Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Tuesday, April 4, 2023

Bread & Butter Pudding


Assalamualikum..jom berdessert pulak dengan Bread & butter pudding ni yang menjadi kesukaan seisi keluarga. This is a keeper recipe and korang wajib try ye. Pudding ni hanya dimakan bersama fruit koktel jer. Tak buat sos kastad pun sebab puding roti ni pun dah cukup lemak berkrim.. So maman dgn sos koktel pun dah okay..cukup masam manis nye dah. Nyum..nyum..nyum. Alhamdulillah..jom kita zaas resepinye yok..

RESEPI BREAD & BUTTER PUDDING
sumber: inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN2 NYA:
10 keping roti gardenia
500 ml susu uht@ fresh milk
300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
50 gm raisins
sedikit potongan nenas tin (tak letak kali ni- boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)
Mentega (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla


Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath (letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2)

Hasilnya amat memuaskan hati sbb rasanya yg tidak begitu manis dan sangat lembut lembap texturenya ala2 caramel puding. Sangat enak dimakan bersama aiskrim dan fruit cocktail..mmm yummy!
Dibawah ni kita sertakan juga resepi sos kastad untuk rujukan bagi mereka yang gemarkan makan puding ni bersama sos kastad

Untuk Sos Kastad Koktel 
1 tin fruit coctail beserta jusnya
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula (manis ikut suka)
1 sudubesar tepung kastad
secubit garam


cara2:
Kacau rata semua bahan dan masak sehingga mendidih. Sejukkan dalam petiais. bila sejuk bolehla dihidangkan bersama puding yg telah disediakan tadi. Layan..

Monday, October 4, 2021

BUBUR KACANG DURIAN



Jom layan bubur kacang durian pulak ye..alhamdulillah!

RESIPI BUBUR KACANG DURIAN

sumber- inahar's cooking time
Ig @drinahar

bahan-bahan:

2 cawan kacang hijau (direbus empuk dulu)
beberapa ulas durian
3 cawan santan pekat
seketul gula melaka
beberapa sudu besar gula pasir (ikut kemanisan disukai)
air secukupnya
2 helai daun pandan
Sedikit garam

cara-cara:

Campurkan semua bahan2 kecuali durian. Kacau di atas api yg perlahan sehingga hampir mendidih.
Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih .(boleh dimasukkan isi durian sahaja ataupun ulas durian beserta bijinya pun boleh.) Siap untuk di hidang.

Tuesday, April 27, 2021

BUBUR CANDIL


 Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua..ni menu wajib di bulan puasa nih..org johor panggil bubur candil tp kalau org pantai timur lak panggil bubur butir nangka (gentel cam bentuk biji nangka)..tak kisahla kan pada namanye..yg penting sedap! Anak2 & hubby sgt suka bubur nih..lembut2 chewy gitew kan..hehe! Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI BUBUR CANDIL
sumber- inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut campur 2 sudubesar tepung gandum
Air secukupnya
Sedikit kapur makan
Secubit garam
Esen pandan @ air daun pandan


Bahan utk kuah
Santan - kita guna santan kotak campur air secukupnya
Gula perang (gula melaka takde stok)
1 sudu teh halba
Garam
Daun pandan


Cara-cara

Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul...
Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
Bila dah siap bolehla dicampurkan biji candil yg telah masak tadi ke dalam kuahnya. Kacau sebentar hingga mendidih, boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.....
Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Wednesday, May 13, 2020

BUBUR TERIGO SEDAP

Assalamualaikum..Bubur terigo aka biji gandum ni adalah salah satu manisan yang sedap sebagai manisan berbuka puasa. Dah lama tak buatnya..jadi teringin pulak..hihii! Fave bonda masak utk anak2 sejak kami kecil lagi. Jom kita zaas resepinye yok!

Resepi bubur terigo
Sumber - inahar's cooking time

200gm biji terigu @ gandum..dicuci dan rebus hingga kembang
2 cawan santan
1 cawan brown sugar (gula melaka tiada stok)
Sedikit garam
2 helai daun pandan


Rebus biji gandum hingga kembang..bila dah kembang masukkan santan, gula perang, garam dan daun pandan. Masak hingga mendidih dan kuah agak pekat. Siap utk dihidangkan.

Thursday, April 16, 2020

CONGO BARS COVID19

Assalamualaikum..ketemu kembali setelah lama menyepi! Diharapkan moga semua pengunjung blog inahar ni diberikan kesihatan yang baik diwaktu musim PKP ni dan dipermudahkan segala urusan. Insyaallah Aamiinn Yra. Alhamdulillah  Pn Doc masih sihat fizikal dan mental untuk betugas demi kesejahteraan semua. 
Congo bars ni sempat dibaking hari minggu yang lalu setelah lama ovenku berhibernasi..hihi! This is absolutely a keeper recipe..sejenis blondie yg texture dalamnya chewy2 gitew dan manakala luarnya rangup..memang sedap sgt! Jom kita semak resipinye yok!

RESIPI CONGO BAR

resipi asal - KG
sumber - inahar's cooking time

Ingredients

250g butter, I use President salted, soft
1 3/4 cups light brown sugar
1 1/2 tsp vanilla
3 large eggs, weighing about 60g each
a pinch of salt
2 1/2 cups of self raising flour
1 cup callebaut 54% cocoa choc buttons
1 cup bittersweet ghirardelli choc buttons
extra imported store bought choc buttons to spread on the batter
Almond flakes + chocolate chips (sy tambah dlm adunan juga utk tabur atas adunan sebelum dibakar)


Method

Using a wooden laddle mix butter with sugar and vanilla until all the butter disappears in the sugar. Add eggs one by one. Mix and please do not cream the eggs. Add the sifted flours in 3 additions, fold them in and not stir the batter. Mix the choc buttons and spread in 12x12 tin. I usually top with more chocolate chips and bake in a preheated oven at 160C for about 18 minutes (mine at 180c about 30 minutes)

Saturday, October 26, 2019

BREAD & BUTTER PUDDING

Assalamualikum..jom berdessert pulak. Bread & butter pudding ni di buat minggu lalu dan menjadi kesukaan seisi keluarga. This is a keeper recipe and korang wajib try ye. Pudding ni hanya dimakan bersama sos koktel jer. Tak buat sos kastad pun sebab puding roti ni pun dah cukup lemak berkrim..takut nanti muak pulak kan. So maman ngan sos koktel pun dah okay..cukup masam manis nye dah. Nyum..nyum..nyum. Alhamdulillah..

RESEPI BREAD & BUTTER PUDDING
sumber: inahar's cooking time
BAHAN2 NYA:

10 keping roti gardenia
500 ml susu uht@ fresh milk
300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
50 gm raisins
sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)
butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla
Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2)

Hasilnya amat memuaskan hati sbb rasanya yg tidak begitu manis dan sangat lembut lembap texturenya ala2 caramel puding. Sangat enak dimakan bersama aiskrim dan fruit cocktail..mmm yummy!
Dibawah ni kita sertakan juga resepi sos kastad untuk rujukan bagi mereka yang gemarkan makan puding ni bersama sos kastad
Untuk Sos Kastad Koktel 
1 tin fruit coctail beserta jusnya
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula (manis ikut suka)
1 sudubesar tepung kastad
secubit garam
cara2:
Kacau rata semua bahan dan masak sehingga mendidih. Sejukkan dalam petiais. bila sejuk bolehla dihidangkan bersama puding yg telah disediakan tadi. Layan..

Friday, October 11, 2019

PANCAKE SEDAP

Assalamualaikum..ajomm kita bekfes ngan pancake gebus gebass nih. Dah lama tak buat pancake homemade. Resepi ni memang a keeper recipe. Terbaikk..soft dan gebuss yakmat. Kami makan dengan sos gula melaka jer sebab maple syrup dah abih stok kt dapur. Jom kita zaas resepinye..

PANCAKE GEBU
resepi asal - Hajar
sumber - inahar's cooking time

6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam


Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.

Wednesday, February 20, 2019

BREAD & BUTTER PUDDING.. ALAHAI SEDAPNYA!

Assalamualaikum ketemu lagi kita..Alhamdulillah. Musim2 panas ni dapat mamam puding roti cenggini..memang nyaman sangat la kaann! Resepi bread butter pudding ni memang a keeper recipe..kita dah tak guna resepi lain dah. Memang puashati dgn hasilnya yang lembut, moist, lemak berkrim dan kemanisan yang just nice..wallaaa! Digandingkan pula dgn sos kastad koktel..mmm nyum nyum! Tapi selalunya kita makan dgn fruit koktel camtu jer pun dah sedap..takyah sos kastad dah. Sedap dan tak muak dimakan. Jom kita zaas resepi yok!


RESEPI BREAD & BUTTER PUDDING

BAHAN2 NYA:
10 keping roti gardenia
500 ml susu uht@ fresh milk
300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
50 gm raisins
sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)
butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla
Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2)
**
Hasilnya amat memuaskan hati sbb rasanya yg tidak begitu manis dan sangat lembut & lembap texturenya ala2 caramel puding. Sangat enak dimakan bersama aiskrim dan fruit cocktail..mmm yummy!
Untuk Sos Kastad Koktel 
(boleh juga dimakan ngan fruit koktel biasa aje x yah wat sos kastad sbb puding nih dh sedia lemak berkrim)
1 tin fruit coctail beserta jusnya
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula (manis ikut suka)
1 sudubesar tepung kastad
secubit garam
cara2:
Kacau rata semua bahan dan masak sehingga mendidih. Sejukkan dalam petiais. bila sejuk bolehla dihidangkan bersama puding yg telah disediakan tadi. Layan..

Tuesday, December 27, 2016

PANCAKE


 Assalamualaikum..hollaa semua!! Jom kita bekfas ngan pancake yg moist dan gebuss nih..nyum..nyum! Sgt mudah nak membuatnye juga amat sedap dimakan lebih2 lagi kalu dimakan bersama maple syrup..perghhh! 3 keping sorang pun tak cukup sekali hadap wehh..hahaha! Resipi sebelum ni pernah post kt sini. Pepun jom kita zaass resipi kembali!

RESIPI PANCAKE 
resipi asal - hajar
sumber - inahar's cooking time

3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat

**kalau tak sabar...terus le tuang dlm kuali, takyah tunggu 10 minit



Friday, November 13, 2015

CHEESEKUT TIRAMISU


Assalamualaikum! Pn Doc baru nak demam cheesekut..geng blogger lain dah lama berpesta cheesekut ni kan..hihii! Million thanx wat Alongroz atas pemberian biskut saltcheese yg dibeli di sarawak. Biskut cheese ni mmg tak terdapat di semenanjung katanye..tapi uolls klu takder biskut saltcheese ni pun takper boleh diganti ngan biskut krim kraker jenama lain. Jadi moh ler kita zaass resipi yang sempoi banget ni..

RESIPI CHEESEKUT TIRAMISU

Bahan-bahan:
Biskut saltcheese  crakers secukupnye
250mg cream cheese
1/2 tin susu pekat
1 suduteh esen vanilla
1/2 cawan air nescafe/kopi
serbuk nestum & milo secukupnya

1.Pukul cheesecream bersama susu pekat dan esen vanilla hingga kembang. 
2. Celupkan beberapa saat biskut dalam air kopi/nescafe kemudian susun dlm loyang
3. Letakkan satu lapisan adunan cheese kemudian tabur nestum dan milo.
4. Ulang step sampai loyang penuh atau biskut habis.
5. Masukkan dalam peti ais. Taburkan serbuk koko atas cheeskut sebelum dihidangkan. Taraaa! Siap!




Friday, August 21, 2015

HEAVENLY MILO OREO JELLY

Assalamualaikum..lagi entry tertunggak..huhu! Puding milo oreo jelly yg sgt sedap di buat masa bulan ramadhan yang lalu. Puding ni juga salah satu resipi yg sgt ngetop dikalangan para blogger masakan tapi kita spt biasa agak ketinggalan..baru sekarang nk menerai resipinye..hehe! Memang rasanye tersangat heaven uuu! A keeper recipe..wajib try ye! Resipi asal dari dapur Alongroz yg cantik menawan tu..mekacehh Along berkongsi resipi 5 bintang ini..lap uu! Muuuaahhs!

HEAVENLY MILO OREO JELLY
By: Roz@HomeKreation
source - inahar's cooking time

Makes: 8" square
INGREDIENTS:
1 packet / 10g Jelly Powder (Agar-Agar Powder)
750ml Water
160g Sugar
1 can (400g) Evaporated Milk
3/4 cup Milo Powder
1 pack (137g) Oreo Cookies - break into small pieces but keep the sandwich together 

METHOD:
1. Place jelly powder and water in a pot & cook until jelly is dissolved.
Add in sugar & cook until sugar is dissolved.
Add in milk, stir well & off fire once boiled.

2. Separate 2 cups of the mixture into another pot & add in Milo powder.
Stir well until milo is dissolved.

3. Pour 1cup of Milo mixture into a square container and let the remaining half warm up on smallest fire.
Let it set slightly on surface before pouring another layer.
Pour the plain mixture on top.
Sprinkle oreo cookies & let is set on the surface.
Pour the remaining milo mixture.

4. Let it set completely at room temperature before chiiling it in fridge.
Serve cold.

TIPS FOR LAYERING:
a. Do not wait until the layer is completely set before pouring the next layer, or else it will not stick. If happened, scratch surface with fork before pouring the next layer.
b. Make sure the mixture is still hot when pouring on the earlier layer so that it will stick well.
********************************************


BAHASA MALAYSIA VERSION

resipi asal : AlongRoz@HomeKreation
sumber - inahar's cooking time
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:  
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Thursday, June 4, 2015

MINI PAVLOVA


Assalamualaikum...taraaaa! Dah lama tak mamam homemade pavlova..so lastweek merajinkan diri operasi pavlova di dapurku atas permintaan kak ayin..huhu! Puashati boleh makan banyak..kalu beli memang agak mahal reganye..jadi bila wat sendiri ni..lebih jimat dan puas makan anak beranak kan? hehe.. Entry lama utk resipi mini pavlova ni boleh tgk kt sini , sini dan sini ye..Kali ni kita ambil resipi dari dapur izzah ..resipi asal oleh Kak Wan. Mekaseh utk kedua2 sifu..muaaahs!! Jom semak resipi ye..

RESIPI MINI PAVLOVA
resepi asal : Kak 1
sumber 1 - izzah

bahannya:
200gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sk cream of tartar
2 sk tepung jagung
200 gm whipping cream- sy guna nondairy whipped cream
buah-buahan segar- strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc


caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Alaskan loyang dengan baking paper.
2. Pukul putih teur dm mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar hingga kental, kembang dan bertanduk.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama sejam dan biarkan meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk. Permukaan meringue kelihatan retak dan kekuningan.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.


Sunday, February 15, 2015

PUDING ROTI KARAMEL


Assalamualaikum semua.. selamat bercuti bersama keluarga di pagi ahad yg nyaman ni. Okay arini kita nak kongsi resipi pencuci mulut yang sgt sedap iaitu puding roti karamel. Boleh klik di sini utk melihat entry terdahulu. Mekaceh kepada rosaliza empunya resipi asal serta Nor Ganu yang berkongsi resipi ni..mmg marbeles sgt kejadiannya! Thanx uollss..muuaahs!

RESIPI PUDING ROTI KARAMEL

resepi asal : rosaliza@embunkasih 
sumber1 : K.Nor 
sumber2 : inahar's cooking time 

Bahan-bahan 
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 
4 keping roti gardenia 
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis 
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) 
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 suduteh esen vanilla

Cara-cara 
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. Panaskan pengukus.
Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) 


Friday, November 14, 2014

HOMEMADE ICE-CREAM

Assalamualaikum..taraaaaa!!! See my homemade ice-cream! Wallaaa! Ini adalah kali ke tiga Pn Doc membuat aiskrim sendiri..sebelumnya adalah di sini dan sini. Kali ni bila tgk ramai kengkawan blogger yg membuat aiskrim menggunakan resipi yg ada bahan ovallete rasa macam teruja nak memcubanya. Memang betul aiskrim yg terhasil tu agak lambat mencair tidak spt kebanyakan homemade aiskrim yg lain. Resipi yang kita kongsikan ni berdasarkan resipi dari dapur Marsita(my mintroom) tp telah kita olahkan sedikit bahan2nya. Hasilnya memang sangat berbaloi dapat 2 tupperware besor...ha amik ko..puas makan anak beranak!! Anak2 dan hubby kata sgt yummy! thanks Marsita berkongsi resipi yg best ni..Jom kita zaas resipinye ya!

HOMEMADE ICECREAM 
sumber 1 - Marsita Yahya
sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan2:
1 tin susu sejat
1 tin susu segar - Pn Doc gantikan dgn whipped cream (freshcream)
4 sudu besar gula - tak letak
4 sudu besar susu pekat manis - Pn doc letak 1/4 tin susu pekat manis
2 sudu besar ovallete
1 sudu besar esen vanilla
strawberry emulco (buat dua perisa iaitu vanilla & strawberry)

Cara:
Satukan ke semua bahan kecuali esen vanilla & perisa strawberry.
Pukul dengan kelajuan tinggi lebihkurang 20minit hingga gebu.
Masukkan dalam freezer, biarkan ia separuh beku lbhkurang 4-5 jam.
Keluarkan dan kacau sedikit dgn spatula kemudian bahagikan aiskrim kepada beberapa bahagian mengikut perisa. Masukkan perisa kepada setiap bahagian masing-masing.
Pukul semula setiap bahagian dgn perlahan selama lebihkurang 5 minit hingga ia likat.
Masukkan semula kedalam freezer semalaman atau sehingga mengeras elok.
Selamat mencuba!

Vanilla-Strawberry-Chocolate Ice cream Print Recipe Bahan: 1 tin susu sejat 1 cwn susu full cream 4 sdb gula 4 sdb susu pekat manis 2 sdb ovellette 1sdb perasa Chocolate 1 sdb perasa strawberry 1sdb essen vanilla Wire Whisk Cara: Satukan semua bahan kecuali perasa dan essen vanilla ke dalam mangkuk mixer. Dengan menggunakan wire whisk atau whisk berbentuk belon (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan tinggi selama 20 minit hingga gebu. Masukkan dalam freezer dan biarkan ia separuh beku selama 4-5 jam. Keluarkan, kacau sedikit dengan spatula dan bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Masukkan ketiga- tiga perasa tadi ke dalam setiap bahagian. Flat Beater Pukul semula setiap bahagian menggunakan flat beater (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan perlahan anggaran 5 minit untuk membuang semula udara yang terperangkap semasa memukul dengan wire whisk. Adunan akan menjadi likat selepas di pukul. Setelah ketiga-tiga bahagian di pukul hingga likat, bolehlah disenduk satu demi satu bahagian ke dalam bekas sehingga habis, seperti membuat kek marble pelangi. Masukkan semula ke dalam freezer semalaman atau hingga mengeras. Selamat Mencuba!

Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Vanilla-Strawberry-Chocolate Ice cream Print Recipe Bahan: 1 tin susu sejat 1 cwn susu full cream 4 sdb gula 4 sdb susu pekat manis 2 sdb ovellette 1sdb perasa Chocolate 1 sdb perasa strawberry 1sdb essen vanilla Wire Whisk Cara: Satukan semua bahan kecuali perasa dan essen vanilla ke dalam mangkuk mixer. Dengan menggunakan wire whisk atau whisk berbentuk belon (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan tinggi selama 20 minit hingga gebu. Masukkan dalam freezer dan biarkan ia separuh beku selama 4-5 jam. Keluarkan, kacau sedikit dengan spatula dan bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Masukkan ketiga- tiga perasa tadi ke dalam setiap bahagian. Flat Beater Pukul semula setiap bahagian menggunakan flat beater (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan perlahan anggaran 5 minit untuk membuang semula udara yang terperangkap semasa memukul dengan wire whisk. Adunan akan menjadi likat selepas di pukul. Setelah ketiga-tiga bahagian di pukul hingga likat, bolehlah disenduk satu demi satu bahagian ke dalam bekas sehingga habis, seperti membuat kek marble pelangi. Masukkan semula ke dalam freezer semalaman atau hingga mengeras. Selamat Mencuba!

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

selepas di pukul. Setelah ketiga-tiga bahagian di pukul hingga likat, bolehlah disenduk satu demi satu bahagian ke dal

Make Money at : http://bit.ly/best_tips


Friday, October 10, 2014

PUDING KOKTEL

Assalamualaikum..nak juga tunjuk puding koktel yang sempat kubuat sempena raya korban ahad lepas. Resipi sempoi jek..jom kita zaass!

RESIPI PUDING KOKTEL
sumber - inahar's cooking time


Bahan2:


40 gm agar2 panjang 
11/2 caw gula (kemanisan ikut suka)
 
1 tin koktel beserta jusnya
 
1 tin susu cair 
2 sudubesar tepung kastad

sedikit garam 
2 liter air (agak2la untuk direbus bersama agar2 diatas)


cara:
masak agar2 bersama air hingga hancur then tambah jus koktel tadi dan gula. masak sampai mendidih dan tambah tepungkastad yg sudah dibancuh dgn sedikit air.kacau lagi sampai mendidih then masukkan susu cair & garam.kacau rata serta masukkan juga buah koktel tadi kedalam agar2 tadi. tutupkan api. masukkan kedlam acuan.sejukkan hingga beku. siap!

Friday, August 29, 2014

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

  
Assalamualaikum..hollaa..semalam wat bubur kacang durian memandangkan tengah rancak musim durian sekarang ni kan..nyumm..nyumm!! jom layan resipi yang mudah banget..zaass!

RESIPI BUBUR KACANG DURIAN
sumber- inahar's cooking time

bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang hijau (direbus empuk dulu)
  • beberapa ulas durian(kali ini taruh isi durian sahaja)
  • 3 cawan santan pekat
  • seketul gula melaka
  • beberapa sudu besar gula pasir (ikut kemanisan disukai)
  • air secukupnya
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan2 kecuali durian. Kacau di atas api yg perlahan sehingga hampir mendidih.
  2. Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih .(boleh dimasukkan isi durian sahaja ataupun ulas durian beserta bijinya pun boleh.) Siap untuk di hidang.

Saturday, July 5, 2014

PULUT MANGGA

Assalamualaikum..baru nk tunjuk dessert utk berbuka puasa kami sekeluarga 2 hari lepas..taraaa..pulut mangga yg ohsem!! memang sedap woo..cuma tak berani nak makan banyak takut perut sebu angin lak..adoyaii! resipi sgt mudah..nak juga ker? okay sempoi jek haa..memula tanak pulut ngan santan & garam..kemudian untuk kuah santannya..masak santan dengan sedikit gula & garam pastu tambah sikit tepung jagung utk memekatkan kuah sedikit. Boleh juga ditambah daun pandan utk mengharumkan kuah tu..siap!! boleh dihidang bersama potongan buah mangga yang masak ranum..perghhhh!! mmg tak hengatt masa makan tu..huhuu!

Thursday, March 6, 2014

KEK BATIK COKLAT


Assalamualaikum..rasanye dah bertahun lamanya tak makan kek batik coklat ni..kalau nampak di pasar malam mcm tak menarik lak..malas beli takut tak sedap! tetiba anakdaraku kak ayin bersuara nak makan kek batik yg homemade punyer..dia pun mengoffer diri utk cuba wat sendiri..akhirnye..taraaaaaa!! ni la dia hasil tangan anak daraku..boleh tahan kejadiannye..rasa mmg confem sedap sebab kita setia menggunakan resipi dari dapur Hasue..mekaceh hasue berkongsi resipi yg marveles nih..muuaahh!! jom zaas resipi! 

Kek Batik Coklat 
resipi asal - milla@myR
sumber 1 - Hasue

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo 
* 250gm butter
 
* 3 sudu makan serbuk koko
 
* 1 tin kecil susu pekat manis
 
* biskut meri secukupnya


Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...