RESIPI BLACKPEPPER LAMB CHOP
resipi - inahar's cooking time
Bahan :
6 kpg daging kambing
4-5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ lagi sedap yang baru tumbuk/kisar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang(boleh juga taruh madu)
sesudu kecil mixherbs kering - rosemary, thyme, oregano
2 sudu besar minyak
butter secukupnya - utk memanggang
Cara:
Gaul kesemua bahan dan lumurkan dgn rata pada daging kambing.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lagi lama lagi baik)
Panaskan grill pan atau nonstick pan dgn api sederhana kecil.
Panggang daging dgn sedikit butter lebihkurang 8-10 minit sebelum dibalikkan dan panggang hingga masak.
Angkat dan hidangkan bersama sos digemari, mashed potato, salad potato, daun salad segar beserta tomato ceri , baked bean juga roti (ikut side dishes yg digemari)
RESIPI BLACKPEPPER SAUCE
2 sudu besar minyak
butter secukupnya - utk memanggang
Cara:
Gaul kesemua bahan dan lumurkan dgn rata pada daging kambing.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lagi lama lagi baik)
Panaskan grill pan atau nonstick pan dgn api sederhana kecil.
Panggang daging dgn sedikit butter lebihkurang 8-10 minit sebelum dibalikkan dan panggang hingga masak.
Angkat dan hidangkan bersama sos digemari, mashed potato, salad potato, daun salad segar beserta tomato ceri , baked bean juga roti (ikut side dishes yg digemari)
RESIPI BLACKPEPPER SAUCE
resipi asal - Mimi
sumber - inahar's cooking time
2 biji bawang holland
5-6 biji bawang putih
100 gm lada hitam- dikisar kasar
3 helai bay leaves- dikisar bersama lada hitam
300 gm brown sauce powder (demi glaze) - jenama knorr (kita beli di pasar besar NSK)
1 senduk krim (kita guna susu segar)
air secukupnya
sedikit gula (kita tambah)
sedikit gula (kita tambah)
minyak zaitun/butter utk menumis
Tumis bawang holland & bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan serbuk brown sauce juga air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan krim/susu. Masak hingga pekat. Boleh tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak hingga mendidih.
*resipi ni menghasilkan sos yg banyak. Boleh adjust sendiri utk seberapa amaun sos yg dikehendaki. Boleh disimpan ke dalam peti ais. Bila sejuk ia akan memekat jadi tambahkan air secukupnye bila hendak dimasak semula.
RESIPI MASHED POTATO
6 biji ubi kentang-kupas kulit & di potong dadu kemudian rebus hingga empuk.Toskan
2 sudu besar butter
sedikit susu segar
sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
sedikit mayonaise
garam secukup rasa
Lecekkan semua bahan diatas semasa kentang panas2 lagi. Lecek hingga rata & smooth. Siap mashed potato. Boleh dihidang bersama sos lada hitam.
RESIPI SALAD POTATO
bahan-bahan:
ubi kentang- potong kiub kemudian rebus hingga empuk (jangan terlalu empuk). tos kering
mayonaise
jus perahan lemon/limau nipis
sedikit serbuk lada hitam
daun bawang-potong halus
garam secukup rasa
serbuk perisa ayam knorr (optional)
cara:
Campurkan segala bahan diatas kecuali kentang sbg dressing. Kemudian masukkan kentang yang telah ditos tadi. Gaul rata. Siap dan bolehlah dimakan terus atau dimasukkan ke dlm petiais sebelum dinikmati. Selamat mencuba ya!
5 comments:
Daging kambing beli kat mana Doc! sebab saya pernah beli di Giant... tak tahan baunya kuat sangat!
TAHNIAH! untuk abg Bani tu!
akak buat saya teringin pulak nak makan lamb chop.
Ksweetie..sy beli di pasar besar NSK selayang..pastu cuci ngan tepung n asam jawa..mmg hilang segala bau..hehe!
Adda..cuba la resipi ni insyaallah sedap!
Ina,aku baru je follow blog ni.. Kira bila search p.cik Google.. Blog ni ada kat no 3.. Okey ape.. Aku nak jadi kan menu pada warung aku ni.. Nampak simple je buatnya.apa2 hal nanti aku try dulu..
Post a Comment