ina..nak join sekaki bolehh..he..he..

Nieza said...

assalam kak ina, wah ni lagi best my fav ni...pasta dan garlic bread tu saya suka...adehh terliur dh ni..hehe

kak Erna said...

as salam doc ina..
memang masuk list..
cuti2 CNY ni..nak buat jugak..nak cuba masakan western pulak..asek masak lomak cili api aje kan..kita ubah selera pulak..

cikmanggis said...

dah lama tak makan makanan ala ala barat ni:) sekali sekala tukar selera mak salleh sedap jugak.Nampak menu yang inahar tayang ni sangat yummy:)

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Kak Ina, hru doing? Dah lama tak buat pasta2 like this. Looks super yummy ;)

inahar ali said...

mas..nk join sekaki je ke?? nnti jatuh lak..hehe!

nieza..senang benor membuatnye..cepat stat operasi dapur tu haa..hehe!

kakerna..betuila kak..sekali2 tukor selera mmg bestkan!

cikmanggis..betul tu cm..sekali sekala tukor selera..no hal punyer..anak2 pun suker!

love..homemade food is always yummy!

LatioLady said...

kak, salam di ptg ahad. bestnya..nak masaklah..semua bhn dah ada yg tak ada tuh je..pasta. sy copypes resepinya ye..nnt dah siap msak sy letak kat blog. thanks akak..muahsss