Sunday, September 8, 2013

SPAGHETI MEATBALL BOLOGNESE

Assalamualaikum..lagi satu menu jamuan raya aritu..alahai terlambat sudaaa..hehe!! jom la zaas resipi ye! resipi spagheti bolognese sebelum ni ada kat sini & sini.

RESIPI SPAGHETI MEATBALL BOLOGNESE
sumber- inahar's cooking time

Bahan-bahan
1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball - brand ramly (digoreng terlebih dahulu)
1 tin sos prego + 1/2 botol besar sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3-4biji tomato (dipotong dadu)
2-3 sudubesar cili giling (ikut kepedasan disukai)
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!
parmesan cheese-tabur masa menghidang

Cara-cara
  1. Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
  2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
  3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
  4. Masukkan meatball,tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
  5. Masukkan sos prego, sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional) serta lada hitam.
  7. Tambah garam, gula secukupnya.
  8. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  9. Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.


10 comments:

Asyifa Mustaffa said...

sama la kak...raya aritu...asik buat ni je...senang kan...:)

Bicara Kak Noor said...

anak2 kak noor pun kalau buat ni dari pagi petang malam hahaaa faveret ..

inahar ali said...

asyifa..betui tu syifa..kita wat yg senang dan digemari ramai kan!

inahar ali said...

kaknoor..sama ler kita kak..kt umah ni semua hantu pasta..hehe!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

eh! Saya pun hantu pasta tau, bleh makan sampai berpinggan2, hehehe

inahar ali said...

SKTJ..jom semua hantu pasta bergade-gade nak?? hahaha!!

tun_telani said...

Salam kak ina... dh lama betul tak wat bolognese.. tun suka letak oregano byk2! ^^

Wattie said...

Assalamualaikum Ina,
Sedapnya, sekali sekala pekena western macam ni memang menyelerakan....

inahar ali said...

tun..mmg betui tu tun..letak oregano tu baru terasa ke'mat salleh'nye kan..hahaha!

inahar ali said...

kakwattie..wasalam kak..rindunye dh lama x nmpak akak..pekabo? masakan western ni mudah dan sedap..mmg senang di masak oleh ibu2 berkerjaya cam kita ni kan..