Assalamuaalaikum..baru nk tayang menu semalam..hehe! gulai ayam jus tomato ni hasil skodeng resipi kak hanieliza..alhamdulillah mmg sedap! mekaceh kak liza..izinkan saya kongsikan resipi ni kt sini ye..muaahh!
RESIPI GULAI AYAM JUS TOMATO resepi asal - chef hanieliza sumber - inahar's cooking time Bahan-bahan |
500 ayam 2 s/b rempah kari ayam [bancuh dgn sikit air] 3 biji buah tomato ] 1 cawan air ] mesinkan 2 biji kentang [potong kecil] sedikit carrot [ potong kecil] 3 s/b minyak garam gula Bahan Hiris 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 cm halia Bahan Tumis 1 pelepah daun kari 2 cm kulit kayu manis 2 kuntum buah pelaga 1 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih |
Cara Memasak |
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan bahan hiris sehingga wangi dan garing. 3, Masukkan rempah kari dan kacau rata. 4. Bila sudah naik minyak amsukkan tomato yg dimesinkan. Kacau rata dan biarkan mendideh dan pekat. 5. Masukkan garam dan gula sikit. Perlahankan api dan bairkan naik minyak. 6. Hidangkan dengan nasi atau roti. |