Saturday, September 14, 2019

MEEHOON GORENG SEMPOI


Assalamualaikum semua..kembali lagi bersiaran kita ye..hihi! Okayla ni menu weekend yang lalu..meehoon goreng sempoi atas permintaan anak2. Kebetulan anak2 semua balik bercuti kan..Diorang kata ibu dah lama tak masak meehoon goreng kt rumah..alahai anak2 ibu! Nah ni ibu dah masak ni..korang makan puas2 ye semua. Alhamdulillah..
Jom zaas resepi yg sempoi nih..

RESIPI MEEHOON GORENG

Bahan:
400gm meehoon (satu bungkus)- direndam hingga lembut
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
segenggam ikan bilis* (boleh juga guna udang kering)
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
udang, sotong (ikut suka)
taugeh
sawi secukupnya
garam
minyak untuk menumis
perisa (jika suka)
bawang goreng/daun sup/daun bawang/potongan limau kasturi - hiasan

cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan pula udang dan sotong. Goreng hingga empuk kemudian tambahkan sos tomato & sos tiram.
Akhir sekali masukkan meehoon, garam juga perisa dan goreng hingga masak rata. Bolehlah dihidangkan bersama hiasan bawang goreng , daun sup/bawang juga limau nipis.
Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang. Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Wednesday, August 28, 2019

LONTONG JOHOR YANG ENAK..


Assalamualaikum..baru berkesempatan utk updet menu lontong ni yang dimasak pada hari raya aidil adha yang lalu. Ini adalah  masakan oleh adik saya di rumah bonda. Alhamdulillah mendapat sambutan ramai sebab kami dah lama tak masak lontong homemade nih. Memang puashati  la.. Jom kita zaas resepi yg mudah ni..

RESEPI LONTONG JOHOR

sumber- inahar's cooking time

5 tangkai kacang panjang. hiris serong

1 biji kentang, kupas dan potong kiub
1 batang lobak merah saiz kecik, hiris nipis
2 keping tauhu, dipotong kiub
2 keping tempe berbungkus daun, dipotong kiub
1 biji terung ungu saiz sederhana, dipotong kiub dan rendam
Tauhu kering @ fucuk selebar 2 tapak tangan, dipotong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 biji sengkuang saiz kecil, kupas dan potong kecil, rendam
sedikit soo hoon, cuci dan kerat pendek
1/4 bahagian kubis bulat, hiris kecil, cuci dan toskan
Santan secukupnya - saya guna santan peket segera
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perisa (optional)
Air panas jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

7-8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras, hiris
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan

BAHAN-BAHAN LONTONG :-)

Lontong daun pisang secukupnya (boleh guna nasi impit atau ketupat)
Telur rebus secukupnya
Sambal tumis (atau sambal kacang)
Serunding kelapa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LODEH :- Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Tuang santan , kacau dan biarkan mendidih. Masukkan bahan2 yang keras dahulu seperti lobak merah, kentang, sengkuang, tempe dan tauhu kering (toskan dulu airnya). Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi lembut sedikit.
  2. Tambah kacang panjang, kobis, terung (toskan airnya) dan kacau rata. Biarkan menggelegak, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air panas. Masukkan soo hoon yang dikerat pendek tadi. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan mendidih dengan api sederhana sambil dikacau perlahan. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  3. UNTUK MENGHIDANG LONTONG :- Potong lontong pada saiz kecil dan masukkan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang secukupnya kuah lodeh bersama2 isinya sekali. Taruk telur rebus, serunding kelapa dan sambal tumis. Boleh hidangkan. Biasanya di Johor, lontong dihidangkan sebagai sarapan pagi....Selamat mencuba!!..

Tuesday, August 27, 2019

NASI MINYAK SEMPOI

Assalamualaikum..arini baru berkesempatan nak kongsi menu weekend lepas iaitu nasi minyak sempoi diganding bersama ayam goreng,  sambal telur rebus dan salad jer. Okayla kan..kenyang kami anak beranak..hihi. Alhamdulillah..resepi nasi minyak ni dah selalu kita kongsi tapi takper kita cnp lagi bagi mudah semua pengunjung ye..

RESIPI NASI MINYAK SEMPOI
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 15 minit.
5 cawan air 
1 cawan susu cair
2 kiub pati ayam 
2 helai daun pandan 
pewarna kuning - saya tak letak

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus 
2 ulas bawang putih - mayang 
1/2 biji bawang besar - mayang 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, susu, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak dalam ricecooker spt biasa. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan pewarna kuning (kita tak letak pewarna pun). Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

Saturday, August 24, 2019

KARIPAP SARDIN

Assalamualaikum..jom minum petang yok sambil layan karipap sardin pepanas nih..nyum..nyum nyum! Alhamdulillah. Jom zaas resipi..entry lama epok epok sardin kt sini ye.

RESIPI KARIPAP SARDIN
Sumber - inahar's cooking time


Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)
air suam + garam secukupnye

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti. goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.

Inti Sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih - parut halus
2 biji lada merah/hijau - hiris halus
2 sudu besar cili kisar
1 tin sardin (cap ayam) - racikkan isi ikan
minyak untuk menumis
garam
Aiir perahan limau/asam jawa secukupnya
perisa (optional)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu, bawang putih, lada merah dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar tumis garing . Masukkan pula isi ikan sardin beserta 2-3 sudu besar sos sardin dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan air asam, garam dan perisa. Kacau rata dan biarkan masak sebentar. Sejukkan sebelum digunakan.

Wednesday, August 21, 2019

CEMPEDAK GORENG RANGUP


Assalamualaikum semua..bertemu kembali Pn Doc yang begitu lama menyepi.hehe! Moga semua kita dikurniakan kesihatan yg baik juga rezeki yang melimpah ruah..Aamiinn. Sorry la dah lama tak menjenguk dapur cyberku ini sampai dah hampir lupa password dah..alahai! Ok memandangkan sekarang tengah musim buah  cempedak jadi moh ler kita melayan cempedak goreng rangup yg sedap ni wehh..gumuks2 ulas cempedak tu. Memang puashati mamam..Alhamdulillah. Jom kita zaas resepi sempoi ni..

Resipi cempedak goreng rangup
sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar minyak
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
1/2 sudu kecil air kapur 
Air secukupnya

Cara cara:

Satukan semua bahan di atas dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan. Goreng cempedak dengan minyak yang banyak dan cukup panas. Siap!

Friday, April 12, 2019

Kuah Kacang Daging Istimewa

Assalamualaikum..hollaa!! Arini Pn Doc nak share resepi menu istimewa ya..nasi himpit dimakan bersama kuah kacang daging resepi keluarga yang sangat sedap! Orang johor kalu masak kuah kacang mesti campur daging atau ayam kan..bagi lagi uummphh dia punya rasa! Eh rasa cam hari raya pulak ye..hihi! Ialah kan bulan ramadhan dah menghampiri sangat..tak sampai sebulan lagi pun! Korang dah abis ke qada' puasa? Hihii..okayla jom kita zaass resepinye yok!
Entri lama boleh lihat kt sini dan sini tp takpe kita copy balik kt sini..jom layaan!

RESIPI KUAH KACANG DAGING 
sumber: inahar's cooking time


bahan2:


700-1000 gm daging, di potong kiub kecil & rebus hingga sedikit empuk 
1 kg kacang tumbuk
 
3-4 biji bawang besar (blend)
 
1-2 ulas bwg putih 
 
3 inci halia (separuh 
blend,separuh ketuk) 
10-14 batang serai (serai mesti bnyk,klu tidak rasa dan bau kuahnya tak naik..hendaklah di blend 5 btg, selebihnya diketuk shj)
 
5 sudu besar cili giling (ikut kepedasan di sukai)

lengkuas sikit aje  
2-3 keping asam keping
 @ air asam jawa
11/2-2 biji kelapa utk santannya(klu pakai santan peket guna 2 paket)
 
gula (blh campur dgn gula melaka..amaun gula mestilah banyak klu x mmg kureng rasanya..selalu akak main campak aje..agak2 lbhkurang 6-7 genggam jugaklah @ lbhkurang 3 senduk nasi kot!.)

garam secukup rasa 

serbukperisa (option) 
air
 
minyak utk menumis


cara masaknya mcm biasa tumis bhn2 yg di blend sekali ngan halia,serai ketuk then letak cili..tumis sampai garing..lepas tulah bolehlah dimasukkan kacang,santan,daging, asam keping..last sekali garam,gula..masak sampai mendidih..klu pekat sgt tambahlah air..
rasa kuah ni berbeza sikit dr kuah kacang biasa sbb penggunaan serai yg banya
k,tambahan daging dan garamgula nya kenalah ngam amaunnye..he..he.
kuah ni mmg sedap di makan ngan ketupat nasi/nasi impit..nk campur kuah lontong/kuah lodeh sekali pn mmg sesuai sgt..
ha, nnti korg cubalah yek!

Wednesday, April 10, 2019

CUCUR TELUR SEDAP

Assalamualaikum..menu petang yang paling kerap Pn Doc masak iaitu cucur telur yg sangat digemari seisi keluarga. Sangat mudah nak membuatnye dan semestinye sodap! Kejadian cucur yang amat gebu, lembut didalam tapi rangup di luar. Sesuai dicicah dengan sos cili juga kuah kari/kurma ataupun sambal bilis. Perghhh tak sedar dah makan berbiji-biji jadinye..hihiii! So jom kita zaas resipi yang sempoi sangat nih!

Resepi Cucur Telur
Sumber - inahar's cooking time

Bahan2
3 cawan tepung gandum
4-5 biji telur
Garam 
Perisa (optional)
Air secukupnye


Bancuh semua bahan di atas sehingga sebati. Panaskan minyak yg banyak. Goreng adunan jemput dgn api sederhana hingga warna perang keemasan. Bolehla diangkat dan toskan. Siap. Bolehla di makan bersama cicahan sos cili, kuah kari/kurma atau sambal bilis..semuanye pun sodap! **Lebih banyak telur akan menghasilkan cucur yg lebih lemak dan gebu. 

Monday, April 8, 2019

SPAGHETI BOLOGNESE KEGEMARAN KELUARGA..


Assalamualaikum..jom kita berpasta kengkawan! Menu pasta paling digemari oleh anak2 iaitu spagheti bolognese daging. Sangat mudah dan sedap! Jom zaas resepinye yok!

RESIPI SPAGHETI BOLOGNESE
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan

1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball-tambah jika suka (tak tambah sbb takda stok)
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2-3 biji tomato (dipotong dadu)
3-4 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air (kurang lebih)
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!

Cara-cara
Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional)serta lada hitam.
Tambah garam, gula secukupnya.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.

Tuesday, April 2, 2019

AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA

Assalamualaikum..Alhamdulillah bersua lagi kita di dapur maya ni ye. Arini jom kita makan ayam goreng pedas fefeling korea sikit..ececee! Hihii..okayla ni sebenarnya atas request anak2 dok minta nak makan ayam goreng pedas ala korea tapi versi malaysian la kaann..hihii! Maksudnye untuk sos sira ayam tu kita omit ler sos gochujang tu sebab my hubby tak suka perisa sos tu. So jadi la ayam goreng pedas alaa malaysia la pulak..eh! macam2..hahaha! Jom zaaasss resepinye yok!!

Ayam goreng pedas ala korea
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan Perapan Ayam:

10 ketul chicken wing-potong dua
Sedikit halia ditumbuk
Lada Hitam
Lada Sulah
Garam secukup rasa
Tepung jagung


CARA-CARA MENYEDIAKAN 
Ayam dicuci bersih dan ditos supaya tidak berair. Perapkan seketika ayam dengan halia, lada hitam, lada sulah dan garam. Salutkan ayam dengan tepung jagung sebelum digoreng (lumur tepung di semua bahagian ayam untuk dapat kerangupan sekata). Goreng dalam minyak yang banyak agar masak sekata. Lakukan gorengan ayam ni sebanyak 2 x supaya lagi rangup. 


Bahan-bahan sos :

Sedikit bawang putih dan halia - ditumbuk halus
2-3sudubesar cili giling (ikut kepedasan digemari)
1 sudubesar sos tiram
Madu
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit cuka atau jus lemon
Kacang gajus disangai dulu dan di tumbuk kasar. (Untuk gantikan bijan- mrhubby tak suka bijan)
Minyak utk menumis


CARA-CARA MENYEDIAKAN
Tumiskan bawang putih dan halia dulu kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram, madu, cuka, gula dan garam. Masak sampai pekat sedikit (likat). Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sekata salutan sira pd ayam. Tutup api dan masukkan biji gajus tadi dan kacau rata pada ayam. Taraaa siap!

Wednesday, March 20, 2019

KARI AYAM SEDAP


Assalamualaikum..kembali bersiaran kita ye! Alhamdulillah baru berkesempatan nak updet resepi arini. Alaa resepi sempoi jer ye..sape jer yang tak tahu masak kari ayam kan? Mudah jer cuma resepi kita ni ada spesel sikit untuk bagi lebih enak kari ayam tu kita campurkan sedikit rempah kurma juga..memang hasilnya lagi sedap ye kawan2! So jom kita zaass resepi yok!!

RESEPI KARI AYAM SEDAP
sumber - inahar's cooking time

1 kg ayam - di potong sederhana besar ikut suka
5 sudu besar serbuk kari daging/ayam baba's
2 sudu besar serbuk rempah kurma baba's
1 biji bawang besar - di hiris
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 cawan santan
air secukupnya
rempah 3 sekawan - 1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang, 3 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 biji kentang - potong 2@3
air asam jawa @ asam keping
garam, gula secukupnya
lada hijau/merah @ cili api (jika suka)
minyak untuk menumis

Cara
Panaskan periuk dengan minyak masak secukupnye utk menumis.
Tumis rempah 3 sekawan bersama bawang besar juga bahan kisar hingga naik bau. 
Perlahankan api dan masukkan serbuk rempah kari juga rempah kurma dan tumis lagi hingga rempah agak garing (tambah sedikit air jika takut hangit). Kacau hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daun kari, ayam juga kentang. Kacau sebati
Biarkan seketika kemudian tambah santan juga air secukupnya. Kacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan beberapa biji lada merah/hijau ataupun cili api, garam, gula serta air asam jawa. Masak lagi hingga mendidih dan kacau rata. Rasakan jika okay boleh matikan api. Hidang bersama nasi juga lauk pauk sampingan yang lain.


Wednesday, February 20, 2019

BREAD & BUTTER PUDDING.. ALAHAI SEDAPNYA!

Assalamualaikum ketemu lagi kita..Alhamdulillah. Musim2 panas ni dapat mamam puding roti cenggini..memang nyaman sangat la kaann! Resepi bread butter pudding ni memang a keeper recipe..kita dah tak guna resepi lain dah. Memang puashati dgn hasilnya yang lembut, moist, lemak berkrim dan kemanisan yang just nice..wallaaa! Digandingkan pula dgn sos kastad koktel..mmm nyum nyum! Tapi selalunya kita makan dgn fruit koktel camtu jer pun dah sedap..takyah sos kastad dah. Sedap dan tak muak dimakan. Jom kita zaas resepi yok!


RESEPI BREAD & BUTTER PUDDING

BAHAN2 NYA:
10 keping roti gardenia
500 ml susu uht@ fresh milk
300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..
5 biji telur
100 gm gula castor
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)
50 gm raisins
sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)
butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
esen vanilla
Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.
susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)
bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2)
**
Hasilnya amat memuaskan hati sbb rasanya yg tidak begitu manis dan sangat lembut & lembap texturenya ala2 caramel puding. Sangat enak dimakan bersama aiskrim dan fruit cocktail..mmm yummy!
Untuk Sos Kastad Koktel 
(boleh juga dimakan ngan fruit koktel biasa aje x yah wat sos kastad sbb puding nih dh sedia lemak berkrim)
1 tin fruit coctail beserta jusnya
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula (manis ikut suka)
1 sudubesar tepung kastad
secubit garam
cara2:
Kacau rata semua bahan dan masak sehingga mendidih. Sejukkan dalam petiais. bila sejuk bolehla dihidangkan bersama puding yg telah disediakan tadi. Layan..

Friday, February 8, 2019

CUCUR JAGUNG

Assalamualaikum..arini Pn Doc nak updet menu minuman petang kami yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Memang selalu sangat buat cucur jagung nih iaitu hampir setiap minggu mesti ada menu ni..hihi!. Sempoi dan sedap rasanye..Alhamdulillah..Jom kita zaas resepinye!!

RESEPI CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan
Tepung gandum
1 -2 biji telur
Isi jagung secukupnye (saya guna jagung tin whole kernel)
Bawang besar - potong dadu
Cili merah- potong halus
udang kertas kering secukupnya (boleh juga guna ikan bilis)
garam dan perisa
sedikit serbuk kunyit (optional)
air secukupnya

Cara

Campurkan semua bahan di atas dan kacau sebati. Panaskan minyak yang banyak dan sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan tos. Boleh dihidang bersama sos cili atau kuah kari/kurma. Wallaaa..


Tuesday, February 5, 2019

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum..alahai kita baru nk updet lauk ayam masak cili api yg dimasak minggu lepas..hihi! Masakan feveret anak2 semua..alhamdulillah! Resipinye senang banget..jomm zaass!

AYAM MASAK LEMAK CILI API
sumber- inahar's cooking time

bahan

1/2 kg ayam - potong sederhana besar
3 batang serai
1 keping asam gelugur
3 biji kentang - potong 4
santan secukupnya (saya guna santan serbuk satu peket dibancuh dgn air)
1 kiub pati ayam (optional)
2 helai daun kunyit-disiat halus
garam & gula secukupnya
minyak untuk menumis

bahan kisar/tumbuk

4 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit kunyit hidup (guna serbuk kunyit pun boleh)
10-15 biji cili padi ikut kesukaan

Cara
Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan santan dan masak hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan ayam dan ketang. Bila hampir mendidih masukkan asam keping , daun kunyit, kiub pati ayam juga perasakan garam dan gula secukupnya. Masak hingga ayam dan kentang empuk dan rasa jika okay boleh tutup api. Siap!

Wednesday, January 30, 2019

CUCUR UDANG SEDAP

Assalamualaikum..petang ini kita wat cucur udang ..memang sedap. Jom zaas resipi yang sempoi nih..yuk!

Resepi Cucur Udang Sedap
sumber - inahar's cooking time

Bahan – bahan 
Tepung Gandum 
Daun Kucai 
Taugeh
Bawang Besar - Potong Dadu
cili merah - potong halus
Udang  sederhana besar (banyak ikut suka) – potong kecil
Air secukupnya
sedikit serbuk kunyit (optional)
garam
perisa (optional)



Cara cara:
Masukkan garam serta serbuk kunyit ke dalam tepung gandum. Kacau rata.
Masukkan bawang, cili merah, taugeh dan daun kucai. Gaul rata.
Tuang air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Jika terlebih air, boleh tambah tepung gandum. Masukkan udang dan dikacau rata. Panaskan minyak yang agak banyak dan panas, sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali.  Goreng hingga masak kekuningan.  Angkat dan tos. Sedap dicicah dengan sos cili..wallaa!

Sunday, January 13, 2019

Pemergian Yang Tiada Ganti

Assalamualaikum.. buat pengetahuan semua ini adalah pengakhiran tahun 2018 yg amat menyedihkan buat kami sekeluarga bilamana Ayahanda tercinta telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanye pada tepat jam 2 petang tanggal 31 disember 2018 yang lalu. Moga roh Allahyarham Ayahanda tenang di sana dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiinn Ya Robbal Alamin. AlFatihah. We miss u so much..