Showing posts with label raya 2013. Show all posts
Showing posts with label raya 2013. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

SEKITAR SAMBUTAN AIDILFITRI 2013



Assalamualaikum buat semua teman2 dan pengunjung setia dapurku ini..terlebih dahulu dikesempatan ini Pn Doc ingin mengucapkan Salam Aidilfitri serta maaf zahir batin  untuk semua ye! Lama tak bersiaran kan..dah syawal ke14 baru nak membersihkan habuk2 & sawang di dapur maya kita ni haa..hehe! Moga sambutan raya kali ni membawa lebih banyak keberkatan serta kegembiraan buat semua ye..insyaallah amin! Keluarga kami juga menyambut raya pertama secara sederhana tapi meriah di rumah kakanda sulongku di Ampang.. jom kita lihat foto2 suasana raya yg sempat ku abadikan di sini ye..

Foto2 di bawah ni adalah suasana pada hari raya pertama di rumah abg sulongku kakanda Amin di Ampang manakala gambar atas sekali tu adalah adinda2ku yg masih solo serta anakanda farin berposing sakan di tepi kolam renang..kalerful gitewwkan!!

ayahanda & bonda tercinta

ayahanda bersama kakanda Amin



anakandaku Abg Bani dan Kak Ayin


Kami sempat juga menyambut wedding aniversary ke 48 thn ayahanda & bonda yg jatuh pada hari raya pertama serta besday anak saudaraku Ayish juga..



Kek aniversary yg di beli di kedai manakala kek red velvet dgn cheesecream utk besday pulak di buat sendiri oleh adik iparku Elie (ibu Ayish)

di bawah adalah foto2 makanan yg sempat ku snap..macam2 ada..laksa johor, ketupat, rendang ayam juga kuah kacang daging, sambal jawa, sambal bilis, kuah lontong ayam, kek marble trio juga kek lumut(2 biji kek yg sempat kubuat pd malam raya tu) serta berbagai manisan juga dessert










Pada raya kedua barulah reramai adikberadik serta rakan2 anak bertandang raya di rumahku pula..






anakanda sri

jom zaas antara menu yg ada..nasi beriyani, ayam masak merah, sotong berempah, kurma telur serta acar timun, spagheti meatball bolognese juga kuih muih dan kek..










kek lumut juga kek wajib lebaran tiap tahun iaitu kek marble trio CMG..mmg terbaekk Mat! hehe..

Finally..bersantai2 di Wangsa Walk lak..hehe!