Assalamualaikum semua..pekabo? Lama kita tak bersiaran ye..ok kali ni baru berkesempatan memasak menu istimewa Nasi Khao Mok Ayam Thai sempena besday Kak Ayin 7hb julai yang lalu. Alhamdulillah marbeles kejadiannya. Jom kita zass resepinye yok..
Resepi Nasi Ayam Khao Mok Thai
Ig @drinahar
Bahan Nasi Komok:
3 cawan beras basmathi (cuci dan tos)
3 sudu besar marjerin @ minyak sapi
Sedikit minyak
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
4 sudu besar rempah nasi komok (dibancuh sedikit air- resepi ** dibawah)
21/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 biji buah tomato (dipotong dadu)
Sedikit akar ketumbar
bawang merah/putih /halia dihiris nipis
Daun pandan
**Resepi rempah khao mok
2 sudubesar serbuk kurma
1 sudubesar serbuk kari
1 sudubesar serbuk ketumbar
1/2 sudubesar serbuk jintan manis
1/4 sudubesar serbuk kunyit
Bancuh semua dgn sedikit air
Bahan Ayam Goreng Ala Thai:
1 ekor ayam (potong dan bersihkan)
Bahan kisar: Bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup, dan ketumbar
1 sudu makan tepung jagung @ tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit, garam, dan gula
Bahan Sos Thai:
Sos cili thai
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
6-8 biji cili padi
Daun ketumbar
Jus perahan lemon
Sos ikan
Sedikit garam dan gula
Sedikit kicap manis
Air
Potong kasar cili merah, cili padi dan bawang putih dan daun ketumbar. Kemudian kisar kasar dgn air.
Masuk dalam periuk bahan kisar tadi, tambah gula, sos ikan, sos cili, kicap dan garam masak sampai mendidih.
Akhir sekali masukkan jus lemon secukupnya.
Optional - Untuk pekatkan kuah boleh tambah sedikit air bancuhan tepung jagung dan masak sampai pekat.
Cara Penyediaan
Memasak Nasi:
Panaskan marjerin dan minyak , tumis 4 sekawan, hirisan bawang/halia, dan akar ketumbar sehingga wangi. Masukkan pes rempah nasi komok, kacau sehingga pecah minyak. Masukkan susu cair, buah tomato, daun pandan dan air mengikut sukatan beras. Akhir sekali, masukkan beras, garam, kiub ayam dan tanak nasi seperti biasa.
Perap ayam bersama semua bahan kisar, tepung, serbuk kunyit, garam dlm 1 jam dan gorengkan keemasan.
Hidang nasi bersama ayam goreng, sos thai, salad, timun, tomato dan taburan bawang goreng. Siap.




