Showing posts with label cerite-ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerite-ceriti. Show all posts

Thursday, April 16, 2020

CONGO BARS COVID19

Assalamualaikum..ketemu kembali setelah lama menyepi! Diharapkan moga semua pengunjung blog inahar ni diberikan kesihatan yang baik diwaktu musim PKP ni dan dipermudahkan segala urusan. Insyaallah Aamiinn Yra. Alhamdulillah  Pn Doc masih sihat fizikal dan mental untuk betugas demi kesejahteraan semua. 
Congo bars ni sempat dibaking hari minggu yang lalu setelah lama ovenku berhibernasi..hihi! This is absolutely a keeper recipe..sejenis blondie yg texture dalamnya chewy2 gitew dan manakala luarnya rangup..memang sedap sgt! Jom kita semak resipinye yok!

RESIPI CONGO BAR

resipi asal - KG
sumber - inahar's cooking time

Ingredients

250g butter, I use President salted, soft
1 3/4 cups light brown sugar
1 1/2 tsp vanilla
3 large eggs, weighing about 60g each
a pinch of salt
2 1/2 cups of self raising flour
1 cup callebaut 54% cocoa choc buttons
1 cup bittersweet ghirardelli choc buttons
extra imported store bought choc buttons to spread on the batter
Almond flakes + chocolate chips (sy tambah dlm adunan juga utk tabur atas adunan sebelum dibakar)


Method

Using a wooden laddle mix butter with sugar and vanilla until all the butter disappears in the sugar. Add eggs one by one. Mix and please do not cream the eggs. Add the sifted flours in 3 additions, fold them in and not stir the batter. Mix the choc buttons and spread in 12x12 tin. I usually top with more chocolate chips and bake in a preheated oven at 160C for about 18 minutes (mine at 180c about 30 minutes)

Sunday, January 13, 2019

Pemergian Yang Tiada Ganti

Assalamualaikum.. buat pengetahuan semua ini adalah pengakhiran tahun 2018 yg amat menyedihkan buat kami sekeluarga bilamana Ayahanda tercinta telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanye pada tepat jam 2 petang tanggal 31 disember 2018 yang lalu. Moga roh Allahyarham Ayahanda tenang di sana dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiinn Ya Robbal Alamin. AlFatihah. We miss u so much..

Thursday, June 28, 2018

KEK LAPIS ASAM MANIS AIDILFITRI

Assalamualaikum..Harap masih belum terlewat untuk Pn Doc mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung dapur inahar ini. Mohon maaf zahir dan batin juga buat semua jika selama berblog dan berkawan di alam maya ini ada tersilap kata yg mengguris hati tanpa disedari. Moga di bulan syawal yang mulia ini, dapatlah kita bermaaf-maafan atas kekhilafan masing2 ye. Salam 0-0 ye..hihii! Jom layan resepi kek lapis asam manis yg terlajak sedap ni yg dibuat oleh kita sempena raya ini..jom zaass resipinye yok!!

RESIPI KEK LAPIS ASAM MANIS (HAW FLAKES)
resipi asal - Bro Rozzan
sumber - inahar's cooking time

Bahan-Bahan

10 biji telur gred A
130 gm gula halus
450 gm mentega 
1 sudu besar ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes 

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping. (Saya guna banyak kurang sebab stok di dapur tak mencukupi..huhu)



SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA..

Thursday, June 29, 2017

SALAM AIDILFITRI 2017

 Assalamualaikum..

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari saya buat semua pengunjung tersayang blog ini. Love uolls!

Saturday, September 26, 2015

I AM 48 TODAY


48th birthday gift, birthday mug, for him, for her, 1967, coffee mug, present, party, tea cup, for mom, dad, teacher, sister, brother, men


Assalamualaikum..Salam Aidiladha buat semua!  Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Alhamdullillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi dikurniakan nyawa serta diberi peluang untuk menikmati kehidupan. Bertambah usia bermakna ku harus terus gigih berusaha menjadikan diri sebaik-baik manusia, yang berguna untuk manusia lain dan supaya sentiasa mendapat perhatian juga rahmat Allah swt.. Semoga Allah panjangkan umurku, beri kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang berkat juga sentiasa diselubungi bahagia dunia & akhirat. Amiinn!
Terima kasih untuk semua ucapan juga doa yang baik-baik dari ahli keluarga tercinta, rakan2 baik di dunia realiti juga di alam maya ini. Semoga dikabulkan Yang Maha Esa..insyaallah! Amiiinn!
Once again..selamat hari lahir untuk diri sendiri dan semua yang lahir dalam bulan September. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah. Aminn. Love uollsss!
 

Friday, July 24, 2015

SALAM AIDILFITRI 2015

 Jom saksikan kemeriahan sambutan raya keluarga kami...zaaaasss!
Ayahanda & Bonda tercinta

 
 
 
 
 Makan-makan time!!

 Nasi beriyani , ayam beriani & acar timun nenas


 Nasi impit, kuah kacang daging, bamia kambing, asam pedas tetel & sambal goreng jawa.
Ada juga rendang ayam & ayam masak lemak..tapi tiada gambo..terlupa snap..hihi!

   Ini jerla kek yg sempat kita buat.. Kek lapis cempedak, kek marble badam ros serta kek lapis velvet asam manis. Cookies meme langsung tak sempat buat..hihiii!
Akhir sekali jom layan aksi2 anakanda2 ku..
  
     
Maaf Zahir Batin...Daaaaaaa!!

Tuesday, February 24, 2015

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES

Assalamualaikum..first of all nak minta maaf la ye..ni kira throwback entryla ek..baru sekarang nak post..kihkih! Ni kek yang dibuat masa cuti sekolah disember lepas(adoii lama benor wehh) sebagai ole-ole dibawa bercuti ke JB..minta maaf la tak dapat nak snap potongan keknya sebab ia dibawa sebagai ole-ole utk diberi kepada rakan juga saudara di sana. Pertamakali mencuba resipi ni beberapa tahun yang lepas..boleh lihat di sini ye. Percutian ke JB yang lalu mmg sgt memorable sebab Pn Doc sempat pi melawat tempat2 nostalgia masa kita membesar di JB dari kecil hingga usia 14 tahun sebelum kami sekeluarga berpindah ke Penang selepas itu. Bergenang airmataku dapat merakamkan gambar2 terbaru (setelah lebih 30 tahun) rumah lama pernah diduduki keluarga kami di Kg Jawa, Jalan Kolam air, Sekolah Rendah Nongchik juga Sek Menengah Sultanah Engku Tun Aminah(SETA) serta sekolah tempat ayahanda mengajar dulu iaitu Maktab Sultan Abu Bakar (English College).. Sangat nostalgia..Okla jom kita semak resipi kek ni yg mmg femes dikalangan blogger masakan suatu masa dulu. Kek yang moist yet gebu..sgt sedap tau! Kepada mereka yg masih belom mencuba..rugi tau! Cuba jangan tak cuba ye..huhu!

RESIPI CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES
resipi - tammysrecipes.com
sumber 1 - ct delima
sumber 2 - inahar's cooking time

Ingredients: 
1/2 cup butter 
1 cup sugar- kita guna 3/4 cawan gula perang 
1 egg 
1 teaspoon vanilla 
1 1/2 cups mashed banana - kita guna 2 cawan pisang lenyek sbb ngam2 nk abiskan stok yg ada didapur) 
1 1/2 cups flour 
1 teaspoon baking powder 
1 teaspoon baking soda 
1/2 teaspoon salt 
1/4 cup baking cocoa- kita ganti dgn chocolate powder 
1 cup chocolate chips 
almond nibs-sendiri tambah

Instructions: 
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well. 3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips and almond nibs.
4. Bake at 350 degrees for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares.
 Jom layann foto2 menarik masa kt JB aritu..

 ABC spesel...terbaek dari ladang!!

 Murtabak cheese meletop kebabom kat Bandar Baru Uda..pergghh!!


 Sek Men SETA JB..Pn Doc sempat bersekolah hingga tingkatan 2 (thn 80-81)

 Sek Keb Nong Chik..dah berubah wajah dari bangunan kayu dulu..skrg dah bangunan batu tersergam indah! Dulu sekolah ni ialah sebuah sekolah jenis kebangsaan (Inggeris). Pn Doc bersekolah di sini dari tahun 1974-1979..


Maktab Sultan Abu Bakar (English College) tempat ayahanda mengajar dulu. Kami tinggal di kuarters sekolah ini hingga tahun 1982 sebelum berpindah ke Penang pula selepas itu.




Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Friday, September 26, 2014

I AM 47 TODAY!


Assalamualaikum..syukur alhamdulillah..hari ini umurku genap 47 tahun! Terimakasih Ya Allah kerana membenarkanku bernafas sehari lagi, memberikan kesihatan dan umur yang panjang buatku. Terimakasih Ya Allah kerana masih membenarkan ku menghirup lagi udara pada usiaku 47 tahun ini. Terimakasih atas kebahagiaan yang telah Kau berikan kepadaku dengan menganugerahkan ku sebuah keluarga yang bahagia. Segala pujian hanya padaMu, Pencipta segala alam. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu. Ya Allah semakin jauh langkahku meniti hari, kupohon hidayahMu, moga dihari lahirku ini Kau berkatilah umurku dan izinkan ku semakin dekat dengan redhoMu..Amin Ya Rabbal Alamin..
Jutaan terimakasih juga buat semua ahli keluarga juga teman-teman tersayang yang telah mengirimkan ucapan juga doa sempena harijadiku. Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya..Amiin Ya Rabbal Alamin..



Wednesday, August 6, 2014

SALAM AIDILFITRI 2014


Assalamualaikum..terlebih dahulu kita ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semua kengkawan juga para pengunjung tersayang blog inahar ini. Kita juga ingin memohon ampun dan maaf jika selama berblog ni ada tersilap kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan kalian. Semoga di hari mulia ini kita semua dapat bergembira dan ceria disamping keluarga masing-masing ye! Tak sempat nak bercerita panjang..jomla kita layan jer foto2 raya kat bawah ni ye...layaannss!!

Tiga hero kesayanganku..

anakanda2 kesayangan..

Ni lak foto2 di rumah bonda..
ayahanda & bonda tercinta


Suasana ziarah di rumah saudara-mara..