Showing posts with label sayur2an. Show all posts
Showing posts with label sayur2an. Show all posts

Thursday, May 7, 2026

Sambal Terung Petai Berlada


 Assalamualaikum semua.. Dah lama tak masak sambal terung berlada ni..tapi kali ni kita tambah petai ke dalamnya memang walla! Bertambah2 pinggan bila di ganding kan dgn ikan goreng dan nasi pepanas tu wehh! 😅 Alhamdulillah ❤️. Jom zass resepi yok..

Resepi Sambal Terung Petai Berlada
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN-BAHAN:
2-3 biji terung panjang saiz besar
Isi petai banyak ikut suka
2 mangkuk minyak masak

Bahan-bahan kisar kasar:
8-10 biji cili merah segar
10 biji cili padi
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya


CARA-CARA:
Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
Angkat terung dan ketepikan.
Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukupnya serta masukkan petai. Tumis lagi hingga sebati.
Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang.

Wednesday, September 4, 2024

MASAK LEMAK LABU & BAYAM

 


Assalamualaikum.. Kali ni kita nak share masak lemak labu yg dimasak minggu lepas. Jarang2 masak labu ni tapi sekali masak memang bertambah2 pinggan nasi tu..hihi. Jom kita zaas resepinya yok..

Resepi Masak Lemak Labu & Bayam
Sumber - inahar's kitchen

Bahan-bahan
½ biji labu manis kupas kulit, buang biji dan potong besar²
Seikat bayam - potong sederhana kecil
2 biji cili merah atau ikut suka nak pedas guna cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 genggam kecil ikan bilis
1 kotak kecil santan kara
Air secukupnya
Garam dan perasa

Cara
Cili, bawang dan ikan bilis dikisar atau tumbuk kasar
Masukkan ke dalam periuk bersama 2 atau 3 cawan air. Setelah mendidih baru masukkan labu.
Biarkan sehingga labu empuk baru masukkan bayam, santan, garam dan perasa.
Kacau manja sehingga kuah mendidih sekali lagi. Tutup api. Siap dan boleh hidang.

Saturday, December 9, 2023

TERUNG GORENG BERLADA

 

Assalamualaikum semua.. .Dah lama tak masak terung goreng berlada ni..memang menambah2 selera bila di gu kan dgn ikan goreng dan nasi pepanas kan. Alhamdulillah ❤️. Jom zass resepi yok..

Resepi Terung Goreng Berlada
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN-BAHAN:
2-3 biji terung panjang saiz besar
2 mangkuk minyak masak


Bahan-bahan kisar kasar:
8-10 biji cili merah segar
10 biji cili padi
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya

CARA-CARA:
Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
Angkat terung dan ketepikan.
Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang.

Saturday, April 8, 2023

SAMBAL GORENG JAWA


Assalamualaikum..Arini kita nak berkongsi resepi Sambal goreng jawa yg marbeles ni. Sambal ni memang sedap di makan dengan nasi atau buat ratah2 jer pun dah sedap sgt. Jom kita zaas resepinya yok!

Sambal Goreng Jawa
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 tangkai kacang panjang - hiris serong
1 keping tauhu - potong dadu, goreng dan toskan
2 keping tempe - potong dadu, goreng dan toskan
50 gram fucuk - potong kecil dan rendam hingga lembut
Suhun secukupnya -  rendam sebentar
1-2 biji cili merah - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang puith - hiris
Isi udang
1 batang serai - dititik
1/2 inci lengkuas - dititik
2 sudu besar air asam jawa
1/4 cawan pati santan
3 sudu besar kicap manis
2-3 sudu besar cili giling
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 sudu besar udang kering @ ikan bilis - rendam dan toskan*
(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan lengkuas hingga harum, masukkan bahan kisar dan cili giling tumis hingga garing. Masukkan udang dan masak sekejap. Tambah kicap manis, santan dan jus asam jawa, masak hingga pekat, gunakan api kecil.
Masuk tempe, tauhu dan juga fucuk (toskan). Gaul rata dan tambah sayur kacang dan suhun (tos), gaul rata. Masak hingga kering, tambah cili hiris dan juga garam secukup rasa, jika perlu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Siap utk dihidang.

Tuesday, June 16, 2020

PAJERI TERUNG

Assalamualaikum..jom arini kita ingin berkongsi resepi mudah pajeri terung ni. Ia memang salah satu masakan kegemaran mrhubby. Diganding pulak dgn ayam goreng kunyit, sambal gesek podeh, telur masin dan ulam petai..perghhh memang bertambah2 makan nasi wehh..hihi. Alhamdulillah. Resepi kita cnp dari blog Che Nom kita yg juga seorang youtuber yg sgt popular. Mekaseh Che Nom berkongsi banyak resepi2 yg hebat dan sedap. Jom kita zaas resepi yok.. 

Resepi Pajeri Terung
Resepi asal - Che Nom
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-Bahan:
3 biji terung panjang (sederhana kecil)
3 sudu besar minyak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
1 sudu besar kerisik
Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
Garam & gula

Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu besar udang kering


Cara-cara
Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah minyak.
Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.

Monday, June 8, 2020

LONTONG JOHOR

Alhamdulillah..Menu beberapa hari yg lepas dapat kita sediakan nasi himpit dan kuah lodeh serta perangatkan balik kuah kacang daging dari freezer tu..maka terjadi lah menu lontong johor yg enak banget! Jom kita zaas resepinye yok.. 

Resepi Sayur Lodeh
Sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan:

1/4 biji kubis - potong kecil
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6-8 batang kacang panjang/buncis potong serong
1 biji terung - potong dadu
2 keping tauhu kering - rendam dan potong kecil
Sedikit suhun - rendam
1 keping tempe - potong nipis dan goreng
2 keping tauhu - goreng dan potong dadu
2 biji cili merah - hiris nipis
2 batang serai - ketuk
Sedikit lengkuas - ketuk
2 pek santan kotak 
1 mangkuk kecil udang segar - siang dan cuci bersih
Garam secukup rasa
1 kiub ayam knorr
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan lengkuas sehingga naik minyak dan masak sepenuhnya. 
Tambahkan santan dan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi. 
Masukkan semua bahan dari sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. Masukkan pula udang segar dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng serta suhun. Masukkan garam, kiub ayam dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Terus dikacau kuahnya selepas beberapa minit api ditutup.
Boleh dihidang bersama nasi himpit/ketupat, sambal bilis atau sambal kacang juga serunding kelapa dan telur rebus.

Wednesday, August 28, 2019

LONTONG JOHOR YANG ENAK..


Assalamualaikum..baru berkesempatan utk updet menu lontong ni yang dimasak pada hari raya aidil adha yang lalu. Ini adalah  masakan oleh adik saya di rumah bonda. Alhamdulillah mendapat sambutan ramai sebab kami dah lama tak masak lontong homemade nih. Memang puashati  la.. Jom kita zaas resepi yg mudah ni..

RESEPI LONTONG JOHOR

sumber- inahar's cooking time

5 tangkai kacang panjang. hiris serong

1 biji kentang, kupas dan potong kiub
1 batang lobak merah saiz kecik, hiris nipis
2 keping tauhu, dipotong kiub
2 keping tempe berbungkus daun, dipotong kiub
1 biji terung ungu saiz sederhana, dipotong kiub dan rendam
Tauhu kering @ fucuk selebar 2 tapak tangan, dipotong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 biji sengkuang saiz kecil, kupas dan potong kecil, rendam
sedikit soo hoon, cuci dan kerat pendek
1/4 bahagian kubis bulat, hiris kecil, cuci dan toskan
Santan secukupnya - saya guna santan peket segera
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perisa (optional)
Air panas jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

7-8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras, hiris
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan

BAHAN-BAHAN LONTONG :-)

Lontong daun pisang secukupnya (boleh guna nasi impit atau ketupat)
Telur rebus secukupnya
Sambal tumis (atau sambal kacang)
Serunding kelapa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LODEH :- Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Tuang santan , kacau dan biarkan mendidih. Masukkan bahan2 yang keras dahulu seperti lobak merah, kentang, sengkuang, tempe dan tauhu kering (toskan dulu airnya). Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi lembut sedikit.
  2. Tambah kacang panjang, kobis, terung (toskan airnya) dan kacau rata. Biarkan menggelegak, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air panas. Masukkan soo hoon yang dikerat pendek tadi. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan mendidih dengan api sederhana sambil dikacau perlahan. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  3. UNTUK MENGHIDANG LONTONG :- Potong lontong pada saiz kecil dan masukkan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang secukupnya kuah lodeh bersama2 isinya sekali. Taruk telur rebus, serunding kelapa dan sambal tumis. Boleh hidangkan. Biasanya di Johor, lontong dihidangkan sebagai sarapan pagi....Selamat mencuba!!..

Friday, June 2, 2017

SUP TAUHU TELUR

Assalamualaikum..arini kita nak share resipi yang sgt mudah banget. Bulan2 puasa ni makan sup tauhu telur ni utk berbuka pun dah cukup (nak dietla konon tu..hihi). Resipi main campak2 jer ye! Segala jenis sayur mayur yang ada kat dapur boleh kita guna sebagai bahan tambahan sup tauhu telur ni ye. Jom kita zaass!

RESIPI SUP TAUHU TELUR
sumber- inahar's cooking time

Bahan
2 biji tauhu telur - dipotong bulat nipis dan digoreng
sayur sawi - potong kecil
jagung muda- potong serong
tomato- potong 4
fishball
2 biji telur
sejemput ikan bilis
1 biji bawang besar- potong nipis
3 biji bawang putih- potong nipis
2 biji lada merah/hijau- potong serong
sos tiram
air secukupnya
garam
perisa (optinal)
minyak utk menumis

Cara
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih , cili juga ikan bilis hingga naik bau. Tambah air secukupnye. Masak lagi hingga mendidih dan masukkan telur sebiji- sebiji. Bila telur hampir masak, bolehla di masukkan semua sayur dan fishball. Kemudian tambah sos tiram, garam juga perisa. Masak lagi sebentar.. Siap!

Saturday, February 18, 2017

SAMBAL BILIS TEMPE PETAI

Assalamualaikum..lagi resipi sempoi dari dapur Pn Doc ye. Sambal bilis tempe petai sangat enak sebagai penambah selera bila dimakan bersama nasi panas dan lauk2 utama yang lain. Memang bertambah2 ler pinggan nasi tu kan. Jom zaass resipi yang sangat mudah ni ye!


RESIPI SAMBAL TEMPE BILIS PETAI

Bahan-bahan

2 bungkus tempe-potong dadu nipis 
1 biji kentang-potong dadu 
segenggam ikan bilis 
1 biji bawang besar 
2 biji bwg putih 
1-2 sudubesar cili giling 
sedikit ikan bilis* utk dikisar sekali ngan bawang 
isi petai secukupnye
air asam jawa 
garam 
gula 

Cara penyediaan 
1. Tempe & kentang di potong2 dan di goreng sebentar. ikan bilis juga digoreng. 
2. Kisar bawang besar, bawang putih & ikan bilis bertanda*hingga halus. 
3. Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga pecah minyak. 
4. Masukkan sedikit air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. 
5. Masak seketika kemudian masukkan petai, tempe ,kentang & ikan bilis yang telah digoreng tadi. 
6. Kacau sebentar hingga agak2 kering dan kemudian bolehlah diangkat. 

Thursday, October 23, 2014

LAMB CHOP WITH BLACKPEPPER SAUCE

Assalamualaikum..taraaa! Alhamdulillah..inilah dinner kami sekeluarga malam tadi..special homemade lamb chop. Memang sangat puashati dapat buat sendiri lamb chop ni..jauh lebih ekonomi dari makan di kedai dan yang lagi best rasanye pun insyaallah jauh lebih sedapkan..hehe! Lagipun ni juga atas permintaan Abang Bani sendiri sementelah mendapat keputusan cemerlang utk exam semester 2 yg baru diumumkan semalam oleh pihak kolej.. Syukur Alhamdulillah! Thank you anakanda sayang..you really made us proud dear! Love u so muchh! Okay jadi jom la kita semak resipi lamb chop ni ye..resipi campak2 jer tapi utk sos lada hitam tu kita cuba resipi dari dapur Chik Mi (dah berkurun kita simpan resipi ni tp baru la ni cuba..hehe). Memamng terbaekk la rasanye..thanx Mimi cayang! So jom kita zaass resipi!

RESIPI BLACKPEPPER LAMB CHOP
resipi - inahar's cooking time

Bahan :
6 kpg daging kambing
4-5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ lagi sedap yang baru tumbuk/kisar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang(boleh juga taruh madu)
sesudu kecil mixherbs kering - rosemary, thyme, oregano
2 sudu besar minyak

butter secukupnya - utk memanggang

Cara:
Gaul kesemua bahan dan lumurkan dgn  rata pada daging kambing.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lagi lama lagi baik)
Panaskan grill pan  atau nonstick pan dgn api sederhana kecil.
Panggang daging dgn sedikit butter lebihkurang 8-10 minit sebelum dibalikkan dan panggang hingga masak.
Angkat dan hidangkan bersama sos digemari, mashed potato, salad potato, daun salad segar beserta tomato ceri , baked bean juga roti (ikut side dishes yg digemari)

RESIPI BLACKPEPPER SAUCE
resipi asal - Mimi 

2 biji bawang holland
5-6 biji bawang putih
100 gm lada hitam- dikisar kasar
3 helai bay leaves- dikisar bersama lada hitam
300 gm brown sauce powder (demi glaze) - jenama knorr (kita beli di pasar besar NSK)
1 senduk krim (kita guna susu segar)
air secukupnya
sedikit gula (kita tambah)
minyak zaitun/butter utk menumis

Tumis bawang holland & bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan serbuk brown sauce juga air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan krim/susu. Masak hingga pekat. Boleh tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak hingga mendidih.
*resipi ni menghasilkan sos yg banyak. Boleh adjust sendiri utk seberapa amaun sos yg dikehendaki. Boleh disimpan ke dalam peti ais. Bila sejuk ia akan memekat jadi tambahkan air secukupnye bila hendak dimasak semula.

RESIPI MASHED POTATO

6 biji ubi kentang-kupas kulit & di potong dadu kemudian rebus hingga empuk.Toskan
2 sudu besar butter
sedikit susu segar
sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
sedikit mayonaise
garam secukup rasa

Lecekkan semua bahan diatas semasa kentang panas2 lagi. Lecek hingga rata & smooth. Siap mashed potato. Boleh dihidang bersama sos lada hitam.

RESIPI SALAD POTATO

bahan-bahan:

ubi kentang- potong kiub kemudian rebus hingga empuk (jangan terlalu empuk). tos kering
mayonaise
jus perahan lemon/limau nipis
sedikit serbuk lada hitam
daun bawang-potong halus
garam secukup rasa
serbuk perisa ayam knorr (optional)

cara:
Campurkan segala bahan diatas kecuali kentang sbg dressing. Kemudian masukkan kentang yang telah ditos tadi. Gaul rata. Siap dan bolehlah dimakan terus atau dimasukkan ke dlm petiais sebelum dinikmati. Selamat mencuba ya!



Thursday, October 16, 2014

KARI AYAM & SAYUR GORENG CAMPUR

Assalamualaikum..saja nak kongsi lauk kari ayam yang dimasak weekend aritu...huhu! Lauk kari ayam dimakan bersama sayur goreng campur juga ikan masin dengan nasi pepanas..mmg pergghhh!! resipi yang sempoi..jom kita zaass!!

RESIPI KARI AYAM MUDAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan:
1 kg ayam – dibersihkan dan dipotong ikut suka
5 sudu besar serbuk kari daging/ayam 
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji bawang merah - dikisar
5 biji bawang putih –  dikisar
1 inci halia –  dikisar
1 cawan santan 
air secukupnya
rempah 3 sekawan - 1 btg kayu manis, 2 biji bunga lawang & 3 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang dipotong dadu
Air asam jawa 
garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Panaskan kuali atau periuk dengan 5 sudu besar minyak masak.
2. Tumiskan rempah 3 sekawan bersama bawang besar juga bahan kisar sehingga naik bau.
3. Perlahankan api dan masukkan serbuk rempah kari tadi dan kacau cepat-cepat sebab takut hangit sehingga masak sekitar 1 minit dan tambah air sedikit supaya rempah menjadi cair (jangan banyak air). Kemudian kacau perlahan2 sehingga pecah minyak.
4. Setelah terbit minyak masukkan daun kari dan kacau seketika dan masukkan kentang bersama ayam dan kacau sebati.
5. Biarkan seketika sehingga ayam menjadi sedikit kecut dan kemudian tambah air dan santan.  Kacau lagi hingga kepekatan yang dikehendaki.
6. Didihkan seketika dan kemudian masukkan asam jawa dan garam gula secukup rasa. kacau rata seketika dan tutup api
7. Hidangkan
Resipi Sayur Goreng Campur

Bahan-bahan:
Taugeh
Kobis bunga-dipotong kecl
Kacang hijau leper-dipotong
Cendawan enoki
Fishball
ikanbilis
Bawang besar-hiris nipis
Bawang putih-hiris nipis
Cili hidup merah/hijau-potong serong
sos tiram
garam
perisa (optional)
minyak utk menggoreng

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bawang besar, bawang putih , cili dan ikan bilis hingga naik bau. Kemudian tambah fishball dan goreng sebentar. Tambahkan sayur2an dan goreng lagi. Akhirsekali tambah sos tiram, garam & perisa. Goreng sebentar sahaja dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.



Thursday, July 17, 2014

NASI MENTEGA KISMIS



 Assalamualaikum..syukur alhamdulillah..akhirnya dapatla juga kita memasak spesel sikit sempena cuti Nuzul Quran 2 hari lalu..kebetulan Adam pun dapat balik cuti dari asrama manakala Sri pulak dapat bercuti dari hospital..buat pengetahuan semua anakanda Sri sekarang duk di hospital rehabilitasi Cheras untuk menjalani rawatan fisioterapy sejak 3 minggu yang lalu..tetapi dibenarkan balik rumah setiap hujung minggu. Alhamdulillah banyak improvement yg kami nampak..her muscles strength bertambah kuat..insyaallah Sri akan pulih cepat hasil usaha pasukan rehab yg sgt bagus di hospital sana..syukran! okayla berbalik kepada menu spesel ni..kita sempat menyediakan nasi mentega kismis berserta lauk ayam masak merah, kari daging juga acar nenas..memang sengaja masak lebih juga utk di hantar ke asrama Abg Bani utk dijamu bersama2 rakan2 serumahnye seramai 12 orang..alhamdulillah seronok diorang dapat makan spesel utk berbuka..hehe! resipi nasi mentega ni dah ada kt blog ni tapi takper arini kita copy semula yek!

RESIPI NASI MENTEGA KISMIS
resipi asal - CMG
sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. 
5 cawan air
 
1 cawan susu sejat
 "IDEAL" 
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
 
2 camca besar mentega
 
Garam secukup rasa
 
1/3 cawan kismis


BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu 
2 ulas bawang putih, hiris
 
1 batang serai, dititik
 
1 helai daun pandan, disimpul
 
1 inci halia, hiris nipis
 
1 kulit kayu manis
 
1 kuntum bunga lawang
 
5 kuntum bunga cengkih
 
2 biji buah pelaga


BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..


 

Ni wajah terbaru anakanda Sri semasa dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras ..makin sihat & berseri-seri anak ibu kan! Cian anak ibu dok sorang2 di hospital sepanjang bulan ramadhan ni..takper yg penting ibu & ayah juga keluarga sentiasa mendoakan kesihatan Sri makin sihat dan dapat pulih dgn cepat..amiiinn! lebiuu!