Thursday, January 31, 2013

GALLE ROTI CAFE @ T.MELAWATI


Assalamualaikum..alhamdulillah hari isnin malam aritu..sempat kami pergi makan2 di Galle Roti Cafe di Tmn Melawati utk meraikan Sri di malam terakhir sri  bersama keluarga tersayang sebelum dihantar mendaftar ke SBI keesokkan harinya..pestaim makan di sini..plan nak makan western kt Mustafa Jones cafe disebelahnya tp tutup lak so kami pun masuk ke restoran Galle Roti ni utk mencuba makanan di sini pula,,tempatnya luas dan cosy..macam2 menu asian & western ada ..harga agak mahal tp rasa makanan okayla..boleh tahan..
Jom layan foto2 kt bawah ni...




ruang cafe yg cantik dan luas

menu2 yg kami oder aritu...taraaaaaa!

cheezy nachos RM9.90+

Kway teow penang..tak ingat harga pulak..

spagheti bolognese RM 18.90

Chicken egg sizzling yee mee RM8.90 (harga promosi)

FISH & CHIPS RM 19.90

Sizzling Lamb Chop RM32.90 (harga promosi)

spagheti carbonara yg sedap..sri suka sgt..harga RM17.90

dessert kitorang..rainbow cake wif buttercream..Boleh tahan la rasanya. rm8.90/slice
(ada gak red velvet cake, cheesecream carrot cake,cream brulee & puding karemel)

So kepada sesiapa yg ingin berkunjung ke sini lokasinye terletak di bangunan baru dibelakang Sapura Kristal Restaurant @ Tmn Melawati.

Wednesday, January 30, 2013

ANAKANDA SRI KE SEKOLAH BARU..


Assalamualaikum..amboi lama banget Pn doc tak bersiaran ye..ada yg rindu ker??hehe..actually nya kita sgt bizi sejak naik tahun baru aritu menguruskan macam2 hal termasukla menguruskan kemasukan anakandaku Sri yang telah berjaya ke tingkatan satu disekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Bina Insan (SBI). Syukur alhamdulillah Sri berjaya utk menyambung pelajaran ke SBI ni iaitu sebuah sekolah menengah agama berintegrasikan sains tahfiz yg terletak di dlm kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi. Ia adalah sekolah yg baru saja memulakan pengambilan pelajar tahun 2013 ni..sekolah terbaru dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS/JAIS). Moga anak ibu tabah menjalani kehidupan baru di SBI ni..harapan ibu moga sekolah ni berjaya mencapai visinye utk melahirkan insan2 yg berilmu dan berakhlak berteraskan Al-Quran & Sunnah juga melahirkan pemimpin masa depan yg mempunyai asas yg kuat dalam pendidikan Islam, bersahsiah tinggi serta penghafaz Al-Quran..serta berjaya dunia dan akhirat..insyaallah! amin.. So jom kita lihat foto2 yg sempat diambil masa pendaftaran di SBI semalam..
ni bangunan sekolah SBI terletak dihujung kampus KUIS


 
Asrama perempuan setinggi 4 tingkat ..bangunan tinggi kt belakang tu (foto atas) adalah bangunan asrama utk pelajar2 KUIS

 Sri yg tiada langsung riak sedih di sekolah baru..malah asik tersenyum..ibu lak yg lebih2 menitiskan airmata masa nk berpisah tu..huhu!

okay kt bawah ni foto2 sekitar KUIS yg sgt indah pemandangannya..

Masjid Al-Azhar KUIS yg tersergam indah di tengah2 kampus KUIS


 Pemandangan tasik yg cantik..tempat menjalani rekreasi dan merehat kan minda..


Saturday, December 29, 2012

PEPPER LUNCH STEAKHOUSE @ SUNWAY PYRAMID

Assalamualaikum..baru nk updet citer jenjalan di sunway pyramid krismas aritu..sajer nk bawa anak2 main ice skating tp foto lupa nk snap masa tgh skating tu..hehe!! lihatla betapa meriah & cantiknya suasana krismas di sunway pyramid..kan..kan!

Tapi sebenarnye Pn Doc nk citer psl makan2 kami di Pepper Lunch Cafe di sana.. mmg unik dan best sangat..pestaim masuk makan di sini..ia adalah sebuah restaurant tepan DIY fastfood steakhouse outlet dari Jepun berkongsepkan sizzling meal served on special iron hotplate dan terdiri dari pelbagai pepper steak menu hingga ke nasi & pasta. Paling menarik makanan yg dihidangkan bersama daging/ayam/seafood yg masih mentah didlm hotplate dan pelanggan sendiri get to grill our own food in the hotplate.Harga makanan mmg agak mahal tp kira ok laa dgn portion makanan yg besar dan banyak serta sangat sedap..jom kita tgk foto dibawah..

 beef pepper rice set

 curry beef pepper rice with cheese set
 spagheti aglio olio yg diserved bersama seaweed..

korang boleh tengokkan daging serta seafood tu masih mentah tp setelah dikacau laju2 atas plate tu bersama sos yg disediakan(cara masak ikut step by step menurut slip panduan yg disertakan)..tak sampai seminit pun..masak dah daging tu semua..ikut suka laa kita nak makan well done ker atau hangit ker..ikut tekak memasing..sizzle it ur way..hehe!


ni laa rupanya makanan yg telah di kacau dan masak sempurna..perghhhh!! sedaap uu..tasty & fun!
so kalu korang teringin nk menerai makanan disini..bolehlaa datang ke sunway pyramid atau Pavillion kl & serta cawangan express counter di Midvalley megamall, KLCC & 1 Utama..cuba jangan tak cuba ek..Daaaaaa!!

Monday, December 24, 2012

CHOCOLATE CAKE..VERY THE BEST ONE!!



Assalamualaikum..moga semuanye sihat ceria dipagi isnin nih..
Pn. Doc tak berkeje arini jadi sempat la memblogkan diri jap nk tunjuk kek cekelat yg dibuat beberapa hari yg lepas..perghhhhh..mmg terbaekk..very the moist one giteww!! resipi ni kita adjust dari resipi kek coklat beryogurt yg ada kt sini..so ikut suker uolls laa nk ikut resipi yg mana satu..dua2 pun sodaap banget..the best one!! so jom zaaaass resipi!

MOIST CHOCOLATE CAKE
sumber - inahar's cooking time

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
  • 13/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor 
  • 1 cawan cocoa powder- kita guna chocolate powder 3/4 cawan jer
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 tsp baking powder*
  • 1 tsp baking soda*
  • 3 biji telur
  • 1 cawan buttermilk (boleh juga ganti ngan yogurt)
  • 1 cawan corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp garam,
  • 1 cawan air biasa (boleh juga dicampur 1suduteh nescafe ngan 1 caw air panas)
Cara Membuatnya:
  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan.
  3. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 hingga 60 minit bergantung kpd oven memasing ye .


Bahan Topping/Ganache:-
  • 300 gm dark chocolate compaund (guna jenama beryl's)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150ml susu segar
  • sedikit butter     

    Semua bahan diatas dimasak atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat. sejukkan sedikit sebelum dihias atas kek.




Friday, December 21, 2012

NASI GORENG IKAN


Assalamualaikum..arini nk tayang nasi goreng ikan wat malam semalam..dh abiss pun..hehe! nasi goreng yg ditambah ngan isi ikan goreng belen lauk semalamnya mmg best..anak2 pun suker sgt! resipi senang banget..dh ada kt sini tp xper Pn. doc cnp semula ye.. meh kita semak resipinye..

RESIPI NASI GORENG IKAN
sumber - inahar's cooking time

Bahan2:

semangkuk besar nasi 
1 biji bawang besar
 
3 biji bawang putih
 
lada hidup + cili padi (bnyk ikut suker)

belacan sebesar ibu jari
 
segenggam kecil ikan bilis

ikan goreng-perisikan/carik2an-x perlu halus sgt!
3 biji telur

sedikit sayur eg kacang panjang /kobis ikut suker
garam 
perisa
 
minyak secukupnya


cara2:

kisar bawang besar.bawang putih,cili,belacan & ikan bilis. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau. kemudian masukkan isi ikan dan tumis lagi. tambah telur, garam,perisa dan goreng lagi. akhir sekali masukkan nasi & sayur kacang panjang dan goreng sampai sebati & rata. siap!