Monday, September 2, 2013

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROS NOSTALGIA


Assalamualaikum..masih lagi ngan entry mengekek ye kengkawan semua! raya2 ni mmg tak dapat dipisahkan dengan kek kan..haa kek ni dulu pernah Pn.doc wat kt sini..mmg terbaekkk!! keharuman kek ni dengan bau & rasa ros yg jelas serta tambahan serbuk badam yg menambahkan lagi kesedapan kek ni..mmg sgt marbeless..style kek dolu2..sgt nostalgia woo!! hehe..kali ni wat weekend lepas sebab menjamu rakan2 abg bani & kak ayin beraya ke rumah..jom kita semak resipinye ye!

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA 

Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff 
Sumber 1 : Rinnchan via ummi

sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci) 

  • 250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)
  • 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
  • 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
  • 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
  • 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
  • 2 susu makan susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu teh esen rose
  • sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)-kita guna merah & biru jer!
Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
  4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
  7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
  8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

18 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Ni kek sepanjang zaman ni kak..mmg sedap dan wangi...:-)

nita said...

wah.. nampak cantik jer kek ni Dr Ina, nak torailah nanti..hehehe

Acik Erna said...

assalam puan doc..memang nampak sedapkek tu..kalau rajin nak cuba buat jugak

Acik Erna said...

assalam puan doc..memang nampak sedapkek tu..kalau rajin nak cuba buat jugak

Gee® said...

Canteknya kek belang Pn. Doc ni... dan nmpk gebus jer...

Bicara Kak Noor said...

wah salam Puan Doc mmg nostalgia betul lah kek marble ni kan masa akak kecik pun dah ada kek ni sampai skrg ni dah tak muda lagi hahaa, macam nak try jugak lah rasa yg dolu2 punya tu kan

Liza said...

salam lebaran kak ina...kek ni mmg peberet Liza dr kecik sampai sekarang...mst lg best kan sbb ada badam..

Ummi said...

Memang sedap dan harum kek ni kan Ina cayang, dah 2x buat, tp mmg best..apa kata hantar kat ummi setengah loyang...tgh kemaruk nak makan kek2 camgini, tp belum ada masa nak memutar kek... *Teringat masa Ummi buat kek ni lah dulu, nak bawak blk kg. untuk raya dulu, pemutar tangan ku berasap...haha, last2 guna spatula kayu jer, alhamdulillah jadi...

inahar ali said...

asyifa..betui tu ni kek evergreen yg x lapuk dek zaman..hehe!

inahar ali said...

nita..torai jangan tak torai ek! rugi nnti..

inahar ali said...

acik erna..tryla kak..mmg puashati rasanye!

inahar ali said...

gee..kek ni mmg gebuss n moist..just nice!

inahar ali said...

kaknoor..masa mamam kek nih mmg terus teringat zaman dolu2 mkn kek perisa ros..perghhhh..nostalgia abiss uuu!!

inahar ali said...

liza..badam tu mmg menambahkan rasa mewah kek nih..mmg terbaek!

inahar ali said...

ummii..minta maap bebanyak kek dh lama abiss..pasnih kalu wat kena wat extra loyang..baru puas mamam..nnti kita pos sekali kt ummi cayang ek..muaahh!

Bbwana adienia said...

salam kak..

cantiknya marble kek..kek pun gebu.

inahar ali said...

bbwana..wasalam..mekaceh..nnti cuba la resipi tu ye!

Mayang ABDUL RAZAK said...

wah kek ni paling mengoda..... nampak sgt sedap dan moist...