Showing posts with label raya 2015. Show all posts
Showing posts with label raya 2015. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

KEK MARBLE WARNA WARNI BADAM ROS NOSTALGIA

Assalamualaikum..lagi satu kek feveret utk aidilfitri yang lalu iaitu kek marble badam ros nostalgia. Kek yang sgt lembut, moist dan harum banget dgn bau ros juga rasa badam yg memikat  ..pergghhh! Uolss wajib cuba ye. Pn Doc dah banyak kali buat kt sini dan sini..huhu! So jom zaass resipi yok!

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber : Rinnchan via ummi

Sumber 2 : inahar's cooking time
Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci)

  • 250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)
  • 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
  • 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
  • 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
  • 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
  • 2 susu maka
  • n susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu teh esen rose
  • sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)
Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
  4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
  7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
  8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.




Monday, August 17, 2015

KEK LAPIS VELVET ASAM MANIS AIDILFITRI

Assalamualaikum..lagi menu kek aidilfitri yg lalu baru nak updet resipi..hihii! Kek lapis velvet asam manis yg sgt popular suatu waktu dulu di kalangan blogger2 masakan. Kek yg sgt moist, gebu dan sedap banget! tak muak makan..lepas ngap sepotong..sepotong lagi dan lagi..hehe! Resipi pun agak mudah..kalu nak tgk entry terdahulu kt sini dan lagi satu entry di sini utk versi bakar. Jadi jom kita zaass resipinyer ye!

RESIPI KEK KUKUS VELVET HAW FLAKES (versi bakar waterbath) resipi - kak fida sumber - inahar's cooking time Bahan-bahan >5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais) >225 g gula halus >220 g tepung gandum* >1 sk rata baking powder* >1 sb ovalette >150 ml susu cair >1/2 sk garam >100 ml minyak jagung/masak (kita guna melted butter) >1 sk esen vanilla >pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka >secukup hawflakes Cara-cara1.Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna. 2.Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati. 3.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. (kita guna cara bakar waterbath dalam oven) 4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka... Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk. Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
Kek Kukus Velvet Hawflakes
resipi asal - kak fida
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
  • 225 gm gula halus
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 220 gm tepung gandum*
  • 1 sudu kecil rata baking powder*
  • 150 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna(ikut suka)
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-'
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...





Wednesday, August 12, 2015

KEK LAPIS CEMPEDAK AIDILFITRI

Assalamualaikum..bersua kembali kita ye! Maaf baru sempat nak updet resipi kek lapis cempedak ni yang dibuat sempena sambutan raya  yg baru lalu ni. Ni sebenarnya kek lapis cempedak versi "ekonomi" sebab hanya menggunakan 10 biji telur sahaja. Kalau nak lihat versi yg lebih mewah boleh lihat di sini ye..hihiii! Apa2 pun dari segi rasa ia tetap mantap sementelah menggunakan pure butter jenama golden churn ditambah dgn rasa cempedak yang sangat dominan..wallaaaaa sedaap banget uuu!!! Uolss boleh try ye...jom zaass resipi yok!

RESIPI KEK LAPIS CEMPEDAK
sumber - inahar's cooking time 

Bahan A 
500 gm isi cempedak*
4 sudu besar susu pekat manis* di blend bersama hingga jadi puree/paste 
500 gm butter-golden churn 

Bahan B 
10 biji telur gred A 
270 gm gula castor 
140 gm tepung hongkong 
1 sudu makan ovalette 
esen vanilla 

Cara: 
Pukul bahan A hingga kembang.Pukul bahan B dalam bekas berlainan hingga kembang dan gebu. Kemudian campurkan kedua2 A dan B serta gaul hingga sebati & rata. Bakar secara grill setiap lapisan lebihkurang 6-7 minit lamanya. pada lapisan terakhir hendaklah dibakar gunakan api atas & bawah pd suhu 180c lebihkurang 10-15 minitlagi atau sehingga masak! siap.. 

Friday, July 24, 2015

SALAM AIDILFITRI 2015

 Jom saksikan kemeriahan sambutan raya keluarga kami...zaaaasss!
Ayahanda & Bonda tercinta

 
 
 
 
 Makan-makan time!!

 Nasi beriyani , ayam beriani & acar timun nenas


 Nasi impit, kuah kacang daging, bamia kambing, asam pedas tetel & sambal goreng jawa.
Ada juga rendang ayam & ayam masak lemak..tapi tiada gambo..terlupa snap..hihi!

   Ini jerla kek yg sempat kita buat.. Kek lapis cempedak, kek marble badam ros serta kek lapis velvet asam manis. Cookies meme langsung tak sempat buat..hihiii!
Akhir sekali jom layan aksi2 anakanda2 ku..
  
     
Maaf Zahir Batin...Daaaaaaa!!