Assalamualaikum..arini baru berkesempatan nak kongsi menu weekend lepas iaitu nasi minyak sempoi diganding bersama ayam goreng, sambal telur rebus dan salad jer. Okayla kan..kenyang kami anak beranak..hihi. Alhamdulillah..resepi nasi minyak ni dah selalu kita kongsi tapi takper kita cnp lagi bagi mudah semua pengunjung ye..
RESIPI NASI MINYAK SEMPOI
sumber - inahar's cooking time
Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 15 minit.
5 cawan air
1 cawan susu cair
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna kuning - saya tak letak
Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, susu, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak dalam ricecooker spt biasa. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan pewarna kuning (kita tak letak pewarna pun). Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.
No comments:
Post a Comment