Tuesday, April 7, 2026

NASI AYAM BAKAR & SOS THAI

Assalamualaikum..pertama sekali kita ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Moga semuanya gembira menyambut hari mulia ni di samping keluarga tercinta. Hari ni kita nak kongsi menu Nasi Ayam Bakar bersama Sos Thai yang dimasak hari minggu yang lalu. Resepi yg mudah dan super sedap ni kita olah dari resepi nasi ayam thai dan dimakan bersama ayam bakar. So jom kita zaass resepinye yok!

Nasi Ayam Bakar Sos Thai
Sumber - inahar's cooking time

Bahan persediaan ayam
1 ekor ayam- potong ikut suker, cuci bersih, kulit ayam simpan sedikit (ketepikan) - asingkan kepak ayam, leher dan sedikit isi ayam utk rebus manakala selebih bahagian ayam tu kita akan marinade utk dibakar nanti
3 inci halia- cincang halus
4-5 biji bawang putih- cincang halus
2 akar ketumbar- bersihkan
2 kiub ayam
Garam


Cara.
- Rebus bahagian ayam (kepak, leher, sedikit isi ayam) bersama halia, akar ketumbar, bawang putih yang dicincang, garam dan kiub ayam... Ketepikan

Bahan nasi ayam
3 cawan basmathi- rendam 20 minit
kulit ayam+ lemak ayam
sedikit minyak
1 inci halia
2 biji bawang putih
air rebusan ayam secukupnya (saya guna 4.5 cawan)
garam secukupnya
daun ketumbar
bawang goreng utk hiasan


-Panaskan sedikit minyak dalam periuk.. Masukkan kulit ayam yg sudah dibersihkan....
Masak hingga kulit ayam keluarkan minyak.
- Kemudian masukkan halia yg dihiris2 dan bawang putih yang dicincang... Kacau sebentar, baru masukkan beras yg sudah dicuci bersih dan ditos.... 
- Kacau beras dlm 5 minit baru masukkan air rebusan ayam tadi, sukatan air bergantung pada beras yerk.... Cuma lebihkan sikit air rebusan tu.
Masukkan garam sedikit jika kurang masin dan daun ketumbar utk hiasan dan mewangikan lagi nasi ayam tu.
- Tutup dan masak sehingga nasi masak elok. 

Ayam Bakar  

baki ayam yg tidak direbus tadi dilumurkan dengan garam, kunyit, sedikit kicap , sos tiram dan madu (optional). Tambah minyak dan Perapkan selama 1 jam. Bakar dalam airfryer (atau oven) selama 20- 35minit (diterbalikan ayam separuh masa). 

Bahan sos cili thai
Cili api- hiris halus
Daun ketumbar- hiris halus
bawang putih- cincang halus
Sos cili thai
Kicap lemak manis
Jus lemon
Sos ikan
Garam gula secukup rasa


Cincang halus ciliapi, bawang putih. Masukkan juga daun ketumbar yg dihiris2...
Masukkan sos cili thai, sedikit kicap manis, sedikit jus lemon, sedikit gula, sos ikan, kacau sebati, masukkan sedikit sup tadi. 
Kacau sebati.. Siappppp.

Sup Ayam

baki air rebusan tadi direbus kembali dan tambah sedikit serbuk lada hitam dan garam jika perlu. Rebus hingga mendidih. Selepas masak boleh ditabur bawang goreng ,daun sup dan daun bawang

No comments: