Wednesday, August 19, 2015

KEK MARBLE WARNA WARNI BADAM ROS NOSTALGIA

Assalamualaikum..lagi satu kek feveret utk aidilfitri yang lalu iaitu kek marble badam ros nostalgia. Kek yang sgt lembut, moist dan harum banget dgn bau ros juga rasa badam yg memikat  ..pergghhh! Uolss wajib cuba ye. Pn Doc dah banyak kali buat kt sini dan sini..huhu! So jom zaass resipi yok!

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber : Rinnchan via ummi

Sumber 2 : inahar's cooking time
Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci)

  • 250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)
  • 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
  • 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
  • 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
  • 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
  • 2 susu maka
  • n susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu teh esen rose
  • sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)
Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
  4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
  7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
  8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.




No comments: